Wednesday, 31 March 2010

:: si tocangs ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ok,stop kejap ckp psl nak kurus. mcm lah besar sgt masalahnya. tp bg saya mmg besar lah.
hari ni kita tgk gambar je ok.

budak pakai baju biru kakak humaira kasik.
dia ikat tocang 2.
wah, rambut anak ummi dah boleh buat tocang 2.

(auntie Tiqah jgn buat rambut camni kat Aydein ye!hahaha)


dia sibuk sgt dok tgk apa ntah, nak tangkap gambar pun payah.

ada nyamuk lah ummi. nanti dia gigit Nawal.

bila ummi nak jalan nih, asyik amik gambar je..nawal dah tak sabar ni..

"apa ummi ni..udahle tu..jomlah kita balik..nawal nak balik main dgn Tok Ma ni.."

selagi Nawal tak senyum pandang kamera ummi tak mau jalan.

ok,ok. Nawal senyum ni..peace!!!

The Tocangs wad made by Mak Lang nawal.
heran mcm mana mak lang bleh control dia masa nak ikat rambut. kalau dgn ummi nak buat tocang 1 pun siap bersilat bagai.

yeah, itu salah satu keseronokan ada daughter, bleh ikat tocang letak riben bunga macam2 lg.
:)

Tuesday, 30 March 2010

:: usaha tangga kejayaan ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

maaf lah, kalau 2,3 hari ni entry pasal nak kurus sj.
sbb benda ni mmg merisaukan saya. sgt2 dah.
sebelum ni mmg buat taktau saja. ikut hati saja mkn mcm2.
tapi..isk..sapa yg pernah atau sedang dlm keadaan mcm saya, tentu faham perasaan saya.
(kan Tiqah?)

kawan saya Mazura, bg cadangan untuk saya. katanya :

sabaq...aku dh lalui 2 thn lps apa yg hg dh lalui...mmg rs nk nangis...nk...nk...nk...mcm2 la...apa kata hg ikut plan aku ni utk 1 bln...insyaallah...

pagi : amik roti 2 kpg ja (pantang sat kuih + ns lemak + roti canai)
tghr : nasi 1 cawan ja+sayur rebus+ikan bakar(jgn amik masakan b'minyak+b'lemak+b'goreng.hg masak sniri lagi bagus)
ptg : spare buah takut lapaq

p/s: jgn tahaq perut sbb nnt hg akan makan lebih dr yg slalu mkn..
nasi amik sekali shj sehari...jgn lebih...
jgn mkn lps 7 mlm...
minum ayaq putih setiap 25kg/1 liter,so kalu berat 70kg kena minum 3 liter...no sweet drinks anymore...
amik sama soya+protein utk cntik kulit.bila berat turun kulit x mggeleber..bg cekang+halus..

gud luck!!"

terima kasih Zura! akan aku praktikkan apa hang cadangkan.

moga saya berjaya. amin.

yang lain pun boleh try jugak. mari lah kita.
:)

:; terharu lah. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

maka berkatalah makcik cleaner kepada si polan,

" ni besaq sbb makan ka..besaq sbb ada baby..."

sambil senyum2 kenyit2 mata.

sungguh, si polan rasa mcm nak menangis.

tumbesarannya sudah sampai tahap merisaukan. berubahlah si polan, berubahlah!!!!!!


( hari ni nk mkn ikan dan sayur sawi saja.huhuhu)

Monday, 29 March 2010

:: misi, mesti BUAT! ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

mahu atau tidak, rela ke paksa, saya MESTI mengawal gaya pemakanan saya mulai dari hari ini. (semalam dah mula dah.)

no food after 7 pm. no ice. exercise please (lompat bintang setiap pagi dan petang).
mesti mesti mesti.

dulu awak gemuk sbb awak ada baby dlm perut.
sekarang awak gemuk apsal pulak??

saya rasa penimbang kat Megamall tu rosak lah. huhuhuhuhuh~!!!

Sunday, 28 March 2010

:: ikut ayah ::



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

semalam, hari sabtu. Nawal dan ummi ikut ayah buat kerja. ummi ckp dah lama tak pegi jalan2 dgn ayah. kalau nak jalan2 dgn ayah kena ikut ayah buat kerja, baru lah dpt jalan2 dgn ayah.
nawal tak kisah, bkn nawal kena bwk kereta kan. hehehe
kami keluar rumah pukul 10.30 pg. nawal dah ngantuk, naik kereta terus tido. mula2 ayah pegi jumpa kawan dia, bg duit utk kawan dia bank - in untuk e-reload. so dah jimat masa ayah utk 1 hal.

kemudian ayah pegi Megamall Pinang, ayah beli brg spare part hand phone utk ayah repair handphone nanti. kat situ byk betul barang2 handphone, nawal geram je nak tarik semua benda,mujur ummi tahan nawal. seronok jugak datang sini, tp ummi ckp lain kali nawal tak boleh ikut dah, sbb banyak bau colok yg org cina bakar tu, ada bau rokok lg. ummi kata tak selamat utk nawal. (tapi nawal nampak ummi je asyik tutup hidung.hehe)
kemudian kami ke Chai Leng Park, ayah nak beli handphone baru yang Mak Lang Wani pesan. wah mak lang wani ni, lepas beli pakcik RUSHdi, mak lang sambar nokia E71 plak ye. takpe mak lang, kita penat2 kerja, biar lah kita nak beli apa pun kan?
selesai semua dah jam 1.30 tgh hari.. nawal dah lapar. mujur ummi beli bubur nasi MsD kat Nawal. balik rumah terus nawal tido sampai mak lang wani dtg umah nawal ambik henset baru dia.

ayah plak, lps tingglkan ummi dan nawal, ayah kena ke Kepala Batas pulak, beli kad top up. macam tu lah hari2. tu kira ayah tak pegi bagan lg, ambik henset yg dibaiki oleh pakcik Din. kalau tak mesti nawal lg penat. kesain ayah, ulang alik hari2 mcm tu naik motor. patutlah ayah makin hitam.kena dok kedai sorang2 pulak. balik rumah penat. kesian ayah..

ayah kerja baik-baik ya. we love you so much.

nawal dah banyakkkk gigi~!!!!

(eeiiii..gerammnyaaaa aku tgk budak nih sengih2..geget kang!!- kata ummi)

Saturday, 27 March 2010

:: 2010 - 1990 = 20 ::



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


hmm..perlukah acik buat special entry utk kamu pd setiap 27 mac??

sedangkan pd 6 april takde pun special entry kamu utk acik.

ok2, acik buat ikhlas, sbb acik syg kamu.

oleh sbb itu, tlg baca balik apa yg acik dedicated utk kamu last year.
sama jugak spt thn ini.
ulang balik supaya kamu tak lupa.

kamu dah 20 tahun.
besar dan berat tanggungjwb kamu.
tlg pikul dgn hati yg kuat.

selamat hari lahir.
semoga bahagia dunia akhirat. amin.

psssttt, acik ada hadiah utk kamu..sila scroll ke bawah...



*******************************




************************




*******************



****************



*************



*********







****



taaaaarrrrrrrrrrrrrrrraaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!


sekian, semoga ipah suka hadiah acik nih. hehehe

Friday, 26 March 2010

:: bila dah sampai masanya .. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

baca kak ida punya entry pasal en. TP, terasa nak buat jugak.
ya, utk dibaca balik masa-masa akan dtg. sekurang2nya bleh ingat balik tarikh bila en TP pencen.



presenting you............... ENCIK LATIFFE!!!! (gambar masa jamuan hari raya 2009)

dah 33 tahun berkhidmat dgn Perpustakaan UiTM. kira tanya apa sj pasai buku nih, dia mmg otai lah. dah tiba masa untuk beliau bersara. isk isk. dah tua en TP ni..hehehe

hari ni kami buat majlis perpisahan dan penghargaan untuk dia. sapa jd MC itu takyah tanya, mcm biasa si mulut bising ni yg kena. huhuhuhu~!!



ingat tak dulu saya pernah cerita psl anak mat salleh??

en TP ni lah pak long yg terkena dgn saya,pastu ada hati nak luku kepala saya. hahahahaha!!!!

semoga en tp terus diberkati Allah, dan diberi kesihatan yang baik. amin....

Thursday, 25 March 2010

:: cinta sejati ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ini dapat dr emel. rasanya dah lama. just to remind us.


Gambar yang diambil oleh seorang jurufoto yang telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.

Di sinilah pasangan kepada burung layang-layang ini terlantar antara hidup atau mati, kerana dilanggar oleh kereta ketika terbang rendah.



Di sinilah ia menghantarkan makanan kepada pasangannya itu, dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang..

Sekali lagi ia terbang dan datang membawakan makanan, namun ia sangat terkejut apabila mendapati pasangannya telah mati.. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya itu, satu keadaan yang jarang dilihat bagi burung atau binatang sepertinya..


Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak, dan tidak akan kembali lagi kepadanya, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba.. (part ini yg sedih nih..huhuhu..)
Berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu..

Dan akhirnya menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....
Hidup menjadi sepi...



it's so touching. kalau burung pun tahu akan erti kasih dan sayang. mcm mana manusia pulak?

(saya harap saya mampu utk jd pasangan yg menghargai cinta sejati. amin)

Wednesday, 24 March 2010

:: 40 ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

baca paper Kosmo semalam, penyanyi peberet saya, Anuar Zain sudah 40 tahun.
gila lah, umor 40 masih tampan nampak mcm 25.

kalau nak bandingkan anuar zain dgn abg aleh yg baru nk masuk 30 tu, isk. jgn banding, jgn banding. tak terbanding. hahaha

(abg aleh kan rupanya, dia baru tahu anuar zain tu adik ziana zain, 3 thn lps, tu pun saya yg bgtau.hahaha. kelakar! nampak sgt suami saya tu tak amik tau langsung dunia hiburan. )

ada yg ckp, life's begin at forty, sebab tu ramai suami2/bapak2 yg mula nak menggatal bila masuk umor 40. teruk tau!

saya ada terbaca, maaf sbb saya tak ingat keseluruhannya, tp lebih kurang mcm ni lah bunyinya : kalau seseorg tu tak jadi baik pd umo 40, maka selama-lamanya dia susah jd baik. umor 40 penentu akhir hayat kita, samada baik atau buruk.

maksudnya, kita kena berusaha jadi baik sebelum masuk 40 thn.

baik yg mcm mana?

as a good muslim, Islam is the way of life. :)

(ayat2 dia atas, takda kaitan dgn Anuar Zain.)

Tuesday, 23 March 2010

3 bulan lg.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

hari ni, 23/3 - nawal genap 9 bulan.

3 bulan lg, maka sudah setahun.

2 bulan lg, ulang tahun pernikahan yg ke 2.

cepatnya masa berlalu.

dan cepat jugak saya menggemuk. huhuhuhuhu

:: My Name is Khan ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


semalam, korbankan waktu tidor jam 11 pm hingga 2 am untuk menonton filem My Name is Khan. bertemankan suami dan anak yg tidor nyenyak. Jangan tanya mana saya dpt DVD cerita ni, anggap saja saya terjumpa di tepi rumah. haha!

dulu-dulu, ada org yg panggil saya Rina Khan. tak tau lah kenapa. bunyinya mmg lah sedap. tp skrg dah jarang2, mungkin Rina Khan itu sendiri dah tak berapa popular. agaknya lah.

ok2, berbalik pada filem My Name is Khan (MNiK). Kalau sapa yg biasa ikuti filem Karan Johar, mcm Kuch Kuch Hota Hai dan Kabhi Kushi Kabhie Gham, tentu tak mahu lepas peluang utk tonton crita ni. tp kalau anda harap nak tgk Dato' Shah Rukh Khan berlakon macho, romantik dan kacak, oh, i'm sorry. SRK tak mcm tu dlm filem ni.

mula-mula tgk saya rasa tak best, sbb saya tak sanggup tgk SRK jd cacat dlm filem ni. dia alami penyakit Autism, tp bijak. dia buat kepala senget2, jalan senget2, ckp gagap. aduhai..abihla hero saya dah tak macho. tapi bila lama2 tgk, saya tak mampu kelip mata sikit pun. jalan cerita yg menarik, lakonan yg mantap, arahan Karan Johar kali ni di luar jangkaan.

saya tak reti nak cerita sinopsis filem tu di sini. Kalian google lah sendiri. ok-ok, saya tolong search kan. nahhh :

http://en.wikipedia.org/wiki/My_Name_Is_Khan

and lastly, "my nama is Khan, and i'm not a terrorist."

:)

Monday, 22 March 2010

:: tolong sensitif skit, jgn main bedal saja. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

jalan - jalan di blog Chika tadi.

dan entry dia tentang sensitiviti membuatkan saya benar2 setuju. setuju 120%!

tolong lah baca, dan semoga kita tak jd sebahagian dr mereka yg tidak sensitif terhadap perasaan org lain.

sensitif sikit, boleh? - by Chika.

Sunday, 21 March 2010

:: adik terangkat gua ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya dah tua. sbb adik angkat saya nih, dah bernikah.
masa saya form 5, dia form 1. kami satu dorm. saya katil bawah, dia katil atas.
dia pernah jatuh katil, tapi bila saya tersedar, saya tanya
" eh lisa, pasaipa tidoq kat bawah atas simen ni??"
dia jawab,"saja suka-suka"

sebenarnya dia jatuh katil...lalalalalalalala

masa saya mula2 berkawan dgn abg aleh, dia antara yg pertama yg tahu.
lepas tu dia terbang ke Rusia untuk jd doc.
Alhamdulillah, cita-citanya yg dia tulis dlm buku autograf saya dulu, akhirnya jadi kenyataan.

dia bertemu jodoh dgn seseorang yg baik hati. tgk muka pun rasa damai dah.
tahniah Dr Anuar, kerana berjaya memikat adik saya yg cerewat dan nakal itu.



terima kasih Wani, kerana selamat bawak ai pegi mkn kenduri doa selamat Lisa yg selamat jd bini org di Taman Selamat, Alma.

tgk lah Nawal, dia dok tgk ja si husben Lisa, taktau la napa. semua pic mesti mata dia terarah ke Dr Anuar tu. ya sayang, ummi tahu dia hensem,tp dia suami org lah.hahahaha

baju nawal special made by Tok Ma, takda jual kat kedai lah mahupun online. hahahaha

selamat pengantin baru, dear..i'll always be ur sister. jaga dan sayang Anuar sepenuh hati. ok!


oh ya. Lisa belum buat kenduri lagi. ini cuma kenduri akad nikah. kenduri kawen maybe nanti,tarikh tak pasti lg.

gambar nawal dia snap sendiri.

dua dah selamat. Yatie dan Lisa. 1 to go. So Husna, lepas grad degree nanti ok!!

(update dr kedai AN GLOBAL RESOURCES, Padang Serai.)

Friday, 19 March 2010

:: adik-adikku, Insya-Allah boleh! ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


selepas tamat program realiti Adik-adikku di TV1 semalam,
rasa berkobar2 je nak si Aisyah Nawal pandai bercakap mcm adik2 dalam rancangan tu.

Masya-Allah Subahanallah Barakallah.

mmg sgt betul lah, anak2 itu ibarat kain putih, ibu bapa lah yg mencorakkannya.

saya sgt menyokong program realiti seperti ini, berbanding program realiti nyanyian (yg tahu menyanyi tp UPSR dpt 1A saja. aduh,kecewanya!)




gambar2 ni saya cedok dari Ahmad Badrul Sani punya fotopages.

tahniah Bad dan Raidah!! teruskan usaha kalian!


(rasa bangga ada junior Al-Irshad seperti mereka.)

:: Lombok tau bukan bubur lambuk ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

"wanita kita kalau bercinta dengan lelaki Lombok, lautan api sanggup direnangi tetapi bila nak balik minta tambang dgn orang. Menyusahkan!" - SABITAJAM [IMB53362]

kah kah kah!! saya gelak2 baca suratkhabar Metro ruangan iM Lapor hari ni. ala, ruangan yg pembaca dok hantar SMS komen macam2 tu. saya kdg2 suka jgk baca komen2 org hantar kat situ.

tapi, betul tak apa yg SABITAJAM tu kata???

pikir lah sendiri. :)

Thursday, 18 March 2010

:: siapa ni cpt ckp?? ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

tadi saja2 surf web nuffnang, tgk2 berapa dah income sepanjang dekat 2 thn tulis blog nih. chait, tak usahla tanya, kalau tak sampai 100 je tu baik takyah buh iklan. hahaha

saya tgk keyword yg boleh menyebabkan org sampai ke blog saya. tgk lah dlm printscreen ni :




aku rindu ifah.

apa maknanya nih?? sapa yg rindu kat ifah anak sedara ai yg comot tu???

bgtau saya,cepatttt...

takkan muhammad yg isterinya nama 'Aiffah tu??

alamak ai..kot ye pun rindu kat org, boleh ke cari dgn search mcm tu???

hahaha! kelakar pulak.

apa2pun, saya harap dia tak jumpa ifah yg dia rindu tu dalam blog nih. hehehehehe

:: dari mata budak 8 thn ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

minggu nih, saya ada 'kawan baik' yg temankan saya malam2 di rumah.
since abg aleh tak ada di rumah kena dok kedai, dia lah yg temankan saya dirumah dgn nawal.
Alhamdulillah ada dia disisi, tak lah takut/boring/kelamkabut dok sorg2 dgn anak.

dia ada lah Nur Ili Athirah, anak bongsu kakak saya merangkap anak saudara saya lah.


bila adik nawal lasak tak nak tidor, acik plak tgh solat,


Ili kata : adik nawal ni duduk lah diam2. kak ili penat lah! asyik2 buas saja.


bila Ili seronok main2 dgn nawal, nawal pulak asyik gelak2, sengih2,


Ili kata : boleh tak nawal kecik mcm ni saja, tak yah besar2 dah. nanti dah besar tak best lah main.


bila Ili tgk acik penat melayan nawal yg time tu lah dia nak makan, tp time tu lah dia nak main jugak. tgn nak masuk dlm kipas, acik terjerit takut kena jari,


Ili kata : isy isy, susah kan jaga anak nih...


bila nawal dah tidor, dia pun boring ,


Ili kata : Acik bila nak mengandung lagi? seronok lah ada baby!


(yg tu tak bleh tahan tu. dia ingat mengandung ni senang2 ke..??)

tapi itu lah, kdg2 apa yg terluah dr seorang budak, buat kita terfikir yg kdg2 akal kita tak terpikir. walaupun dia hanya seorang budak, tak semestinya kita tak boleh belajar apa-apa dari dia.
Ili dan Nawal - Ogos 2009

Ili dan Achik - 14/2/10 naik ERL ke KLIA

tapi ili dan abg cik serta kakaknya nak balik Bangi dah esok.. T_T

:cry::cry::cry:

Wednesday, 17 March 2010

:: mahu tapi nanti dulu ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

tertarik. dari dulu lagi. tp mungkin belum masanya. hurmmm....
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Salam dan selamat sejahtera.

Pusat Pendidikan Jarak Jauh(PPJJ), Institut Perkembangan Pendidikan (InED) menawarkan peluang melanjutkan pengajian peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana melalui kaedah pembelajaran secara e-PJJ kepada Bumiputera yang sedang bekerja.

Butiran lanjut mengenai program/kampus yang ditawar dan borang permohonan boleh didapati di laman web kami :-

http://ined.uitm.edu.my

Semua staf UiTM (tetap, kontrak dan sambilan) akan diberi potongan yuran pengajian sebanyak 50%.
Mohon kerjasama/bantuan tuan/puan untuk mewarwarkan peluang pengajian ini kepada sahabat handai, saudara mara dan jiran tetangga.

Tarikh akhir penerimaan borang permohonan yang lengkap untuk kemasukan Julai 2010 adalah pada Jumaat, 09hb. April 2010.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi :- 03-55225498, 03-55225314, 03-55225313 dan 03-55225315.

------------------------------------------------------------------------------------------------

rugi betul jadi staff tapi tak guna peluang nih.

:; tag lps mkn nasik kandaq ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

dah lama tak main tag ni. saya ingat tag ni dah lama berkubur. sekali sekala kena tag seronok jgk. jgn hari-hari sudahla. kak ida ni mkn nasik kandaq abis sebungkus pastu tag2 org plak ye. FYI, kak ida ni my opismate, walaupun satu opis dok dekat2 tp kdg2 tau crita dgn baca blog masing2. haha. mcm lah takleh crita dgn mulut sendiri. lepas tu ckp psl blog, org lain tak tau tp kami ja yg gelak2.eh eh ni nak buat tag ke nak crita psl kak ida?? hahaha. lari tajuk betul.

Bold the statements that ARE true to you.
Italicize the statements that you WISH were true.


Leave the rest alone.
Then, tag 10 people to do the same test



I’m not happy.
I hate my friends.
I hate my life.

I hate my grades.
I can drive.
I’m bored of driving.
I have a white handbag.
I love dancing.
I go clubbing every week.

Shopping is bullshit.
I have a tattoo of a star.
I got my navel pierced.

I have friends that take drugs.
90% of my friends smoke.
I still hang out with my ex, even though our break up was rather nasty.

I’m studying Fashion.
I have a business running.
I hate cartoons.
I hate someone.
I have 10 Lollipops handbags.
I buy CLEO every month.

My parents don’t know about my blog.
I have an iPod.

My school mates know about my blog.
I wanted to be a fashion designer.
I love rock emo bands.
I hate it when people cancel last minute meet ups.
I’m a rebel.
I don’t believe in love.
High school's filled with drama.
My parents have faith in me.

I’ve bought shoes this month.
A blogger bitched about me before.
I hate sports.

I heart Italian food.
I hate meeting new people.
I hate nail polish.
The mother bear gives me hugs.

People should start appreciating me.
High school was the worst time of my life.
I have red hair.
One Utama is my second home.

I’m a guy.
I’m scared of my Biology exam which I’m going to face tomorrow.
I hate vacations.
We’ll last :)

I believe in long distance relationships.
I going to get high and smoke weed one day soon.
I’ve robbed an old lady.
I’m starting to like applying make-up
I was a tomboy.
At times I think I still am a tomboy.
I love bitching about people behind their backs
I still have a best friend.
I have a cat.
I hate surprise parties.
I hate planning parties.
I’m hot.

I’m a sinner.
I’ve got a DS light.

I have a Wii.
I cant live without music.
Video games are a waste of time.
I miss the father bear.

I love being in love.
I know how to cook.
I have 100% freedom.
Boys are assholes.
I hate Math.
I’m happy with what I have
I love horror films.
I slept in my parents’ room for 3 days after watching Scream when I was a kid.
My old friends keep in touch with me
.
I don’t read newspapers.
The news is such a waste of time.
Blogging is a waste of time.
I hate animals.

I can’t live without make-up.
I curse like a pirate.

I’m happy with my 11 year old car .
I hate people that are smart.

I love Orange juice.

I can’t drink for nuts.
I believe that everyone in their teens have lost their virginity.
I’ve got a new phone.

I’m going to get a new pair of shoes by the end of this month.

I love swimming.

I haven’t worked out since March.

I think I’m fat

I love my friends and family

kena tag org lain pulak. tp saya tak nak.. melawan nih. hahaha!

:: permintaan mengarut (buat masa ini) ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


saya mahu pergi bercuti.

please.

dgn suami dan anak of course.

(mintak2 lah abg aleh buka blog hari ni..ameennnnnnnnnnn)

p/s : permintaan mengarut sbb abg aleh tak boleh cuti, kena tunggu kedai.uwaaaaaaa~!!!

Tuesday, 16 March 2010

:: mari ambil maklum ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

rentetan dari kisah keluarkan duit KWSP hari tu.

sebelum duit itu digunakan untuk hal-hal lain, marilah kita suburkan nya dgn :


klik gambar untuk imej lebih besar. :)

lega rasanya bila dah selesai semua. Alhamdulillah.

Monday, 15 March 2010

:: berita baik dan berita kurang baik ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

fuhh!! mak ai..penat nak upload gambar. rupanya kena kecikkan saiz. dan upload 1 by 1.
apahal blogspt ni tetiba jd cerewet plak. selama ni ok je.

jadi disebabkan byk masa sudah terbuang utk upload gambar, maka dipendekkan cerita.

1. berita baik : kawan baik saya, C-fah sudah pun selamat melangsungkan pertunangan semalam.

Alhamdulillah. kendurinya mungkin bulan 12 nanti.Insya-Allah. doakan kebahagiaannya ok.
(buat kawan2 u-know-who-u-are, taktau lah hangpa..mama sedih hangpa tak mai..)

wani - cfah - saya. C-fah tampil simple dgn baju yg manik dijahitnya sendiri.
saya ckp kat dia,"dah lama tak tgk org bertunang pakai simple2 saja. la ni semua grand pakai mcm pengantin dah.kadang2 siap pelamin bagai.."

katanya, "aku ikut hang lah, pakai biasa2 tp sweet, dan baju tu pulak bleh pakai hari2 lain.kan best?"

iya lah. lain org lain caranya. ikut kehendak dan pilihan masing2 lah kan?


2. Berita kurang baik : Aisyah Nawal jatuh katil.

nak dijadikan cerita, pagi ahad, nawal tidur, untuk mengelakkan gangguan, Tok Ma letak nawal atas katil dlm bilik Tok Ma, sambil dikepung dgn bantal banyak2. Saya sedang berurut, Ma di dapur, Ayah nawal dlm bilik kami. tiba2 terdengar tangisan kuat nawal. iya, dia sudah terjun tiruk dr katil.

nampak lebam di tepi mata??
saya bawak nawal ke klinik lepas jatuh tu, doc tgk nawal seems ok, masih gelak2, masih lasak. doc bg upat sapu dan antibiotik. dan minta kami pantau keadaan dia dlm 24 jam ni, kalau dia muntah, terus bwk dia ke hospital.

Alhamdulillah, nawal masih lasak mcm biasa, makan ok, minum susu ok, tidor ok. mmg saya risau dan sgt susah hati. hati tak putus2 doa moga nawal tak apa2.

(nawal yg seronok bila main cok-cok-pin-pin- dlm -cupak-mana-tikus-bunting-lari-celah-ketiak.) keadaan nawal pagi ni. masih ada bekas. moga nawal tak apa2.amin.

apa yg saya risaukan, akhirnya berlaku jua. agaknya setiap budak, mesti ada kenangan jatuh katil kot.

kan???

oklah. dpt jgk update blog. at last..phewww!!

:: eii.. geram! ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ada 2 benda nak cerita.
tp gambar takleh upload.

eiii..kenapa??kenapa??

mana best crita takde gambaq.
mcm mkn kari ikan takdak sambal belacan
atau mkn teloq mata kerbau tanpa kicap.

aiyayayayayaya!!

:: tag 10 soalan, i like ~ ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Tag dr adik junior, tp tak kenal lg dia sapa. Enjelina, baik lu emel gua bgtau sapa diri lu yg sebenarnya. Gua nak bgtau Lisa yg lu ucap slamat pengantin baru kat dia.

1- Copy tajuk entri tag 10 ini

2- Jawab semua soalan dalam Bahasa Melayu (dlm bahasa mandarin tak boleh kee...hahahaha!)


Soalan 1

Siapakah anda di rumah?

Nur Azriena jugak, tak jadi adnan sempit ke, ct hurhaliza ke…hihihi

Soalan 2

Siapakah anda di samping rakan?

Siapa ya?? ntahlah, kdg2 jd robot, kdg2 jd badut,kdg2 jd org, kdg2 jd setan. wakakakaka. Tapi saya rasa saya pendengar yang baik.

Soalan 3

5 benda yg anda idamkan tetapi belom tercapai?

1- menunaikan haji.

2- bercuti bersama keluarga di suatu tempat yg cantik dan indah dan bla bla bla.

3- Toyota Vios kaler biru mcm kakak saya punya.

4- sambung MA amik Library Science.

5- jadi Pustakawan amik alih jawatan bos saya skrg. Hahahaha

(semua impian2 dia atas adalah benar belaka tiada yg tak benar melainkan benar2 belaka.)

Soalan 4

Siapakah nama pasangan anda

Aleh (bukan nama penuh.)

Soalan 5

Ceritakan 5 perkara paling anda suka tentang pasangan anda

1 : sporting, saya nak pi mana pun dia izin saja.(sbb dia yakin saya tahu batas dan limit)
2 : tak bising walaupun saya tak sempat kemas rumah.
3 : tak komplen kalau saya masak tak sedap.

4 : tak pernah marah @ komplen apa2 kat saya, saya sj yg selalu komplen dia.

5 : dia pendengar yg baik. Kalau saya runsing dia selalu berjaya tenangkan dan stabilkan saya.

Soalan 6

Bila tarikh anda kapel

8/8 tahun 2002.rasanya lah. kena balik bukak diari. hahaha

Soalan 7

Apa kenangan pahit anda dan pasangan anda?

Pernah beberapa kali putus sbb saya masih belajar. Kemudian putus lg sbb saya rasa saya nak cari org yg lebih baik dr dia. Tapi takdir Allah, dia tetap jd suami saya. dia lah yg terbaik utk saya.

Soalan 8

Lagu tema cinta anda?

Ada lagu tema ke? Isk..rasanya takde kot. Dia bukan jiwang karat punya org.

Soalan 9

Apa perubahan yang anda ingin lihat pada pasangan anda?

Hahahaha!! Banyaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk…tapi itulah. Manusia ni tak sempurna. Saya masih berusaha utk mengubahnya tp Allah belum izinkan utk saya melihat perubahan itu. Saya perlu lebih sabar lg. mungkin saya yg perlu berubah jd lebih baik.

Soalan 10

Tag 10 rakan anda yang lain.

Sapa2 yg baca sampai abis nih, dia kena buat. Hahaha! Padan muka sapa suruh baca sampai abis.


:flower::flower:

Friday, 12 March 2010

:: sampai bila agaknya..? ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

semalam dia pulang, jam menghampiri 11.15 mlm.
dia terus berbaring sebelah anaknya yg sedang lena tidurnya.
sambil diusap2 wajah kecil itu, dia berkata sesuatu.

saya kurang jelas, sbb saya pun tgh mamai time tu.

entah berapa lama dia membelek anaknya tidur, saya tak pasti.

Subuh ini, dia ke masjid, anaknya belum bangun.
Bila dia pulang, anaknya sambut dgn sengih sengih sengih dan hulur tangan minta di dukung.
dia tukarkan lampin, basuh muka anaknya dan bermain2 sementara saya bersiap.

dan pagi ini, sebelum Nawal dan saya berangkat ke rumah mak lang dan ke tempat kerja,
berkatalah si ayah kepada anaknya,

" ayah minta maaf sayang..ayah tak sempat main dgn Nawal lama-lama."

sayu hati saya. Nawal pulak sengih sengih saja, mcm biasa.

saya harap keadaan ini tak lama. ya abang?

Thursday, 11 March 2010

tahniah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

tahniah S & D kerana result yg baik. Alhamdulillah.

dan A, masih menyepi. kita tunggu dan lihat.

*

*

*

Azzam tak leh amik result sbb dia bg hilang buku perpustakaan!!!!!

kah kah kah kah kah kah kah kah!!!!!
:laugh::laugh::laugh:

:: masih serupa tapi tak sama ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

1999.
11 tahun dulu, saya mungkin sedikit keanak-anakkan, emosi terlebih2, tak berapa matang, bertindak dulu pikir kemudian dan 'kurang cerdik'.

2010.
cerdik sikiiit kot. pikir dulu sebelum bertindak. emosi under kontrol. matang sikiiittt sbb pengalaman bertambah.

gambar kanan - pasport 2010.
gambar kiri - lesen motor 1999.

(saya rasa saya comel skiiit masa umor 18. :P )

:: Good Luck S, A dan D ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

untuk :

Nur Syaza Aiman Mohd Saupi (syaza)
Ahmad Azzam Azman (abg azzam)
Hafizah Ramadhani Burhanuddin (dani )

Achik / maksu doakan kalian dpt result SPM gempak hari ni. amin.
kalau tak gempak pun, kalian kena tabah dan teruskan hidup.

selamat amik result.

Wednesday, 10 March 2010

:: kenapa saya berblogging? ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya mengenal dunia blog ni lbh kurang 10 tahun dah.
masa saya mula2 masuk UKM. saya pun tak ingat mcm mana boleh terjebak dlm dunia ni.

blog saya yg pertama dr upsaid.com. lps tu upsaid mintak duit kalau nk buat blog dgn dia. cis.mmg tak guna.
kemudian saya berpindah ke blogdrive. http://adzrina.blogdrive.com. lama jugak saya kat situ.tp lama2 rasa mcm susah nk update,setting dia memeningkan.
kemudian saya berkenalan dgn Mr. Friendster. kat situ ada tmpat nak berblogging. http://adzrina.blogs.friendster.com/dalam_hati_ada_cinta.
lantas kat situ jd tempat saya mencurah rasa.berapa tahun ntah saya kat situ.
ntah kenapa2 tiba2 saya rasa nak kembali ke blogdrive. sempat update beberapa bulan, saya jumpa tuan rumah baru.

http://www.blogspot.com.

setelah saya tgk kebahagiaan org2 yg menetap kat blogspot, saya pun akhirnya berblogging kat sini. dan sehinggalah hari ini. dah hampir 2 tahun saya disini.

+ - x / = 10 thn jugak saya menulis blog. lama wehh!!

dan menjawab soalan knapa saya berblogging?

:: saya suka menulis diari sebenarnya. dari zaman sekolah2 lg. entah apa yg saya merepek dlm diari tu, saya pun tak paham. tp saya suka. jd blog ni mcm diari lbh kurang.bezanya, ia diari yg terbuka.

:: blog tempat saya meluah rasa,meluah pendapat. takda sapa bleh marah apa yg saya repekkan disini, sbb ini rumah saya. jd suka hati saya apa saya nak merapu, asalkan saya tahu batas. setiap benda ada limitnya.kan?

:: blog umpama buku sejarah. bila saya bercerita ttg sesuatu kejadian, saya boleh merujuknya kembali bila saya perlu. cthnya, kejadian saya keguguran dulu. bila melihat Nawal hari ini, saya rasa pengalaman keguguran dulu adalah kejadian yg manis. yg selalu kita kata, setiap yg berlaku ada hikmahnya.

:: saya menulis blog bukan untuk diminati, bukan utk dpt duit byk (kalau ada alhamdulillah.)kalau saya dpt kawan dr menulis blog, alhamdulillah, saya happy. sbb tu saya tak kisah kalau org nak follow saya, atau nak link saya, silakan. saya tak paksa dan saya tak halang. saya pun follow blog yg saya suka, dan link kan blog yg saya mmg akan baca. bukan just letak bubuh je sekadar nak jaga hati sesiapa.

itu je rasanya. cuma 1, saya harap blogspot ni tak mintak sewa tapak mcm upsaid dulu. kalau tak,kena cari rumah lain pulak.

dan kenapa pilih nama blog adzrina?

hehe, saja suka2. sbb saya suka nama abg an saya, adzhan. jd terasa nak nama glemer mcm dia. so, jadi lah adzrina. takde apa2 pun sebenarnya.

sekian, itu lah ceritanya.

:: maka tak payah lah ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

semalam masa bermain2 dgn nawal, dia tunjuk skil memanjat ayahnya.

mula2 dia berdiri dgn lutut.
dia gapai dgn tgn.
dia angkat sebelah kaki.
kemudian sebelah lg.
cewah! anak ummi dah boleh berdiri wpun goyang2!
ummi dah abih pikir pikir pikir pikir.
tak jd belikan nawal walker ataupun exersaucer.
kita belajar secara alami ok. (alami = semulajadi.)
rumah kita pun tak semak dgn benda2 tuh.

mulai hari ni, ayah tak dapat bermain2 dgn nawal mcm selalu.
ayah dah takde pekerja.
pakcik fahrul tu dah selamat kembali ke kg halamannya.
ayah sedih amat.ummi pun.
jd ayah kena jg kedai sorg2, dr siang sampai mlm.
kesian ayah. kesian kita jgk.
jd kita kena jg diri dan jg masing2.
ummi jg nawal dan nawal jg ummi ok.

macamana lah agaknya mlm2 kita tanpa ayah...
jomlah kita balik rumah tok ma mlm ni.
huhuhu..

Tuesday, 9 March 2010

:: ketawa penawar duka ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

di saat anda mengalami sakit kepala yg amat (akibat dr tak cukup tidor.)
di saat anda mengalami jiwa kacau bad mood rasa nak mkn org (kerana 'bulan sedang mengambang')..

tiba-tiba ada org buat lawak yg anda rasa kelakar yg amat lantas anda ketawa kuat2 tanpa mempedulikan alam sekeliling.

ya, itu adalah salah satu kenikmatan dunia.

Alhamdulillah.

(en. suami dah blk semalam, sampai awal pg td. saya gi amik di Butterworth. tidor hanya dr jam 12.30 am - 3.30 am, rasa mcm otak ni tak dpt berfungsi dgn baik. pls, i need sleep.. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz)

Monday, 8 March 2010

:: padan muka kena tinggal ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

knapa ye blogspot hari ni? tak boleh upload gambar. frustrated. T_T

en suami berangkat ke KL pg ni. dihantar dgn penuh kasih syg tak berbelah bg oleh isteri dan anakandanya. bila balik tak pasti lg, selesai sj kerjanya cptlah dia pulang.

1st time ditinggalkan, sedih jugak. selalunya saya yg tinggalkan dia, ke kursus lah, blk kg lah, pegi KL lah.

mlm ni tidor di rumah ma, mlm esok tak tau lg.

waaa~!! org nak buh gambaq..eiii,geramlah.

Saturday, 6 March 2010

:: order baju online ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

sejak ada anak, dah jd hobi baru menjenguk kedai online.

dah byk kali saya order baju/seluar nawal secara online.

dan yg terkini, saya order dari kedai online kawan saya sendiri, Asmizah.
kitorang sekelas masa saya di KMM, Masjid Tanah.
seronok nya kerja sendiri dr rumah bleh luang masa jg sendiri anak2.

ini lah baju-bajunya :
cute sungguh baju ni. nampak macam ummi dia poyo~!! mcm lah ummi dia cute sgt. hehehehe. Baju ni jenama Baby Gap.



ini pulak jenama Baby Zara. sweet! kain dia pun cantik.


dan aksesori khas yg sweet adorable tu dpt extra tokei dia kasik free saja tak beli pun. best kan!!

kalau sudi jengahlah ke sini : one-shoppe your marketplace

thanx As!!! semoga bisnes akan terus maju ok!

tak sabar nak pakaikan nawal nanti.

:flower:

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...