Thursday, 4 February 2010

:: sudah jauh di malam hari ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


sudah jauh di malam hari
jangan intan berjaga lagi
tidurlah nyenyak sampai pagi
esok bermain lagi

ayah kerja jangan di tunggu
baliknya tidak lah tentu
jangan ikut hati rindu
esok pasti bertemu

syukur pada Tuhan
Yang Maha Esa
membuat kau besar
dan bakal dewasa

semoga jauh mala bahaya
kau penghibur hati lara
buah hati duka manja
jalinan kasih mesra..

ahaks! lagu tu ma selalu nyanyi kat anak2 masa kami kecik2 dulu.
lepas tu anak ma pulak nyanyi kat cucu-cucu ma.
saya nyanyi kat nawal..hmm..boleh kira kot berapa kali. sbb selalu dok zikir munajat saja nawal dah lena. kalau nyanyi dia tak tidor pun. suara ummi tak sedaplah tu.

kalau nyanyi kat Ili, dia terus buat muka sedih. tambah2 time ibu dia takde.
skrg dia dah pandai,kalau dgr lagu ni terus tutup telinga,katanya,"nanti adik nangis."

sebenarnya, ini lagu Sarimah nyanyi dalam filem apa ya..lupa pulak. Ma ada ckp hari tu. tp tv tak siar pun filem tu. lama dah. saya ingat saya pernah tgk sekali je lagu ni versi Sarimah nyanyi dlm filem, selebihnya buat versi sendiri blajar dgn ma.

dlm family saya kalau sebut lagu "sudah jauh di mlm hari" diorang tau lah. mmg familiar sgt. abg2 saya pun tahu nyanyi.

kak long pun pandai jgk. dia cucu sulong, kira paling lama dgr berbanding adik2 sepupunya yg lain.

saya pun boring2 ada jgk nyanyi lagu ni. nak cari versi asal kat mana lah ye.hmmm...

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
RieNa said...
This comment has been removed by the author.

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...