Tuesday, 9 February 2010

:: rajuk anak ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

pagi tadi, Aisyah Nawal kena marah dgn saya.
sbb dia mengada2, nangis bila saya hilang di mata dia.
sedangkan saya perlu siap nak ke pejabat.
dahla terbangun lambat gara-gara nawal ajak bermain jam 3.30 pg semalam.
ummi dah lah kelam kabut, Nawal pulak buat perangai.
kan dah kena marah.

(ayah dia takde,jaga rumah di LY sedangkan kami di umah ma. kalau ayah dia ada takde masalah,sementara saya siap dia boleh main dgn ayah. Ni tok ma pun sibuk jgk time tu,tak sempat nak tgk dia.apa lg,bila dia tak dihiraukan org,mengamuk lah dia.)

dalam kereta dia diam je. suara sikit pun tak bunyi. sedangkan hari2 lain mulutnya bising berceloteh.
matanya asyik pandang ke depan dan kadang2 ke luar tingkap.
bila saya panggil dia tak menoleh pun.
mainan pun dia tak usik.

anak ummi ni merajuk ye...

bila saya lambai dia sebelum ke pejabat,dia langsung tak senyum. wah,kecik hati betul nih.

nampaknya, saya perlu memujuk dia petang nanti.
mungkin dia merajuk dgn saya.


Abg cik afif - tahun 2000




nawal - 2009.


1 comment:

Thara said...

alahai chomels je nawal merajuk! :P

baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...