Wednesday, 3 February 2010

Perjalanan Menuju Baitullah (Part 2)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...



(Rupanya, tak mudah nak menulis sesuatu yg ilmiah kalau kita tak betul2 pandai dlm bidang tu. konon tiap2 minggu nak publish, tp..kelu lah. mcm susah. Tapi, cuba jugak. cuba setakat mampu.)



Pada mulanya, Nur juga seperti org lain yg memandang ringan akan kewajipan menunaikan haji. Bgnya, dia masih belum mampu. tapi, sebenarnya, dia takut. Dia takut dia tak mampu jadi baik setelah sekembalinya dia dr haji.



Namun suatu hari, Allah telah membuka minda dan hatinya. Nur menerima emel menceritakan tentang kaabah yang enggan bergerak melintasi titian as-sirat selagi mana org2 yg pernah tawaf disekelilingnya tidak ikut serta.



ini emelnya :



Kaabah Enggan Bergerak



Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As-Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya.



Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga.



Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.



Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.. Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.



Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.



Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku....Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas dibawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....



setelah Nur usai membaca emel tersebut, hati Nur berdebar-debar. Betapa dia telah rugi kerana selama ini dia tak mengambil berat akan hal menunaikan haji.


Satu motivasi bagi rakan-rakan yang mampu untuk ke Mekah. Silakanlah menjadi tetamu Allah.Pergilah ketika masih muda dan kuat agar setiap langkah dan setiap nafas kita gagah dan diberkati oleh Allah SWT.
Wallahuálam..

baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...