Friday, 5 February 2010

:: antara ibu dan anak ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Kisah 1.

Semasa Nur mengandungkan anaknya, dia ada berpesan pd anaknya yg ketika itu berusia 7 bulan di dalam rahim, "nanti tunggu ummi exam dulu baru anak keluar ya.."

Nur exam 22/6 dan dia bersalin pada 23/6. ya, anaknya tunggu dia usai mengambil peperiksaannya. walau dalam perut, ada hubungan antara keduanya.

Kisah 2.

Anis baru berusia 2 bulan setengah. Dia dihantar ke rumah pengasuh setiap kali ibunya keluar bekerja. dan bila petang ibunya dgn rasa sgt tidak sabar dtg menjemput Anis utk pulang. dan setiap kalinya Anis tak pernah senyum bila disapa ibunya. Itu telah membuatkan ibunya rasa sedih.

sehinggalah suatu malam, ibu anis mengadu akan hal itu kepada ayahnya, bahawa anis tak pernah senyum bila ibunya jemput di waktu petang.taktaulah kenapa,mungkin anis merajuk kerana ditinggalkan seharian. ibu anis bergenang air mata kerana sayu hanya kerana anaknya kelihatan tidak gembira menyambut kepulangannya.

Anis yg ketika itu sedang menyusu, hanya memerhati ibunya mengadu pd ayah.

keesokkannya, ketika ibu anis tiba di rumah pengasuh utk menjemput Anis pulang, Anis tersenyum lebar. ibu anis gembira dgn perubahan anak kesayangan. dan sejak dr hari itu, Anis akan sentiasa senyum dan ketawa setiap kali ibunya datang menjemputnya. Anis sebenarnya faham dia telah membuatkan ibunya bersedih.

Ya,walaupun baru berusia hampir 3 bulan, ada hubungan antara keduanya.

Kisah 3.
Pn. Amy sedang sibuk di dapur. menu istimewa utk hari ini : Udang masak cili, buncis goreng, ikan terubuk goreng, kari ayam. (huh,tiba2 penulis rasa laparr..). setelah siap makanan dihidang, beliau teringatkan anak keduanya, Azman.

di hatinya terdetik, "kat mana lah agaknya Man ni. mintak2 dia balik tghari ni, boleh makan sama-sama."

5 minit kemudian, terdengar bunyi motosikal. Azman tiba di rumah ibunya dan mengadu lapar. ibunya hanya tersenyum. tanpa panggilan telefon, hanya seruan dalam hati, anaknya mendengar panggilannya.

Ya, hanya dalam hati, ada hubungan antara keduanya.

Kisah 4.

seorang ibu yang telah meninggal dunia, wajahnya kelihatan sedih dan tidak berseri, kerana salah seorang anaknya, yg paling dia sayang, tidak menziarahinya ketika dia terlantar sakit. dan hanya pulang setelah dipaksa oleh saudara yg lain, itu pun hanya berada di seberang jalan.

kasihan si ibu. dia benar-benar kecewa. anak-anaknya yg lain memujuk dan merayu di telinga jenazah ibu mereka, agar memaafkan saudara mereka, dan tolonglah senyum buat kali terakhir.

Alhamdulillah, akhirnya si ibu tersenyum jua, demi anak2 yg lain. Anak yg masih di seberang jalan itu, entah bagaimana nasibnya nanti. Masih kah ada harapan mohon keampunan?

Ya, walaupun sudah berpisah dunia, masih ada hubungan antara ibu dan anak.


itu secebis kisah utk kita renungkan bersama.
tiba-tiba penulis rasa nak nangis. dan dia perlu utk call Ma skrg.
sekian.

1 comment:

Hasni said...

aku juga sedih....

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...