Monday, 22 February 2010

:: 230210 - 230609 = 8 bulan sudah Cik A.N ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Nawal sudah baik dari demam campaknya. Alhamdulillah.
nampaknya, itu ujian Nawal cecah 8 bulan ni.
dilanda demam panas, batuk + selsema dan campak ruam, menjadikan anak dara saya tu semakin berakal dan byk pe'el sekarang ni.
bak kata org tua2, termasuk Tok Yam, "demam nak buleh akai lah tu!"

mcm selalu saya buat : perkembangan Nawal di usia 8 bulan.

:: berat badan masih belum mencecah 7 kg. baru 6.7 - 6.8 kg mcm tu lah..kecikkk je. percaya atau tidak, Nawal masih boleh pakai baju new born dia (walaupun seluar ada singkat skit.hehe)

:: dia sudah mula merangkak. walaupun sikit2 dan kdg2 tersembam, it's ok dear, itu satu permulaan yg baik.

:: dah boleh duduk dlm jangka masa pendek, kalau lama2 terbalikkk...hehehehe

:: sudah tumbuh gigi!! (lps ni pandai baca kitab.hehehe)


nampak tak?? meh kita close - up...

haa, nampak gigi nawal tu?? tok nawal lega gigi cucunya tumbuh belah bawah dulu. kononnya, kalau tumbuh gigi atas dulu, nanti suka ckp besar. taktaulah betul ke tidak mitos ni. apapun saya doakan nawal tak mcm tu.

:: dah pandai pegang botol susu sendiri. tapi selalunya nak jugak org lain pegangkan. malas ye...??? nak kena nih.

(tgk ape??nak susu nawal ni ke..??)

:: perut dah tak kembung mcm dulu2. makan makin berselera. minum susu pun banyak. lasakkkkk... jarang menangis tak bersebab, tp kalau menangis kuat yg amat.suka geleng2 terutama bila dia dah tak nak minum susu dah walaupun ada lg skit. kenyang sgt lah kot.


ok, di bawah ni gambar2 nawal kena campak. apa yg saya buat time nih :

- kurangkan aktiviti nawal, maksudnya tak bwk dia berjalan atau kurangkan aktiviti luar. sbb dia sebenarnya lenguh badan dan nak rehat saja. betul, kat umah pun dia asyik baring tgk tv main dgn 'kucikuci' je. mcm tak larat sgt nak melasak.

- saya mandikan dia dgn air kelapa, air basuhan beras dan juga air daun mambu.

- ada org suruh bg minum air kelapa, tp saya bg sikit je. taktaulah, saya rasa tak best nk bg budak umo 8 bulan minum air selain susu dan air kosong. takut sakit perut lah mcm2 lagi lah.

- saya tak pakaikan dia baju. pakai diaper saja. sbb dia miang sbnrnya,bila bg pakai baju lg la dia rasa tak selesa.

nawal dah sihat dah, dah lasak mcm biasa. dan asyik gelak2 saja tunjuk gigi 2 batang dia tu.

Alhamdulillah.









2 comments:

Thara said...

nawal dah tumbuh gigi, yeay! nanti tak lama lagi u'll experience "ketapan" giginya, menggeget sana menggeget sini. heehee.

alhamdulillah, sehat dah anak dara sulong puan riena ni. masa mandikan dgn air2 yg disebutkan di atas tu, campur semua air2 tu sekaligus ke, or selang2? (e.g : mula2 air kelapa, pastu bilas air beras, pastu last bilas dgn air mambu?)

RieNa said...

smlm pun dah kena, masa tido agaknya dia ingat puting dia kot,kena2 jari ummi.sakit jgk kena geget.

selang2 lah, mabuk dia kalau kena 3-3 air sekaligus.haha.

pg mandi air kelapa, ptg mandi air mambu. ikut lah mana yg ada. lps mandi kena lah bilas dgn air biasa, takut berlengas pulak.

baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...