Tuesday, 12 January 2010

Perjalanan Menuju Baitullah (Part 1)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Nur (bukan nama sebenar) sudah lama mengimpikannya. sejak 10 tahun lepas. kalau tak kerana ibu, mungkin Nur sama seperti ramai yg lain, memandang mudah hajatnya itu. Mujur lah ibu banyak menyedarkannya,memberikan semangat, dan menunjukkan jalan untuknya menunaikan hajat itu.

dan semalam, kali pertama utk tahun ini, Nur ke Kuliah Haji Ustaz Mat Teh O di Surau An-Nur, Bukit Indera Muda utk belajar dan mendengar kuliah haji. ...

(tiba-tiba penulis penat utk mengarang dlm bahasa baku.boleh tak buat secara santai saja? - boleh je, ini blog engkau kan...ok,terima kaseh.)

baby Nur kena tinggal kat umah kakak iparnya kejap. mujur ada makngahnya nak tlg jd baby sitter.

kuliah bermula jam 2.30 petang dan selesai bila masuk waktu Asar.
apa yang ustaz kuliahkan semalam?

Nur catitkan yang ini :

:: Ubah cara hidup kita sebelum pergi menunaikan haji. kalau kita tak bersedia betul2, Allah pun tak suka nak sambut kita.
:: Pentingnya penyucian hati sebelum ke Mekah.
:: Menjadi tetamu Allah : Apabila seseorang itu berkunjung ke Baitullah di tanah Suci Mekah, maka bermakna dia menyahut panggilan Ilahi utk menunaikan ibadah haji atau umrah atau kedua-duanya, dan dia telah menjadi tetamu Allah.
:: Sebagai tetamu kita kena lah berakhlak mulia, dan mematuhi segala peraturan dan disiplin yang ditetapkan,lebih2 lagi tetamu yang bergelar 'hamba' dan tuan rumah adalah Allah Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi. Allah benci orang tang tidak menjaga kehormatan Tanah Haram.

Ibadah haji sebagai puncak ketaatan.
Ibadah haji sebagai ibadah paling agung. ia sebagai manisfestasi sebagai puncak ketaatan seorang hamba kepada Tuhannya dan bagi wanita haji itu sebagai Jihad. ini kerana untuk melaksanakannya bukan 1 benda mudah. ia memerlukan perjalanan yang jauh, belanja yang banyak, guna tenaga yang berlebihan dan masa yang panjang.

lagi , kena tinggalkan kampung halaman, isteri/suami, anak tercinta (part ni yg buat Nur bergenang air mata), ahli keluarga dan pekerjaan. pendek kata, untuk menunaikan haji itu seseorang itu melalui beberapa kesulitan dan cabaran yang besar.

janganlah ingat kalau nak gi haji ni duit kita akan habis. percayalah, tak ada yang fakir dengan sebab gi haji.

betulkan niat dan bersihkan hati. Ingat kita nak gi haji :
- kerana patuh dan taat kepada ALLAH SWT.
- kerana nak cukupkan 5 rukun Islam.

dan BUKAN niat kerana :
- nak berlagak.
-mengejar title Haji dan Hajah.
-nak pakai serban.
- sebab disuruh/dipaksa.
- wang dibiayai anak dan cucu.(kita sendiri tak ikhlas nak pegi.)
- berlumba-lumba kekerapan menunaikan haji.

Ibu Nur ada berbisik pada Nur, "Nur nak ke mekah ni, sbb Nur sendiri yang nak pegi atau sbb ibu suruh?"
jawab Nur," Nur mmg nak pegi ibu..mmg Nur nak pegi..terima kasih sbb tunjukkan jalan pada Nur."

Hikmah dan falsafah haji
- pengorbanan
- sabar dan tabah
- persaudaraan
- pengabdian diri kpd Allah
- dugaan-dugaan
- gambaran2
- melawan nafsu
- persamaan
- satu cita2.

cara-cara penyucian hati.
- Aqidah yang sihat dan kukuh
- Ilmu dan kefahaman Islam yg jitu.
- Pelihara solat 5 waktu.
- Tafakur dan zikrullah
- Taubat dan Istighfar
- Qiamullail
- sedekah

sifat2 terpuji yg perlu ada sebelum menunaikan haji.
- sabar, rajin, syukur, pemurah, ikhlas, ingat mati, redha, bertimbang rasa, taubat, amanah, berjimat, penyayang, menepati janji, tolong menolong.

sifat2 tercela yang perlu dibuang sebelum menunaikan haji.
- pemarah, riak/takbur, mungkir janji, penipu, pemalas, keji mengeji, bermegah, bermuka-muka, mengumpat, cerca, sombong, kufur nikmat,dengki khianat.

sebenarnya banyak lagi yg Ustaz Mat cakapkan kelmarin, cuma ini yg Nur catit ringkasannya. Ustaz mat pesan, sesiapa yg ada akaun tabung haji tu, kalau simpanan dah lebih RM1300, mendaftarlah utk menunaikan haji. jangan tunggu-tunggu lagi. kita taktau kita nak mati bila. atau kiamat datang bila. kalau kita dah berniat, sekurang2nya bila kita mati, ada jgk niat kita nak ke Mekah.

dan bg yg belum ada akaun tabung haji, mulakanlah. dgn nilai rm10 sekurg2nya. gerakkanlah hati dan langkah kita. belum terlambat utk kita mulakan langkah kita.

Nur meraup muka perlahan. dia dah mulakan langkah. semoga langkahnya ini lancar dibawah keizinan Allah jua. dia sudah bertekad, tahun ini dia mesti tunaikan jugak, sbb dah 5 tahun dia menangguhkannya. kali ini tidak lagi,walaupun ada seseorang, yg terpaksa ditinggalkannya disini.

"Anak, moga kita kuat dan tabah utk mengharunginya bersama-sama," bisik Nur pd cahaya hatinya malam td.

-----------------------------------------------------------------------------------

entry bertajuk Perjalanan Menuju Baitullah ini insya-allah, akan dipublishkan setiap hari isnin, bergantung kps kerajinan penulisnya.hehehe. moga kita sama2 dapat manfaatnya.amin amin amin.

2 comments:

sarah sofian said...

aku tau nama sebenarnya..hehe...nur azriena yusuf

RieNa said...

konfiden ja dia.

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...