Monday, 25 January 2010

:: nawal kena buli ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

lama nawal tak bercerita kan? nawal nak cerita,tp ummi tak sempat taip utk nawal. nawal mana lah reti taip sendiri. nanti kalau nawal pandai taip esok pandailah nawal buat sendiri. blog pun nawal buat sendiri. aisyahnawal.blogspot.com. hehehe

gambar2 kat bawah ni semua ummi ambik malam sebelum nawal genap 7 bulan. ummi ckp kat nawal yg nawal dah besar, ummi rasa baru semalam je ummi sakit perut kerana nawal, hari ni nawal dah boleh tergolek2 dpn ummi,gelak2 dgn ummi, dan buat ummi rindukan nawal hari2.

ummi pakaikan nawal tudung. ummi ckp nawal cantik pakai tudung. kalau tak pakai tudung tak cantik ke ummi? ummi ckp cantik jgk, tp Allah suka dan syg org yg pakai tudung. bila nawal besar nanti nawal mesti pakai tudung,tak boleh tidak.itu pesan ummi.insya-allah ummi, nawal ingat pesan ummi tu.

tp tudung ummi ni besar sgt lah, dah jd fesyen tudung Ct Nurhaliza dah.



amacam?? besar tak mata nawal??

iyyah..iyyah..tudung ni buat nawal takleh berganjak ke depan lah.ni ygnak marah ni. nasib ummi ada tolong alihkan utk nawal.

ayah ckp nanti ayah carikan tudung kecik utk nawal.

setiap kali ummi pakaikan nawal bedak, sikatkan rambut nawal, mesti ummi doa mcm ni," Ya Allah, Kau perelokkanlah akhlak anakku seperti mana kau perelokkan wajahnya..amin." nawal pun ckp amin jgk,tp dlm hatilah. Di mulut nawal senyum2 saja.

Nawal yang happy~!!

lepas tu ayah pulak pakaikan nawal kepiah ayah..

isk nape ummi dan ayah buli nawal nih???

tok yam~!! Tok ma~~!!! tgk ummi ayah ni...

tiap kali weekend mesti nawal sibuk. ke sana ke sini. byk rumah yg nawal kena pegi. biasa jadual nawal mcm ni lah :

sabtu pg - tghari : nawal di umah Lahar Yooi, masa ini lah ummi nak membasuh, nak mengemas rumah buat apa yg patutlah. nawal teman ummi saja. kejap2 nawal main dgn tok yam.

petang kul 3 ke atas : nawal pegi rumah mak njang (kakak ayah nawal) kat tasek gelugor. main2 dgn mak njang,pak njang, kak lia, kak dani dan kak nurul. nawal kena pegi umah ni sbb nanti depa rindu kat nawal.

kul 6 blk umah tok ma kat kg petani pulak.

Ahad : nawal main2 kat umah tok ma, lepas tu nawal pegi umah tok ayah kejap. nanti kalau tak pegi tok ayah rindu kat nawal jugak. pukul 2 ptg nawal pegi umah angah (kak ipar ummi) kat kg pelet, main2 dgn kak naja.kak nadia, abg akil, abg azzam. sementara ummi pegi kursus haji, nawal duduk lah situ sampai pukul 5.30.

lepas tu nawal blk lahar yooi pulak. mcm tu lah nawal setiap minggu. membahagikan kasih sayang nawal seadilnya. hehehe..

ummi nak tgk wayang dgn ayah pun tak sempat lg. sian ummi. ummi ckp sayang nak tinggalkan nawal, dah laa ummi tak dpt luang masa dgn nawal masa weekdays, masa weekend pun nak tinggal nawal jgk. sbb tu sampai skrg ummi tak pegi tgk lg crita Jackie Chan tu. entah sapa lah Jackie Chan tu. best sgt ke dia ummi?

haaa..ummi ckp nanti raya cina ummi nak bawak nawal pegi Bangi, rumah ibu. yeay!!!!! seronoknya!!!

4 comments:

p.i.n.a.t. said...

mcm ank jepun plak tgk nawal neh!
sbb ummi die asek tgk gmbq ank jepun ja time prgnant dlu..

yeyeh!nawal nk mai bangi.yeyeh!

RieNa said...

gambar anak jepun pakai snow cap. nak kena cari blk pic tu. rasa mcm nawal sejibik!

MyzwaR said...

RIena, raya cina ni pi bangi ka?? aku balik bangi gak.. ada knduri kawin adik ipar... jemput ke sana yer!!! nnt aku bg detail..

RieNa said...

muhd, boleh2..nanti bg kad lah kalau senang. lg 1, kena prepare jemput aku skali dgn family ya.kurg2 10 org.hahahaha

insya-allah,kalau takda aral.

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...