Friday, 29 January 2010

:: bayangkann...(edited & republished) ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

(entry ni ada edit skit.tambahan kat bawah.)

kalian bayangkan...
kalian balik dr kerja, pecut kereta laju2..sbb tak sabar nak balik jumpa anak.
sampai je rumah pengasuh/nursery/mak lang nawal (keh keh), berdiri kat muka pintu, bg salam assalamualaikummm!!

anak korang yg tgh main laju je berpaling ke muka pintu.
berenang / menyulur laju2 hingga ke pintu.
lepas tu siap hulur tangan mintak kita ambil dia.
sambil sengih-sengih dgn comel sekali.

hepi. bahagia. gumbira. seronok. teruja.

itu lah Nawal. hari-hari buat saya tak sabar utk pulang jemput dia.

skrg saya dah paham. kenapa ma seronok bila anak2 bukakan pintu utk dia bila dia balik. ambil barang dr tgn dia. dan bila kita tak buka pintu, dok kosentret kat tv, ma akan kurang berseri bila masuk rumah. saya faham dah. faham dah. dah janji dgn diri sendiri bila nanti ma pulang, saya akan meluru ke pintu, bukakan pintu dan senyum yg terpaling manis sekali.

janji.

1 comment:

shaliza said...

sama2lah kita merasa...nikmatnya jadi ibu...love it so much.

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...