Wednesday, 16 December 2009

:: ok,boleh belajar lg ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya baca tang ni, anakkusayang.com. dan nak kongsi dgn semua.

Kebolehan Bayi Berumur 0 hingga 6 bulan

- Dapat memusatkan perhatian

- Lebih suka kepada warna-warna terang

- Belajar memalingkan muka

- Bertindak balas kepada bunyi ataupun suara

- Mula belajar mengacah

“Ketika bercakap dengan bayi, elakkan bercakap dengan bahasa pelat ataupun bahasa bayi”

Bentuk-bentuk Rangsangan

  1. Mengecat ataupun menampal kertas dinding pada bilik bayi dengan warna yang terang dengan pelbagai corak menarik.
  2. Menggantungkan alat-alat permainan ataupun barang yang berbunyi dan bergerak (mobile rattle) pada kot tidur dan kereta sorong. Selok-eloknya digantung pada jarak yang dapat dicapai bayi.
  3. Meletakkan cermin muka di tepi katil supaya apabila bayi menoleh, dia dapat melihat wajahnya sendiri.
  4. Membawa ataupun mendukung bayi melihat sekeliling rumah sambil menunjukkan serta memberitahu pelbagai benda yang ada di dalam dan di luar rumah. Ibu ataupun ayah boleh menyebut benda yang dilihat secara menyanyikannya.
  5. Sentiasa bercakap dengan bayi dengan memperkenalkan asas bahasa. Nada suara perlu ditukar mengikut suasana ataupun aktiviti yang dilakukan. Percakapan dengan bayi elok dibuat semasa mandi, member minum, menukar lampin ataupun menidurkannya. Lebih baik apabila diberitahu setiap apa yang dilakukan kepadanya. Contohnya “Sayang ibu sudah basah, mari ibu salinkan lampin.”
  6. Member reaksi kepada usaha bayi bagi berkomunikasi dengan anda. Semasa berkomunikasi, pastikan anda menggunakan bahsa yang lembut dan pandang wajahnya dengan penuh kasih sayang.
  7. Apabila bayi sudah dapat mengacah, lihat dan dengar dengan penuh minat. Apabila dia berhenti. Ibu dapat membalas dan ajak dia terus berkomunikasi sama ada bertanya kepada nya atau meniru bunyi yang dikeluarkannya.
  8. Membaringkan bayi di atas pelbagai jenis permukaan seperti permukaan yang berbuku, di atas tikar, di atas karpet dan sebagainya.
  9. Bermain sambil merangsang pancainderanya seperti mengusapkan jari kaki ataupun tangannya pada barang-barang seperti ais, air suam kuku, plastic, kain bulu, kertas dan sebagainya.
  10. Bermain-main dengan tangannya sambil menyentuh tangannya pada hidung, mulut, mata ataupun telinga anda atupun menyentuh pacainderanya sendiri.
  11. Mengajar bayi mengira dengan memegang jari-jarinya dan hitung ataupun semasa mendukungnya menaiki tangga kira bilangan anak tangga dengan kuat.
  12. Meletakkan bayi pada tempat yang dia dapat melihat ibu, ayah ataupun ahli keluarga melakukan aktiviti harian seperti solat, berkebuh, atau memasak.
  13. Merangsang deria baunya dengan menghidukannya pelbagai jenis bauan seperti bau yang manis, wangi, bau bunga dan sebagainya. Contohnya seperti membawa bayi mengelilingi taman bunga ataupun tepi laut.
  14. Bagi orang islam, boleh memperdengarkan pelbagai jenis alunan seperti bacaan quran, zikir, dan suara ibu ayah membaca Al-Quran. Boleh juga memperdengarkan bunyi-bunyi semulajadi seperti deruan ombak, deruan angin, bunyi binatang dan sebagainya.
“Bunyi dapat dirakamkan dan diperdengarkan kepada bayi dengan kekerapan yang munasabah”

:: kebanyakannya saya dah praktikkan untuk Nawal.

No comments:

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...