Thursday, 17 December 2009

:: Bagaimana Nawal tanpa Ummi? (part II) ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

(rentetan dari part I)

Wahai Ummiku sayang...
Sejak ummi bgtau Nawal yg ummi akan tinggalkan Nawal utk 3 hari, Nawal ok je, bg Nawal tak ada apa2 yg perlu Nawal risaukan..alaa..3 hari sj kan..lagipun ummi ckp ummi nak hantar Nawal kat rumah Mak Njang, lagi lah Nawal happy. Nawal dpt main2 dgn Kak Lia, Kak Dani dan Kak Nurul. rasa mcm tak sabar-sabar pulak nak pegi rumah mak Njang.

tapi itu kisah beberapa hari lepas.

Ummi Nawal yg sgt Nawal cinta,
sejak 2 malam lepas, Nawal dah mula rasa suspen. malam-malam bila Nawal lena, Nawal dpt rasakan kehangatan pelukan ummi, Nawal bahagia setiap kali ummi dodoikan Nawal.. Nawal tenang setiap kali ummi bacakan doa, surah2 dan berzikir sebelum mata Nawal terpejam. Nawal rasa damai dgn kucupan ummi di dahi dan pipi nawal bila nawal dah lena.(nawal tau ummi cium nawal, ummi je yg rasa nawal dah tak sedar..hehe)

nawal tak dpt bayangkan, mcm mana malam2 nawal nanti tanpa ummi?
itu lah yg buat nawal suspen skrg ni..

tambah2 pulak Tok Yam selalu sakat nawal, tok ckp nanti ummi nak tinggal nawal, ummi nak pi jauh..sedihlah nawal mcm ni. tok jgnlah usik nawal.dah lah nawal dok suspen ni..

Ummi sayang,
Nawal tahu, ramai lagi kawan-kawan nawal yg kena tinggal, bkn nawal sorang je. lagipun nawal kena biasakan diri. tahun dpn ummi nak tinggal nawal lagi lama.40 hari lebih.. nawal kena berdikari.walaupun susah,tp nawal akan berusaha jugak. ummi janganlah risaukan nawal ok.i'll be ok.insya-allah. Allah kan ada sebagai pelindung kita? ;)

kalau ummi kuat,insya-allah,nawal pun kuat. kita sama2 kuat ok.

dear ummi nawal yg manis..
lepas kerja nanti ummi balik rumah cpt2 ya? ummi jgn singgah mana-mana dah tau. ummi jangan lah lupa kat nawal, walaupun ummi sibuk kerja. tapi janganlah ingat sgt kat nawal sampai tak boleh buat kerja pulak.nawal janji nawal akan duduk baik2 dgn ayah. nawal akan buat perangai elok2 sepanjang ummi takda nanti.mcm selalu lah.nawal kan anak ummi yg baik.hehehe..

just a few days before ummi pergi..nawal berdebar2..mcm manalah nawal nanti..

ummi jgn risau ya,we'll be ok..amin..

Your beloved daughter,
~Aisyah Nawal~

No comments:

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...