Tuesday, 8 December 2009

:: bagaimana kamu tanpa ummi? ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Dear Nawal sayang...
Baru tadi ummi dapat emel dr bos. berita baik utk ummi, but not so good enuff for you. ummi akan meninggalkan Nawal for a few days. atau lebih tepat, 3 hari.

Ummi akan berkursus di Perpustakaan UiTM Shah Alam pada 22 dan 23 Disember ini, sayang...

ummi tak boleh menolak peluang ini, untuk kemajuan kerjaya ummi juga. ummi harap Nawal faham. Lebih 5 bulan Nawal bersama ummi, tak pernah sekali pun ummi berpisah dgn Nawal sehingga berhari-hari. ummi pun sedang berperang dgn perasaan ummi, di antara sayu hati meninggalkan Nawal dan rasa teruja untuk meningkatkan prestasi diri.

untuk ibu bekerjaya (cewah,poyo je bahasa), keadaan ini adalah biasa sayang..bukan Nawal je yg kena tinggal mcm ni, ramai lg kawan2 nawal yg terpaksa berpisah dgn ummi2 diorang utk sementara. ada yg labih lama dr ini tau. Nawal cuma 3 hari je. Ummi harap Nawal bertahan dan mampu mengharunginya dgn baik.

Nawal anak ummi yg ummi cinta..
apa yg ummi risaukan, tidur malam Nawal. Ummi tau ummi tak boleh harapkan ayah Nawal tu. Nawal sendiri pahamkan? nawal nangis mcm nak pecah rumah pun ayah masih boleh tidor dgn nyenyak. jadi nawal nak tidor mlm dgn siapa?

ummi tak nak susahkan Tok Ma, kesian Tok ma. ummi tau tok ma tentu takkan menolak kalau ummi minta tolong,tp ummi sendiri rasa tak sampai hati menyusahkan tokma. tok ma tak boleh berjaga malam, nanti darah tok ma naik. kan tok ma ada darah tinggi.

entahlah..mungkin ummi akan minta tolong mak njang nawal. sbb minggu tu mmg nawal kena tinggal dgn mak njang, sbb mak lang bercuti balik kelantan. tak pe ye??

walaupun masih ada seminggu lebih lg utk ummi tinggalkan nawal, ummi dah rasa sedih rasa mcm nak nangis dah ni.

nantilah kita sembang lagi..harap Nawal boleh kuatkan hati seperti mana ummi kuatkan hati ummi.

-Ummi Nawal.-


(ummi nawal mmg poyo sentimental jiwang karat gila nak tinggal anak 3 hari pun dah tangkap leleh.piirahh!)

10 comments:

Zaki N Ilyia said...

haha umi nawal mmg poyo..take it as break la..bg aleh jaga nawal, baru dia realise betapa besarnya pengorbanan seorang isteri , laki nak jaga , anak nak jaga hehehe

RieNa said...

dia mmg takkan jg nawal la malam2. mesti dia bg kakak @ anak2 sedara dia yg jaga.percayalah.dia sendiri pun x harap diri dia sendiri.

ummi said...

ahmad dan izzah juga selalu kena tinggal dulu...skrg tidak lagi...sbb umminya dah masuk golongan TAK MAU p site...

p.i.n.a.t. said...

bwk mai bangi la..acik kursus kt shah alam kan..hehe

RieNa said...

an,
dah masuk golongan boleh tolak takpa dah. ni baru nak masuk golongan kena pi tak boleh tolak.hehe. nasib nawal lah kan..

ipah,
kamu nak jaga dia ka?kalau boleh jg dia siang malam takpela.ni siang k long p kelas,sapa mau jaga?tak nak ah kasik k rini.k rini kan sebuk.

Thara said...

kak riena,

tiqah tak bole imagine kalau tiqah sendirik kene tinggalkan aydein for 3 days. tinggal die for 9 hours while im at work pon, asek dok rasa rindu gila, apetah lagi kak riena kene tinggalkan nawal for 3 days kan. i can understand how u feel. :(

mcm ni kak riena. sebenarnya, masa dok baca entry kak riena ni pon tiqah mmg dah nak plan nak offer kak riena stay dgn tiqah. jadik kak riena bole main2 dgn nawal malam2. tiqah pon ade 1 bilik extra dkt umah tiqah. kursus tu dari pukul bape ke berapa? tiqah bole mintak tolong maid tiqah jagakan nawal sementara kak riena p kursus tu.

RieNa said...

hahaha! k riena ni mmg poyo betul lah. buat org risau je. sbnrnya ayah nawal ok je jaga dia.mak sedara dia pun takde hal nk jg dia.

k riena p kursus ni berdua dgn sorg kawan,mama jgk. kakak k riena pun suh tinggal kat bangi je. tp kesian lah nanti kwn k riena tu sorg2 plak.

kitorang dah dpt bilik kat intekma resort, s.alam. stay situ ajela.malas nak berulang dr tempat2 lain,kalau dok situ nanti ada org mai amik.

benda ni kecik je tiqah. kita sendiri kena kuatkan hati.mungkin ni permulaan utk k riena blajar tinggalkan anak sblum k riena tinggalkan dia lebih lama (40 hari lbh) tahun dpn,insya-allah.

anyway,thanx for ur offer.kalau ada masa teringin nya nak jumpa aydein.k riena bengkel 8-5 je selasa dan rabu. rabu tu lps bengkel je terus cabut blk penang.

dan 1 lg sbb tak nak bwk nawal ke KL sbb khamis/jumaat nak blk kelantan. so tak nak nawal travel jauh2 lama2. sian dia penat nanti.

Thara said...

ooh ye ke. ok lah kalau mcm tu. just so u know, u have options to take into considerations kalau2 nak ubah pikiran :P

ya allah 40 hari?? =/ kagum. sungguh kagum dgn kak riena.

leeja said...

riena, 3 ari jer. it's okay. kalu rindu, buat video call k.

RieNa said...

tiqah, 40 hari tu thn dpn.lmbt lg jgn pikir sgt nanti sedih.hehe

k liza, itulah. mujur ada 3g.

baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...