Posts

Showing posts from December, 2009

:: Goodbye 2009 and Welcome 2010! ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

2009 - banyak kenangan pahit manis saya sepanjang 2009. rasa bertuah punya kamu, i mean, this blog dan who read this. blog yg berusia setahun setengah ni banyak mencoretkan hal2 suka duka saya sepanjang tahun. thanks.. thanks a lot!

Januari 2009 dimulakan dgn mual, loya dan muntah. perit rasanya tp saya takkan serik.insya-allah. itu kenangan manis saya.
sehinggalah Aisyah Nawal hadir dlm hidup kami sekeluarga, itu adalah kenangan terindah saya. Alhamdulillah.

yg tak berapa indah, itu lah. yg abg aleh dianiaya kawan sendiri. tp tak apalah. kami akan jd kan itu pengalaman paling berharga. tak semua org berpeluang alami pengalaman seperti itu.

yang lain-lain, semua dalam keadaan baik. keluarga tersayang, kawan-kawan tersayang, kerja, semua ok. alhamdulillah. semoga akan terus dlm keadan baik atau lebih baik pd tahun2 mendatang. amin.

tahun 2010, saya ada target. utk diri saya sendiri. saya kena berusaha lebih utk itu. kumpul ilmu, p…

:: a few days left. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

tinggal brapa hari je lagi.
ketenangan dan ke'rileks'an ini akan berakhir.

masuk je thn baru @ bermula isnin depan.
kesibukan akan bermula.


starting next week :
:: jalan raya akan mulai sibuk. kereta berduyun-duyun di jalanan. sbb cuti skolah dah berakhir,makanya jalan akan 'jammed'.

:: kalau dlm 2 bln ni saya boleh kuar rumah jam 7, nampaknya saya dan nawal kena kuar lebih awal. 6.45-6.55 am.

:: akan mula berulang ke Mengkuang, dah 2 minggu Nawal tak kesana, sblm ni Nawal di rumah Maknjang dan minggu ni Kak Nik Syaza yg jd babysitternya di Kg Petani.

:: student baru dan lama dah mula kelas. Sudut IT akan semakin sibuk. kena mula bertugas shift petang semula.kerja akan bertambah. takpa2,ini kerja.jgn merungut. kata baru balik Bengkel Mesra Pelanggan kan....

:: tanaman di Farmville mungkin akan terabai.(hehe.tetiba..)

tak apa.. tahun baru. semangat baru. kita buang yg keruh, ambil yg jernih. saya cuma berharap Allah sent…

:: Nawal dan Syawal ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...




seronok tgk gelagat Nawal dan Syawal ni. Syawal ni anak kpd Siti sepupu saya tu..lahir 1 syawal 1429.

Siti ni kan pernah tinggal dgn saya masa dia kerja kat Prai dulu, jadi roomate saya. skrg ni jd cikgu kat Pengkalan Chepa, Kota Bharu. suaminya masih bertugas di Lahad datu, Sabah. selama 2 tahun dia berjauhan dgn suami, dan menjaga anak lelakinya sendirian (dgn bantuan keluarga lah semestinya.) saya rasa dia lg kuat dr saya.

kalau saya merungut pd Abg Aleh, selalu tinggalkan saya dan anak mlm2, hari cuti selalu tak dpt berjalan2, dia mesti akan ingatkan saya ttg bertuahnya saya kalau nak dibandingkan dgn Siti. y laa..ye la..saya lg bertuah,ada suami disisi..

bersyukurlah dgn apa yg Allah aturkan utk kamu, Riena...

:: kenduri @ Tumpat, Kelantan ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ok, meh kita sambung. ini nawal dgn tok ma kat rumah mak long dan che' Na. dah siap2 nak gi kenduri di Tumpat.

ini che' Na @ Rina Rizak. che' na ni anak sepupu ummi. single lg tau. comelll dan baikkk..(sempat lg promote..hehee)


eh, lupa nak ckp. nawal dtg jauh2 ke kelantan ni nak dtg kenduri sape sebenarnya?? ok, sila rujuk blog kak long di entry 1,entry 2 dan entry 3. pengantin nama abg Ehsan, anak sedara Ayah Long dan Ibu. nawal kena pegi lah kalau tak pegi rugi..lauk semua sedap2. nawal tgk ummi mkn bertambah2. Ops! sori ummi terpecah lubang.hehehe

sian kak long. dia lah org paling sebuk. maklumlah,anak dara paling tua di situ.hehe. kak long plak bila nak kawen?abg ehsan dah kawen dah..

kakak ili ni terpengaruh dgn gaya kak long dan kak nik yg suka amik gambar sendiri sambil moncong. ntahapehapentah. dia kena marah dah dgn ummi sbb tak elok wat muka camtu.

kakak naja dan abg cik afif. abg cik pun sebuk jgk, dia ami…

:: lama Nawal tak bercerita. ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

minggu lps ummi tinggal nawal tau. mula2 mmg nawal sedih, dgn demam, batuk selsema kahak semua ada. sebelum ummi tinggalkan nawal, ummi dgn ayah bwk nawal gi klinik dulu.


masa ni nawal lasak, tak nak duduk diam. abih semua org dlm klinik nawal tegur dan sengih2. nawal dpt kwn baru tiap kali nawal pegi mana2 sbb nawal ni peramah dan suka sengih.

nawal dpt ubat 3 botol..alaa..kena mkn ubat lg..tak best lah. tak sedap tau!

3 hari nawal dirumah mak njang, seronok! nawal ada jgk teringat kat ummi, tp nawal tau ummi pegi kerja, bkn saja-saja ummi nak tinggal nawal. hari2 ummi telefon dan berckp dgn nawal. dan nawal akan terpinga2 mencari suara ummi dlm telefon, rasa mcm nak masuk dlm telefon ayah utk carik ummi.

hari rabu malam, ayah bwk nawal pegi ambik ummi. masa dlm kereta nawal mengantuk sgt, ayah ckp tidurlah dulu nanti ummi sampai nawal bangunlah.

lepas tu nawal terlelap sehinggalah nawal terdengar suara ummi bg salam dan terasa um…

:: mujur ada kalian ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ok, sebelum kita mulakan entry ini, sila tgk gambar di bwh.

anda rasa ini binatang atau batu berlumut???

mula- mula saya tgk benda ni dlm akuarium, saya rasa mcm batu, sbb dia tak bergerak2. tp kalau dia adalah batu, knapa bentuk dia mcm binatang?? then bila saya tgk signage kat sblh ni. baru lah faham.betul, ia adalah seekor binatang.

saya kan pegi bengkel last week. nak dijadikan cerita, partner yg sepatutnya pegi sama-sama dgn saya terpaksa tarik diri last minit. saya tak salahkan dia malah saya mengalakkan dia berehat di rumah. saya pun terpaksalah pegi bengkel tu sorg2 mewakili pejabat saya. dlm otak last2 minit tu terpikir sapalah yg bakal menemani saya di hotel nanti. pikir punya pikir, saya cuba mengajak anak2 saudara saya, Naja @ Nadia, mujurlah Naja sudi menemani saya.

saya bertolak ke shah alam pd Isnin 21/12, jam 2.30 ptg dan sampai disana jam 6 ptg. lps check-in.masuk bilik je terus baca Yasin. hahaha! mmg saya penak…

:: selepas seminggu :

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

selepas seminggu tak masuk opis..seminggu lebih jgk tak update blog
cuma update facebook sesekali guna henset.

rindu rasanya.

banyak nak cerita nih. nanti lah ada masa saya update secara pukal.
daa~!

:: risau..risau ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

haih lah cek nawal sayang..ummi belum lg tinggalkan kamu, kamu dah demam..

pg smlm, sebelum hantar Nawal ke rumah mak langnya, dah rasa yg bdnnya ada skit panas. tp saya ingat kejap la kot, ptg2 nanti oklah.

bila ambil dia di waktu petang, mak aii..bleh tahan jugak panasnya ni..

balik rumah terus bg dia makan, suapkan ubat, basahkan kepala dan bdn dgn tuala basah, sambil mulut tak henti berdoa moga Allah sembuhkan segala sakit2 Nawal.

minggu dpn dah nak tinggal dia, dia pulak tak sempat kena tinggal lg dah demam-demam pulak.

semalam sebelum tido dia nmpak ok, pg ni bangun tido dah panas pulak..alahai..anak ummi sayang...risau ummi tau tak??

last2 weeks dia cirit birit, seminggu jgk lah. ingatkan mslh susu ke apa, rupanya nak ringankan bdn,lepas dia dapat menyuluq dgn laju kemain, hilanglah cirit2 dia tu.

kali ni demam nak buleh akal apa pulak lah agaknya....

teringat kata Ma pg td,
" mcm ni la nak besarkan sorg anak..bila dia sa…

:: promote blog kawan ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

kawan-kawan,
kalau rasa nak baca crita kelakar based on real experience, sila jengah blog kawan saya ni.

Dr Sarah Sofian.

saya promote blog Sarah bkn sbb dia kawan baik saya, ataupun dia ada bg share kat saya. tp sbb cerita2 dia mmg menarik utk dikongsi. crita2 dia selalu buat saya rasa kelakar nak mati,atau sedih mcm nak nangis guling2.

ok,happy reading!!

:: Bagaimana Nawal tanpa Ummi? (part II) ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

(rentetan dari part I)

Wahai Ummiku sayang...
Sejak ummi bgtau Nawal yg ummi akan tinggalkan Nawal utk 3 hari, Nawal ok je, bg Nawal tak ada apa2 yg perlu Nawal risaukan..alaa..3 hari sj kan..lagipun ummi ckp ummi nak hantar Nawal kat rumah Mak Njang, lagi lah Nawal happy. Nawal dpt main2 dgn Kak Lia, Kak Dani dan Kak Nurul. rasa mcm tak sabar-sabar pulak nak pegi rumah mak Njang.

tapi itu kisah beberapa hari lepas.

Ummi Nawal yg sgt Nawal cinta,
sejak 2 malam lepas, Nawal dah mula rasa suspen. malam-malam bila Nawal lena, Nawal dpt rasakan kehangatan pelukan ummi, Nawal bahagia setiap kali ummi dodoikan Nawal.. Nawal tenang setiap kali ummi bacakan doa, surah2 dan berzikir sebelum mata Nawal terpejam. Nawal rasa damai dgn kucupan ummi di dahi dan pipi nawal bila nawal dah lena.(nawal tau ummi cium nawal, ummi je yg rasa nawal dah tak sedar..hehe)

nawal tak dpt bayangkan, mcm mana malam2 nawal nanti tanpa ummi?
itu lah yg buat nawal…

:: ok,boleh belajar lg ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya baca tang ni, anakkusayang.com. dan nak kongsi dgn semua.

Kebolehan Bayi Berumur 0 hingga 6 bulan- Dapat memusatkan perhatian- Lebih suka kepada warna-warna terang- Belajar memalingkan muka- Bertindak balas kepada bunyi ataupun suara- Mula belajar mengacah“Ketika bercakap dengan bayi, elakkan bercakap dengan bahasa pelat ataupun bahasa bayi”Bentuk-bentuk RangsanganMengecat ataupun menampal kertas dinding pada bilik bayi dengan warna yang terang dengan pelbagai corak menarik.Menggantungkan alat-alat permainan ataupun barang yang berbunyi dan bergerak (mobile rattle) pada kot tidur dan kereta sorong. Selok-eloknya digantung pada jarak yang dapat dicapai bayi.Meletakkan cermin muka di tepi katil supaya apabila bayi menoleh, dia dapat melihat wajahnya sendiri.Membawa ataupun mendukung bayi melihat sekeliling rumah sambil menunjukkan serta memberitahu pelbagai benda yang ada di dala…

:: terkenang kawan baik ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya tak tahu kenapa, tiba-tiba saya teringat seorang kawan baik saya.
saya sgt2 rindukan dia.sungguh.

saya cuba taip nama dia dalam Facebook, tapi tak ada.

memanglah takda, sbb dia dah meninggal dunia!

rujuk sini : surat utk Nik.

nangis tiba-tiba. T_T


AL-FATIHAH.

:: Muhasabah Cinta ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

jatuh cinta dgn lagu ini.

Muhasabah Cinta
by : EdCoustic
Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada MuTuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta MuReff
Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

*
Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi Muhasabat cintakuTuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu
boleh tgk kat sini : Muhasabah Cinta

:: Internet - connection us ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Status saya dlm FB :
kakakku Yusnah Yusuf, bila kakak mahu pulang??kenapa adikmu ini tidak bisa sms kakak?henset kakak jatuh lg ka..??uwaaaaa~!!

Weekend lepas berkali-kali saya sms/mms kakak, tp rejected. Risau dalam hati Allah sj yg tahu. Tapi saya yakin yg Allah melindungi kakak. mungkin perasaan saya saja. Perasaan seorang adik yg sangat merindui kakaknya.

maka sbb itu lah status saya di FB jd begitu. dgn harapan kakak dpt membacanya.

semalam, ketika sedang mendodoikan Aisyah Nawal, saya cuba sms kakak lg. Alhamdulillah,usaha saya berhasil. the SMS is delivered.

ketika saya terjaga jam 1.30 pg, Aisyah Nawal berakk daa~!, kakak dah reply sms saya.

" kakak sihat,ada di Madinah ni.mungkin balik 18 ni.kat sini takda internet, rasa mcm jauh dgn semua org.insya-allah kak blk 18 terus ke melaka kenduri ihsan.moga kita dpt jumpa bila ina gi kursus nanti."

Alhamdulillah.

Tak sabar nak jumpa kakak nanti.

Betapa saya rasa Facebook…

:: lagi tua tp lebih kecik ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

:: Aisyah Nawal (5 bulan 2 minggu) & Azizudin Al-Muhaimin (2 bulan 2 minggu) ::

weekend lepas Nawal dikunjungi saudara dr Lumut,Perak. ada baby yeay! tp baby tu lg besar dr Nawal lah. berat dia 5.9 kg sedangkan Nawal baru 5.7 kg. dia muda dr Nawal tau. masa ummi dukung dia, rasa kekok kejap sbb baby tu lembut lg wpun besar berbanding nawal yg dah kuat wpun kecik. tak apalah, asalkan semua sihat. mcm mana pun takpe. Nawal tak kisah.hehe

terima kasih Su Zamrah dan ayah su Jizi sudi dtg umah tgk nawal! nanti bila2 nawal pulak pegi Lumut ya!

weekend lps Nawal hepi + sedih. hepi sbb ada ramai org kat umah tokma. selain ada abg cik dan kak ili, kak long pun ada. kakak naja, abg aqil pun ada. lps tu org dtg umah lg. nawal sronok rasa tak nak tidor tp ummi paksa jgk nawal tidor sbb ummi ckp nanti nawal tak cukup tenaga kalau tak tidor.

sedih sbb kak long,abg cik dan kak ili dah balik Bangi. sedihlah nawal. nanti takde sapa dah kalau …

:: malam-malam yg malam ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

sejak ketahuan kena pegi Bengkel tinggalkan si kecik, (hahaha! ramai yg setuju saya mmg ummi yg poyo!), tidor malam sekarang ni ada 1 benda yg saya buat dgn asyik.

merenung si kecil yg sedang lena tidor dgn perasaan syahdu dan menikmati saat itu dgn rasa nikmat dan syukur tak terhingga. alhamdulillah alhamdulilah alhamdulillah.

saya seolah-olah sedang cuba merakam momen itu dan save dlm hard disc kepala otak saya.
supaya saya boleh memutarkannya @ play kembali bila masa saya perlukannya kelak.

sambil saya berbisik pd nya, bahawa saya sgt sayangkannya dan berdoa moga dia terus menjadi anak yang baik,yg menyenangkan dan membahagiakan hati org tuanya.amin..

Nawal yg lena tak sedar ada insan yg sedang merenungnya lama.siap amik gambar dgn flash skali.hehe

(hmmm...susah nak membayangkan nanti tidur mlm ai terjaga lps tu tercari2 suami ops salah! tercari2 anak di sebelah. wei..apa ni..tak suka..tak suka..mengigau ai dibuatnya tau! )


:: kenduri lagik ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


sabtu dan ahad lepas ummi bwk nawal pegi kenduri kawan2 ummi. ini nawal yg tak reti dok diam. ummi letak je atas meja biar nawal guling2.


pakcik cikgu muzammil dan aunty farah. 2-2 ni kawan ummi. pakcik men kawan ummi sejak sekolah rendah hingga sekolah menengah dan aunty farah kawan tempat kerja ummi. ummi ada crita mcm mana diorang ni boleh couple dan kemudian berkahwen pd ayah, tp nawal tak campur. nawal buat tak reti sj. tak nak masuk campur hal org. (amacam ummi?boleh tahan x ayat nawal ni?hehe)
ni kenduri belah pengantin lelaki di Padang Serai.


ini pulak kenduri belah pengantin perempuan di Sungai Dua. aunty farah sgt cantik, mcm pelakon hindustan! gambar ni apa aksi diorang pun nawal tak tahulah. hentam sajalah.

ini pulak pakcik faiz dan isterinya aunty wati. pakcik Faiz ni kawan sekolah ummi jugak.knapalah nawal tgk semua pengantin cantik-cantik?? pakcik faiz pandai dukung nawal, moga cepat2 dapat baby ya!

sekian,lap…

:: bagaimana kamu tanpa ummi? ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Dear Nawal sayang...
Baru tadi ummi dapat emel dr bos. berita baik utk ummi, but not so good enuff for you. ummi akan meninggalkan Nawal for a few days. atau lebih tepat, 3 hari.

Ummi akan berkursus di Perpustakaan UiTM Shah Alam pada 22 dan 23 Disember ini, sayang...

ummi tak boleh menolak peluang ini, untuk kemajuan kerjaya ummi juga. ummi harap Nawal faham. Lebih 5 bulan Nawal bersama ummi, tak pernah sekali pun ummi berpisah dgn Nawal sehingga berhari-hari. ummi pun sedang berperang dgn perasaan ummi, di antara sayu hati meninggalkan Nawal dan rasa teruja untuk meningkatkan prestasi diri.

untuk ibu bekerjaya (cewah,poyo je bahasa), keadaan ini adalah biasa sayang..bukan Nawal je yg kena tinggal mcm ni, ramai lg kawan2 nawal yg terpaksa berpisah dgn ummi2 diorang utk sementara. ada yg labih lama dr ini tau. Nawal cuma 3 hari je. Ummi harap Nawal bertahan dan mampu mengharunginya dgn baik.

Nawal anak ummi yg ummi cinta..
apa yg u…

:: encik M sudah dtg ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

tgk blog rasa tak berselera.
biasalah, dlm sebulan dua bulan encik M mesti dtg mengusik jiwa.
M utk Malas.

jadiknya, saya sedang Malas menghapdet blog skrg.

sekian, terima kasih.

(diserikan dgn pic Nawal dan Ili utk mereka yg merindui. cewah!)

Cutest with nice smile baby contest !

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya tak pernah join contest apa2 dlm dunia blog nih.
tapi yg ni saya teringin nak join.
taktau lah nape.


dan contest ini telah dianjurkan oleh:

http://www.danitamaternity.com/2009/11/1st-maternitys-giveaway.html (bannernya ada kat sebelah).


dan ini adalah penyertaan saya.


moga-moga bertuah la ya.

thanx kak nita for the contest.

:: hari demam sedunia ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

(entry di edit.sila tgk bawah sekali)


ramai yg demam 2-3 hari ni.

Nawal demam sbb kena cucuk semalam.tapi dia hepi gelak2 je. tido mlm semalam je ada merengek2 sikit. tp En. Puting byk membantu.terima kaseh lah en.puting.
Pg ni saya dgn ma bg mandi dia mcm misi kat Az-Zahrah buat hari tu. Alhamdulillah,panasnya dah kurang.

Ili Athirah pun demam jugak. dia ckp dia rindukan Ibu nya. bila tanya nak sms ibu tak? dia kata "nanti ibu risau kalau tahu adik demam.tp acik tanya lah ibu sihat ke tak.."

Ibu, anak bongsumu tanya ibu sihat ke tak?


abg aleh pun demam jugak. ajak amik ubat kat doktor tak nak.

saya pun rasa mcm demam jugak, tp kena kuat melawan. nanti kalau demam, sapa nak jaga all the sweethearts?

esok bannnnyaaakkkkk kenduri. boleh tak buat lauk ikan goreng dan ulam je tanpa daging??huhuhu


TAMBAHAN :

Menjawab persoalan Hasni mcm mana nurse kat Az-Zahrah tu mandikan budak/baby yg demam, mcm ni :

baringkan baby di atas sesu…

:: lagi gambar raya ::

Image
ini kumpulan GAGAK HITAM sbb semua pakai warna hitam.hehehe. Dr kiri : kakak naja, Kak Long, Tok Ma, Mak lang dan Kak Nadia.

ni sepupu2 nawal anak mak teh kakak ayah nawal.

nawal dgn tok ayah Yusuf.

ini pulak sepupu2 nawal anak mak njang kakak ayah nawal.

yg ni, mak lang dan abg cik afif.

ni semua dok geram kat nawal lps tu nak penyek nawal.


ummi cakap mata nawal mcm mata abg cik dah. iye ke??