Thursday, 12 November 2009

:: kerana dia terlalu menyinta.. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Berita 27 Julai 2004.
Bakal sarjana mati ditikam bekas teman lelaki
Oleh Azmi Md Deros dan Fazallah Pit

KAJANG: Seorang gadis, yang bakal menerima Ijazah Sarjana Biologi Genetik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bulan depan, mati selepas dipercayai ditikam oleh bekas teman lelakinya di Bangi, petang kelmarin.

Norzi Ayu Md Noor, 27, meninggal dunia di Hospital Kajang pada 8.15 malam kelmarin selepas ditikam dua kali di perutnya oleh seorang lelaki berusia 23 tahun di rumah sewanya, Flet Sri Tanjung, Bandar Baru Bangi, kira-kira jam 3 petang.

Lelaki itu dikatakan bertindak demikian apabila tidak dapat menerima hakikat Norzi Ayu akan bertunang dengan jejaka pilihannya tidak lama lagi.

Norzi Ayu, yang bekerja sebagai Pegawai Penyelidik Perubatan di Institut Penyelidikan Malaysia (IMR) Kuala Lumpur dikatakan menolak cinta lelaki itu yang tidak direstui keluarganya.

BEKAS teman lelaki Norzi Ayu dibawa
polis ke tempat dia membuang senjata
yang digunakan untuk membunuh
mangsa di sungai Langat berhampiran
Seksyen Tujuh Bandar Baru Bangi.
– Gambar oleh Yahaya Zain

Berikutan itu, polis menahan seorang bekas pelajar UKM yang baru menamatkan pengajian peringkat ijazah bagi membantu siasatan. Lelaki itu dikatakan amat meminati Norzi Ayu dan mereka sama-sama menyertai silat gayung sebagai aktiviti kokurikulum di UKM.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner II Abu Bakar Mustaffa, berkata polis tidak menolak kemungkinan cemburu menjadi antara motif pembunuhan itu.

Katanya, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 3 petang kelmarin apabila teman lelaki Norzi Ayu menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang memberitahu mangsa dalam kecemasan.

Wanita berkenaan yang berada di tingkat bawah flet itu menemui satu cebisan kertas mempunyai nota, dibaling oleh mangsa meminta orang ramai menghubungi lelaki berkenaan kerana dia dalam kecemasan.

“Sebaik menerima panggilan telefon itu, lelaki berusia 31 tahun itu bergegas ke rumah mangsa dan apabila masuk dia mendapati seorang lelaki sedang memaut leher Norzi Ayu.

“Lelaki itu cuba memujuk suspek, tetapi dia menarik mangsa ke dalam sebuah bilik. Selepas kira-kira setengah jam, lelaki itu dapat membuka pintu bilik dan mendapati Norzi Ayu berlumuran darah di perut, manakala suspek melarikan diri.

“Mangsa, yang dihantar ke Hospital Kajang, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.15 malam akibat kehilangan darah yang banyak apabila satu daripada tikaman mengenai pembuluh darah utamanya,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Suspek melarikan diri bersama pisau yang digunakan untuk menikam mangsa ke kawasan semak di tepi Sungai Langat, berhampiran Taman Sri Intan kira-kira 1.5 kilometer dari tempat kejadian, apabila dikejar oleh penduduk di flet itu.

Bagaimanapun, polis dapat menahannya kira-kira jam 8.30 malam kelmarin apabila dia datang ke hospital untuk melawat mangsa.

Kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, lelaki itu membawa polis ke sungai berkenaan dan polis terpaksa mendapatkan bantuan Unit Penyelam Pasukan Bomba dan Penyelamat untuk mengesan pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Namun, selepas dua jam mencari, pisau berkenaan gagal ditemui.

Abu Bakar berkata, suspek yang bekerja di sebuah hotel di sini, ditahan reman selama dua minggu mulai semalam bagi membantu siasatan. Kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis, yang turut merampas beberapa barangan daripada suspek, termasuk pakaian seragam silat, masih menyiasat bagaimana dia masuk ke rumah mangsa, tetapi difahamkan tiada kesan diceroboh.

Difahamkan, bedah siasat ke atas mayat mangsa turut menemui cecair badan pada tubuh mangsa dan sampel berkenaan dihantar ke bahagian forensik untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Ditanya sama ada mangsa dirogol sebelum dibunuh, Abu Bakar berkata, beliau enggan membuat sebarang spekulasi kerana belum mendapat laporan bedah siasat yang lengkap.

Polis juga masih belum mendapatkan keterangan daripada lelaki yang membantu mangsa.

Di KLANG, suasana hiba menyelubungi rumah mangsa di Lorong Songket 4, Taman Maznah di sini, semalam apabila saudara dan sahabat-handainya termasuk rombongan dari UKM menziarah sejak tengah hari hingga ketika pengebumian.

Jenazah mangsa tiba di sini kira-kira jam 4 petang dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lipat Kajang.


-------------------------------------------------------------------------------------------

dan semalam, setelah 5 tahun dibicarakan, dia akhirnya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

tgk sini : Graduan UKM dihukum mati kerana bunuh kekasih

saya sedih..
dia kawan sekuliah saya ok.
dia baik..
dia hensem jgk.
rajin plak tu.
tapi.. itu lah.
kerana dia terlalu menyinta..

4 comments:

Aidi-Safuan said...

itulah cinta.
tapi yang paling penting adalah cinta kepada Allah. :)

RieNa said...

stuju dgn ayat ke-2.

thanx aidi for drop by!

Anonymous said...

Love is not a licence to kill... what a shame and stupid act. Al-fatihah for arwah Norzi..

Anonymous said...

Semuanya kerana manusia tidak menilai nikmat Allah dan tidak bersyukur. Kira nak lebih saja, orang tak bagi pun nak juga... tulah jadinya.

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...