Monday, 23 November 2009

:: Aisyah Nawal @ 5 months ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

23/11/09 - dah 5 bulan dari hari saya dioperate utk keluarkan Nawal.
(tergamam bila baca paper seorang ibu dr Kedah yg melahirkan anaknya 6.15 kg, saya ingat operate,rupanya normal!!! Subhanallah.)

nawal sepatutnya kena cucuk 26hb ni, tp saya tangguhkan dulu sbb nak raya lah. kang dia demam time raya tak best lah. minggu dpn baru cucuk. Dr Sarah ckp takpe lambat pun. takde hal.

perkembangan Nawal @ 5 months :
:: saya dah mula bg dia makan. saya mulakan dgn biskut yg dicairkan dulu. nasi dan bijirin lain saya tak bg lg. nanti tunggu 6 bulan lah. and she loves to eat! nampak berselera sgt. nampaknya anak ummi akan lebih sihat lps ni.insya-allah.

:: dah mula tak nak dok diam. kalau bg dia terlentang, dia akan meniarap dan berpusing 360 darjah! belum lg menyulur, cuma berguling dan buat putaran.

:: dah tak berapa nak dok diam dlm car seat. sebuk nak meniarap.tapi tak boleh sebab car seat tu sempit.selalu saya gelakkan dia. hahahaha!

:: kalau dipegang dlm kereta pun dia tak dok diam dah. dah mula melasak. kejap duduk,kejap berdiri,kejap nak berguling. mak aii,letih meriba dia kalau dlm kereta. sampai saya minta tukar dgn abg aleh, biar saya drive dan ayahnya yg pegang dia.drive pun x penat mcm pegang nawal.

:: kalau sebelum ni nak kenal pasti tangisan dia agak mudah. mcm mana bunyi kalau dia lapar, kalau dia mengantuk, kalau diaper penuh. tp skrg, dia dah mula buat bunyi mcm2. saya dah naik confuse apa yg dia nak. tp yg tak bleh tahan tu, ada 1 jenis nangis dia, dia nak puting!! adehh..tak suka tau!

:: dia buat saya sgt rindukan dia sepanjang saya meninggalkan dia dr jam 7.30 - 5.30. sungguh saya rindu. keletahnya,tangisannya,senyumnya,tawanya, dia adalah segalanya buat saya..

Terima kasih Ya Allah, atas "Nawal" dari Mu ini..semoga dia akan terus jd anak yg baik, yg menyenangkan dan membahagiakan hati org tuanya..amin...

(ops, hari ni Nawal dok dgn Kak Long, baby sitternya utk minggu ini. saya tak yahlah memandu hingga ke mengkuang minggu ni. jimat masa dan minyak kereta. hohoho. moga2 kak long bleh jd babysitter yg baik walaupun selalu dia buli Nawal. dia suka penyek2 Nawal ohh!!)
YM dgn ipah sbb takut dia penyek anak ai. hahahahaha!

8 comments:

ct sarah said...

salam...

selalunya Pn riena hantar Nawal kat mengkuang ye...Rumah sapa ye...saya pun dok mengkuang gak..

RieNa said...

rumah abg akak. rumah dia kat mengkuang titi, dekat dgn perusahaan sate.kakak ipar yg tlg jg kan Nawal.

rumah sarah kat mana?

Thara said...

eh kak riena, nawal poopoo hitam? bwk pi doctor tak? doctor check kata apa?

ct sarah said...

oh..rumah saya kat mengkuang dem...dalam hutan...suami buat kolam ikan tu yang duduk dalam hutan tu...

RieNa said...

tiqah : dia pupu hitam sbb k riena tukar susu,yg takde lactogen sbb dia kembung. rupanya susu takde lactogen pun dia kembung jgk, siap pupu hitam lg. jd k riena tukar blk susu dumex dulac. mmg dia nak yg tu je.kembung tak teruk sgt.pupu pun elok je.

sarah : mengkuang dem dlm hutan? wah. takutnya.hehehe.tp kat mana ye yg ada kolam ikan tu?takpe, nanti k riena siasat.hehehe

Thara said...

oooh. thanks for the info. aydein tak penah kembung jadik tiqah tak penah tau pasal lactogen and all this ni. kak riena dah penah cuba enfalac tak? aydein pakai susu tu alhamdulillah belom penah kembung lagi.

susu yg takde lactogen tu nama apa? apa guna lactogen dalam susu? kenape die menyebabkan kembung ke?

RieNa said...

enfalac? tak pernah try lg.tp kalau sebelum2 ni dah try NAN,bebelac dan apa lg ntah, rasanya sama je kot.

taktaulah apa guna lactogen dlm susu, tp sesetgh budak alahan pd lactogen menyebabkan baby kembung,ruam,sesak nafas dan yg paling teruk kena asma lah.

cth susu takde lactogen : similac dan isomil( susu soya).

dr sarah aka kakak u ckp, susu soya ok,tp zat dia tak cukup baik utk baby membesar.cumanya utk budak alahan lactogen no choice lah,kena minum susu soya jgk.

Thara said...

ooh ye ke. betol ke ayun tu. tiqah dulu mak kasik isomil tau. psl tiqah tak bole amik cow-based formula. elok pon besa. hehe.

and actually tiqah pon baru je tuka susu aydein ke soy-based formula. reason nanti tiqah blog dkt blog tiqah. panjang nk cite dkt sini. and itu pon tiqah tuka lepas dah consult dgn paeds tiqah. tapi paeds tiqah ckp, soy-based formula dgn cow-based formula sama je. takde beza langsung. cumanya, soy-based die amik protein drp vege lah. cow-based protein drp animal. tapi dua2 zat & nutrisi die lengkap, tade beza.

tapi takpelah. since nawal pon dah serasi dgn dumex dulac, continue je lah. soy-based formula pon bukannya sedap pon. aydein tak suka. haha.

baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...