Tuesday, 6 October 2009

:: Tidak seperti dulu.. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Dulu,
mereka sebut saja nak kemana..
saya dgn pantas akan membawa mereka ke sana..
tanpa perlu pikir apa-apa..

Dulu,
mereka sebut saja nak makan apa..
saya akan cuba masakkan atau membelanja mereka..
asalkan mereka kenyang dgn usaha saya..

Dulu,
bila saya rindu,
atau bila mereka perlu,
saya akan melalui perjalanan 5 jam,
tanpa pikir panjang, utk menemui mereka..

tapi sekarang..
banyak hal yg membataskan antara saya dan mereka..
saya tidak lagi seperti dulu..
di kiri, kanan, depan dan belakang saya..
masih banyak tanggungjawab yg perlu saya lunaskan..

jauh di sudut hati...
saya masih mahu menjadi seperti dulu..
walaupun saya tahu saya tak mampu...
tapi dengan upaya saya yg tak seberapa..
saya sangat sangat sangat mahu menjadi seperti dulu..

saya masih seorang Achik, yg sgt sayangkan anak2 saudaranya..
walaupun setelah bergelar isteri, ibu dan menantu...

(saya harap sgt yg mereka faham..)



(pic tahun lepas, 25/05/08, achik dan abg cik.)

1 comment:

Ummu afif said...

Salam, tak apa lah ina.. Ina dah punya tanggungjawab..InsyaAllah perlahan-lahan mereka akan faham.. Ada perkara yang kita sudah tidak mampu lakukan walau pun kita mahu..

Kakak amat faham... inilah dilema...yang tak mampu nak kita rungkaikan..

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...