Dia 17 tahun bila saya lahir dulu..
lepas tu dia masuk asrama penuh, saya jarang2 sekali bertemu dgnnya.
sesekali dia pulang, dia juga pulang bersama beberapa org kawan-kawannya.
tapi saya perasan sesuatu, perhatian dan kasih syg dia pada saya terlalu banyak.
sehinggakan saya kerap bertanya pada ma,
"Ma, mana kakak yg gelap2 tu, bila dia nak mai rumah kita lagi ma? ina suka kat dia.dia sayang ina."
heh, saya masih kecil ketika itu.
bila dia sudah bekerja sbg guru, dia kembali menetap bersama kami.
dia buatkan saya flashcard utk ajar saya membaca. ditampalnya flashcard itu di setiap pelusuk rumah. sehingga saya boleh nampak dan baca setiap benda kerana ada labelnya. ada perkataan "televisyen" di tv, ada perkataan "almari" pd almari baju, ada perkataan "telefon" pd telefon rumah dan semua-semua lah. jd saya pandai membaca pada usia 4 tahun. 4 tahun ok!!
ya, itu salah satu dr jasa dia pd saya.
sehingga usia saya sekarang, kalau nak disenaraikan segala jasa baktinya pada saya, tentu tak terhitung. dia adalah segalanya untuk saya. selain ma, dia adalan insan yg sgt saya hormati.
tanpanya, hidup saya tak bermakna.
selamat hari lahir, kakak..
Semoga Allah sentiasa melindungi kakak sekeluarga, beri kesihatan yang baik, beri kekuatan jiwa dan ketenangan hidup. Semoga anak-anak kakak akan membahagiakan hidup kakak, dunia dan akhirat..amin..
Semakin ina menulis, semakin berkaca pulak mata ni.better i stop skrg.

(we'll going to Bangi this Thursday nite..Nawal tak sabar sgt nak jumpa Ibu!)
2 yang sayang.:
Terima kasih Ina.. bagi kakak Ina yang terbaik untuk kakak.. Terima kasih kerana memahami kakak ketika orang lain tak memahami.. Terima kasih kerana mendengar keluhan kakak ketika orang lain memekakkan telinga.. Terima kasih kerana menenangkan kakak ketika kakak hilang rasa sabar..
Terima kasih kerana menjadi adik kakak dan menjadi orang yang sentiasa berkongsi rasa dengan kakak.
Saaaaayanag Ina..
saaaaayang kakak jugak~!!!
Post a Comment