Friday, 23 October 2009

:: Allah itu ada utk kita bergantung ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

utk menulis hal ini, banyak kali saya pikir baik buruknya.
tulis tak tulis tak tulis tak.
blog saya ni jarang sekali bercerita perihal sedih atau buruk org lain (kalau buruk sendiri banyaklah.)

hmm..sebagai pengajaran,apa salahnya kan?? lagipun saya tak sebut nama sebenar pun. harapnya takde org yg kenal lah lps baca nih.

ada beberapa org yg bertanyakan pd saya.
"kenapa tak nampak/jumpa Leh dah di kedai Koskam tu?"
saya telan liur dulu sebelum nak jwb.
dan biasanya saya jwb,
"Abg Leh ada di kedai Padang Serai la nih.dah takdak di koskam.."

Selama setahun Abg Aleh mengusahakan kedai henset di Tmn Koskam tu. segala usaha dan keringat dia tumpahkan utk pastikan kedai tu dapat tarik ramai pelanggan dan menghasilkan untuk yg byk. Dia korbankan byk masa dgn isteri dan keluarga demi kedai tu. sungguh, selama setahun, payah sgt dia nak amik cuti utk berehat.

Dia mulakan perniagaan tu dgn bantuan modal dr seorang kawannya yg dia gelar 'sahabat'. dan setiap bulan dia bayar balik pinjaman modal 'sahabatnya' tu, takpalah,kita namakan dia sebagai A (bkn nama sebenar.haha). setiap bulan tanpa culas ok. biar kami tak mewah,tak boleh berbelanja lebih, asalkan hutang org berbayar. dan akhirnya, bln Jun 2009, hutangnya SELESAI. Kagum saya atas kesungguhan abg aleh utk bayar balik modal A, utk pastikan yg kedai tu akan jd milik abg aleh sepenuhnya,mengikut perjanjian asal.

dan ketika kami gembira dan bersyukur dgn kelahiran Aisya Nawal, tak sangka, yg A akan mula buat perangai. seolah2 yg abg aleh masih ada lg share yg belum langsai, dan abg aleh perlu kerja keras lg utk bayar balik modal,sedangkan semuanya dah selesai.

dan lagi, abg aleh mula mengesan yg A ada khianatinya dr belakang. yg dia tak sangka seseorang yg dia percaya sbg 'sahabat' sanggup buat dia begitu.

dan bermula Julai 09, abg aleh mula mengundur diri. dia tak nak lg terlibat dgn kedai tu walaupun kedai tu berjaya atas usahanya (dgn izin Allah jua..). dia sanggup beralah asalkan hal ni tidak berterusan dan memburukkan mana-mana pihak. saya sampai saat ni, rasa mcm tak boleh pandang atau sebut nama A, rasa mendidih, tergamak dia aniaya suami saya @ kawan dia sendiri!!

tp abg aleh tak mcm tu, saya taktaulah mcm mana dalam hati dia. tp dia anggap itu semua dugaan dlm perniagaan. nak berjaya mesti ada ujian. bkn senang nak senang. dan Allah ada utk kami bergantung, Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya. ketika Nawal tidor lena di mlm hari, kami berdua muhasabah diri apa yg terjadi.

entah kenapa A berubah begitu. dgr2 cerita, dia byk dipengaruhi oleh isterinya dan keluarga isteri. kalau benarlah begitu, apa guna dia menjadi seorang lelaki yg bergelar suami..

dan abg aleh mulakan perniagaan baru, atas namanya sendiri, di Padang Serai. dia beli kedai ini dr seorang kawan yg tak mampu utk menguruskannya lagi. saya harap sgt dan berdoa moga kawan yg ini tak mcm kawan yg itu.

selama 4 bln ni, alhamdulillah, bisnes abg aleh berkembang baik. Moga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga.amin...

baru2 ni, isteri A dah melahirkan baby girl. saya rasa nakkk sgt gi ziarah baby dia.bg saya, biarlah org buat x elok kat kita, tp kita jgn sekali2 buat tak elok kat org.bila saya ajak abg aleh, dia senyum je. takde jawapan..kalian rasa,patutkah kami ziarah diorang??

dan buat abg aleh,

teruskan usaha abg..na dan nawal sentiasa di samping abg, sbg kekuatan abg..

setiap yg Allah takdirkan utk kita, tentu ada hikmah di sebaliknya..susah2 kita, ada lagi org yg lebih susah dr kita...

i luv u always..amin..insya-Allah...



4 comments:

cik puan daun said...

susah lah nak berniaga dengan kawan-kawan.. selalu gaks jadi kes gini.. bila kedai dah berjaya.. mula lah nak claim kedai tu kedai dia..

sabar ye riena? abang aleh awak boleh survive dimana-mana, kedai yang kawan dia take over tu tak berkat.. baru padan..

tapi betul la orang lelaki ni kan? selalu tak berdendam.. tak macam kita, sure igt sampai mati

RieNa said...

iyalah, dgn kwn2 pun kena ada hitam putih, tak aci main janji di mulut sj, manusia ni takleh dipercayai.

kedai lama dia dah nmpak kesannya, ramai customer yg usaha gi cari abg aleh kat kedai baru.tak nak berurusan kat kedai tu.ntahlah, serah sj pada Allah SWT.

Rahayu Niza said...

insya Allah...rezeki ada di mana2 riena.

ziarah baby dia? hmm...susah,tp x mustahil utk dilakukan...mana tau,time tu baru la dia tersedaq yg dia dh buat naya kat org!

RieNa said...

abg aleh ckp, kalau dia dah start buat baik dgn org, dia akan terus buat baik. dan dia takut nanti org akan aniaya dia lg. dia tak nak laluinya sekali lagi. kesian lah kat org yg buat aniaya kat dia tuh. heh~!

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...