Wednesday, 30 September 2009

:: lagi gambar raya ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

aduhhh..letihnya upload gambar...nawal too tired to make a story telling, so she passed to me to continue the raya story ..


mcm sebelum ni, kita mulakan dgn gambar family kecil ni.

konon nak serba pink kan..jadik lah setakat tu..abg aleh pakai baju melayu buruk je,dah tu butang baju hilang plak tuh. adei..last minit baru tgk. mana nak cekau butang baju melayu pagi2 hari, di hari raya plak tuh. pastu mula lah abg aleh ulang dialog P Ramlee dlm Madu Tiga,
" butang baju melayu aku mana Pah???"

Pah ada kat Sungai Bakau. Pi tanya dia.

Nawal dan Abg An aka Ayah Cik.: raya tahun ni abg an takde, blk kelantan dgn ma semua kan. sbb tu thn ni takde gambar raya ramai2 1 family. serba kekurangan lah. thn dpn jgn lah diorang ni blk raya sana lg. tak best betul rasanya. gambar kami dgn ma pun takde. gambar ni amik kemarin, nawal pun dah malas pakai baju raya.

nawal ni suka benar bersembang dgn ayahcik nya. selalu kalau dia moody,malas nak sembang, bila ayah cik agah je, terus sengih2, gelak kuat2, buat mcm2 bunyi. istimewa benar ayahciknya ni pada Nawal.

abg an dah pandai dukung baby, lps ni boleh kawen la ye!







Nawal dan Ayah saya aka Tok Ayah : kebetulan, Tok ayah pun pakai pink jgk pg raya hari tu. walaupun ayah tak berapa sihat tp dia masih semangat utk bermain dgn cucu. mujur nawal tak nangis atas ribaan ayah. pandai pulak dia gelak2 sembang dgn Tok Ayahnya.



Nawal & sepupu2nya, Naja & Nadia : anak2 dara ni kemain lg melawa. cantik betul. dah besar panjang anak2 saudara saya. Naja dah 16 tahun dan Nadia, 15 tahun.

rasanya, takat tu je kot gambar raya thn ni. serba kurang lah. gambar dgn ma takde,dgn mak mentua takde, dgn anak2 saudara ramai2 takde, dgn adik beradik takde jgk. haihs!!

tahun depan nak kena bg complete semua. azam raya thn depan. haha!

Monday, 28 September 2009

:: gambar raya bertajuk Nawal saja ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Ayah, Nawal, Ummi : ayah dgn baju melayu lama, ummi nak beli baju melayu baru ayah tak nak. Nawal baju baru,bisalah,nawal kan baby.ummi baju baru tudung lama. bajet kot.
Nawal dan Ibu : Ini emak saudara Nawal, Nawal panggil dia Ibu. Ummi Nawal syg Ibu, Nawal pun syg Ibu jgk. Ibu, ayah ckp nak gi KL lg 3 minggu, Nawal & Ummi nak ikut ayah jgk, nak pegi umah Ibu,yeay!!!
Nawal & Ayah Ngah : Bapa saudara Nawal, Nawal umor 3 bulan baru dia berani dukung Nawal. ape lah. tp takpelah,janji ayah ngah bagi duit raya. hik hik hik


Nawal & Kak Ili Athirah : kakak Ili ni sepupu Nawal, hari tu dia ikut Nawal gi klinik, pastu marah2 kenape misi tulis kat meja tu : Meja Rawatan Pesakit ILI. Lepas tu bila ummi ckp ILI tu stand for Influenza - Like Illness, baru lah dia tak bising2 lagi.


Nawal dan Kawan-kawan baik ummi dan anak2 kawan2 baik ummi : masa ni Nawal hairan sgt kenapa ramai betul org di rumah,lepas tu bising yg amat. semua org cakap kuat2, gelak kuat2, Nawal heran betul. Nawal asyik berkepit dgn ummi sbb mcm takut dgn semua org.

Nawal dgn Abd Muhaimin (Min, anak aunty Ben) : abg min ni sweet jer, dia sengih2 tgk Nawal, pastu dia cium pipi Nawal. nawal malulah..hik hik hik. tp ayah abg min lg sweet, nawal tegur uncle malek lepas tu semua org gelak2. nape ntah. aunty ben dtg bawak baju baru utk Nawal dan riben roses tu. nawal suka sgt. thanx aunty ben!!

Aisyah Nawal & Alya Natasha : alya ni 2 pupu Nawal ke apa ntah. tp dia panggil ayah dan ummi, toksu. dah tua ke ayah dan ummi nawal ni?heheh. Alya lahir sehari sebelum Nawal lahir, kira sebaya lah. tp tgk la dia, dia besar,bulat,tembam, Nawal dok sebelah dia rasa kecik diri pulak.heh! Ummi dukung dia 5 minit je terus bagi kat ayah. tp ummi boleh dukung Nawal lama2. nasib baik,kalau tak Nawal jeles. (sebenarnya ummi lenguh dukung Alya.heh!)

ada lagi gambar, tp dalam camera. ummi lupa nak amik di rumah Tok ma. ni semua gambar dlm handphone ummi je. nanti kalau ada gambar Nawal cerita lagi ya!!

jumpa lagi~!!

- by Aisya Nawal

:: berat hati jgk lah. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Selepas seminggu mengulit Nawal, berat hati sangat nak hantar ke rumah mak langnya.


Sedih sungguh.


(tiru ayat Daun. mmg sama merasai apa yg dia rasa.)


dari semalam berpesan pd Nawal,
jgn mintak nenen dgn mak lang...
kalau nak tido,tido je.. tak payah nenen..

moga2 Nawal dengar kata lah hendaknya.

miss her already.

Saturday, 26 September 2009

:: cerita raya ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...





nawal ada byk cerita masa raya.


tp nawal dah ngantuklah.


nawal kenyang sgt ni.





tgk nawal kat bawah ni ......








......





......








......

........

.........

.............

......



Nawal tersandar kekenyangan kat ayah long nawal.
nanti-nantilah nawal crita ya!!!

Monday, 21 September 2009

:: Selamat Hari Raya ::

(Entry ni sticky mode, entry baru ada kat bwh ya)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

dengan rendah diri, saya Riena, penulis blog ini, ingin meminta ampun dan maaf kepada peminat2 (ceh!! perasan ada peminat konon!) blog ini, pembaca2 atau sesiapa sj yg mengenali saya samada di dalam blog atau di dalam kehidupan sebenar.

saya sedar saya ni kdg2 celupar.
mudah marah.
sensitif.
dan kuat menyakat.

dan sekiranya saya ada menyakiti atau menyinggung perasaan tuan2 dan puan2, saya mohon maaf sangat2 dari dlm lubuk hati saya.

oh ya, bg pihak suami tersayang, abg Aleh dan anakanda tercinta, Aisyah Nawal, turut memohon kemaafan dr anda semua.

Selamat berhari raya, kalau drive balik kampung tu hati2 di jalan raya.. makan pun ingat2 sama, jgn lepas ni mengeluh berat badan meningkat dgn jayanya..kalau yang berpenyakit pula, pilih2 lah nak makan apa, jangan semua tau nak bedal saja..

cewah, jd pantun 7 kerat pulak. heh.

oklah, selamat menyambut syawal. Semoga Allah memberkati dan melindungi kita..amin.



.

Friday, 18 September 2009

:: yeay! cuti sekerat hari ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Jumaat 18/9/2009 - kat tmpat kerja ni sunyi amat . tertanya2 jgk dlm hati, UiTM ni tak nak bg cuti separuh hari ke..??

tiba2 terdengar terdengar org menjerit kegumbiraan kat belakang nih.

" yeay!!! jom balik!!"

saya pun.."aik????"

dan buka emel pejabat..dan keluarlah memo ini :

Assalamu'alaikum wbt.

Sukacita dimaklumkan bahawa Y.Bhg Tan Sri Naib Canselor telah sudi memberikan cuti separuh hari, hari ini JUMAAT 18/9/09.

Y.Bhg Tan Sri Naib Canselor mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua.

Harap Maklum dan terima kasih.
----------------------------------------------------------------------------

jadinya..HOOREYYYY!!!!!

mari kita pulang!!!

SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!!



:pompom::pompom::pompom::pompom:

Thursday, 17 September 2009

:: Co-Pilot ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...



hari-hari Nawal naik kereta dgn ummi. nawal teman ummi drive. kira2 mcm co-pilot lah. tp Nawal kena behave, nawal takleh nangis, takleh pusing2 bdn,takleh geleng2 kepala. abih2 pun Nawal boleh tenung ummi dan sembang2 dgn ummi. kdg2 nawal angkat2 kaki,goyang2 kaki,goyang2 tangan.

seronok naik kereta dgn ummi.

Wednesday, 16 September 2009

:: ingatan sebelum raya ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

lagi berapa hari lagi nak raya..rasa mcm mana??seronok?? haa..kalau rasa seronok hepi tak ingat tu..meh nak bgtau sesuatu..

entry saya sebelum raya thn lps. kita ulang semula ok??

td terdengar ceramah..rupa2nya raya nanti bukan kita aje yg seronok ye,syaitan & iblis pun seronok jgk sbb dibebaskan..soalnya, apakah sbbnya yg kita seronok sgt dgn raya ni? sbb akhirnya kita boleh mkn di siang hari?atau dpt baju n kasut baru? renung2kan & slmt beramal!

saya bila ingat ayat dr sarah ni, terus mood raya saya mcm down skit..bkn tak semangat nak raya, tp menginsafi diri tentang bagaimana kita menyambut raya..

oklah. sakit perut lagi hari ni. sambung kemudian.

Tuesday, 15 September 2009

:: kisah ibu & anak ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

si ibu sakit perut sbb angin.
si anak kembung perut sbb susu.

ibu sapu minyak panas di perut.
anak disapu minyak telon di perut.

anak bolehlah merengek sambil nenen.
ibu?? nak merengek jgk ke???

sudahnya, si ibu cuba bertahan sedaya upaya melayani anak sedangkan sakit perut ibunya rasa mcm..
arghhh..tak tahan dah!!!

hari ni rasa mcm nak MC lah...... T_____T

Thursday, 10 September 2009

:: kasihan Nawal ::

ummi..
kan Nawal dah ckp..
nawal tak mau susu mahal..
cukuplah susu ummi dan susu yg hari tu..
Nawal dah ok dgn susu tu..

skrg ummi dah tgk kan..
smlm perut Nawal kembung sgt..
Nawal sakit perut ummi...
Nawal nak berak pun sakit..
berkerut2 Nawal nak meneran..

Nawal cuba untuk tak nangis..
Nawal nak jd anak ummi yg kuat..
tapi bila perut Nawal sakit sgt, Nawal merengek2 jugak..

terima kasih Ummi, sbb urut2kan perut Nawal.
sampai Nawal terkentut-kentut.
lepas tu baru Nawal rasa ok sikit, Nawal dah boleh tido dgn nyenyak.

Nawal nak susu yang hari tu..
dgn susu ummi..
Nawal tak nak susu yg mahal ye ummi..
tolong cakap kat ayah, sbb Nawal dengar ayah kata mungkin Nawal perlu masa utk sesuai dgn susu baru tu..
maknanya, Nawal kena minum lagilaa susu tu.
uwaaa~!! Nawal takut perut Nawal kembung lagi..

Wednesday, 9 September 2009

:: ulat buku ::







( sila telengkan kepala utk lihak gambar dgn jelas.hehe)
bagi hantu novel dan buku resepi, sila telan liur aje lah ye.
novel2 dan buku2 resepi, mak aii..bersusun2 kat opis nih. tinggal saya je yg cuma memandang sepi.
takde masa dah nak layan novel segala bagai.
amacam kak long?? tak nak suruh acik kidnap ke??

:: 2 pagi ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Nawal ada hobi baru :

kejutkan ummi area jam 2-3 pagi dan ajak berbual.

kadang2 sampai 1 jam.

ummi tak larat sembang sorang lalu ummi kejutkan ayah.

maka berbual lah 3 beranak jam 2 pagi.

Tuesday, 8 September 2009

:: hari raya yg bakal .. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

entry berbahasa penang. boleh dak?? (lantak hang lah riena, hang punya blog kan.)

tgh susah hati ni. sebenaqnya tak payah dok susah hati pun.
Ma saya nak balik raya kat kelantan tahun ni.
kakak saya pun.
abg lan saya pun.
abg man pun boleh jadi balik jgk.
abg an mesti lah. dia kan bodyguard ma.
tinggai saya sbg adik bongsu di sini.
uwaaa~!!!

bkn saya tak try ajak abg aleh blk. tp tulah. cubaan saya gagal.
sebagai isteri yg taat setia bersopan santun mendengar kata, kena lah ikut kan.
dan abg aleh berjanji akan bawak kami (saya dan baby) beraya sakan sampai penat.

Mengenangkan hari raya tanpa bonda dan adik beradik disisi,
membuatkan hari raya saya terasa suram.

Mujur ada Nawal. Mungkin dia akan menceriakan Aidil Fitri saya. Insya-Allah.

Friday, 4 September 2009

:: rindu ah ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...



Nawal,
Ummi rindu lah kat Nawal.
Mcm nak larik blk skrg jgk.
Ummi asyik je pandang gambar Nawal...


ummi dah beli susu baru utk Nawal tau.
Ayah pesan suruh beli yg mahal sikit dr yg sebelum nih.
nanti Nawal try ok!
Ummi harap Nawal suka dan membesar dgn sihat. amin..

(hei!! org suruh pam susu lah, bkn beli susu!! aiyohh~!!)

:: kagum..kagum ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

bila saya baca blog ibu2 yg bekerjaya menyusukan bayi mereka spenuhnya, saya rasa kagum amat.

sungguh saya kagum.

hanya semangat yg kuat shj yg mampu menjadikan mereka seperti itu.

dan saya??? adeii..malu rasanya.

bkn tak sayang anak dgn beri dia susu formula, tp ntahla..mungkin semangat dan kemahuan saya utk menyusukan anak sepenuhnya tidak sekuat mereka.

kemampuan dr segi rohani,emosi dan fizikal perlu mantap utk laksanakan tanggungjwb ni.

saya : masih tidak culas utk menyusukan anak selepas pulang dr kerja dan hari cuti.

Thursday, 3 September 2009

:: kasihan.. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

selalu masa kerja di kaunter, biasalah student tanya soalan pelbagai kat saya. tentang perkhidmatan perpustakaan, tentang uitm atau isu2 semasa.

tapi tadi paling tak bleh tahan bila ada student tanya saya,

"kak, skrg ni pukul berapa?"

adei adikk oi..kasihan betul kamu ni..takpelah kalau kamu tak nampak jam besar kat dinding library nih, tp kesian lah kalau kamu takde henset nak tgk jam.(biasa budak2 yg takde jam dia tgk jam henset berbanding nk tgk jam kat dinding library.)

takkan nak mengorat saya kot..yelah kan,dah takde modal nak tanya...kalaulah dia tau saya dah beranak 1. eh,perasan plak saya nih.

belas kasihan pulak saya tgk student td.

Wednesday, 2 September 2009

:: perihal susu ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

sejak kembali aktif menghapdet blog ni kan, entry asyik2 cerita pasal nawal je.
saya cuba utk menulis tentang hal lain,tp takdelah.
mmg kehidupan saya skrg nawal je tajuk utama.

ni pun nak crita hal nawal lg. isk isk isk

di awal kelahiran nawal dulu, saya mmg fully breastfeeding (bf, bkn boyfren tau!) dia.
sehinggalah bila kuning dia tinggi sgt, saya stop kejap bf nawal, dan mula bg dia susu tin.
(utk pengetahuan sapa2 yg belum tau,bila baby2 kena kuning @ jaundice, utk dia cpt baik, jgn bg susu ibu. mmg doc2 @ misi2 ckp susu ibu lah ubat terbaik,tp utk kuning susu ibu bkn ubatnya. secara logiknya, sakit kuning disebabkan darah ibu,susu ibu kan punca dr darah ibu. nawal bila stop bg susu ibu, cpt je kuning dia turun dan terus baik.- ini doc sendiri yg ckp tau, doc dr hosp bkt mertajam.)

dan bila nawal start menyusu bdn blk, susu saya dah kurang. kesian nawal. bila diberi susu botol,baru nawal dpt tido lena.

mula2 bg susu A yg 1 tin kecik = rm25, nawal asyik kembung perut je.
pastu susu B yg tin besar = rm45, pun kembung nawal tak baik2.
last2, try susu C yg 1 tin kecik = rm9.50, kembung nawal ok skit, sbb dia kerap kentut dan sendawa.
(nawal minum susu murah je, dia kesian kat ummi ayah dia agaknya.isk isk isk)

wpun begitu, saya tak putuskan susu ibu pdnya, saya masih bg setiap hari tanpa culas. wpun nawal tak kenyang, tp itu masa utk dia bermanja dan saya sgt bahagia menyusukannya. dan sejak bekerja, nawal mcm dah tahu,lps pukul 6 je dia dah tak nak minum botol, dia nak nenen je, sampailah dia terlena atr jam 9-10 mlm.

dan sepanjang saya bekerja, tak mcm ibu2 lain, saya tak rasa sakit pun. mmg nampak sgt yg susu tak byk. dan saya kena atasi mslh ini.

lps baca blog viruspadu, saya layari web berikut : http://www.momslittleones.com/shop/

tanpa berlengah lagik saya terus order 2 benda :
1 x Pil ASI (Air Susu Ibu)- 300 pills/box RM20.00
1 x Milkmaid Tea (Trial Pack)
- Size: Trial pack
RM11.00



moga2 usaha saya ni mendatangkan hasil. kesian nawal tak cukup susu ummi.

Tuesday, 1 September 2009

:: syg ummi~! ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

di suatu petang yg damai, seorang ibu sedang mengagah anaknya yg berusia 2 bulan belajar berbual.

ibu : ummi sayang sgt kat nawal, nawal sayang ummi tak..?

anak : (takde respon.)

ibu : kalau nawal sayang ummi, nawal senyum..

anak : (tersenyum manja) ga..ga..ga..aiii...

ibu : (senyum dgn mata berkaca dan memeluk anaknya erat..)

indahnya perasaan ketika itu..

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...