Wednesday, 26 August 2009

:: Takdir yang terindah ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

(akhirnya dpt update,dah lama taip tp tak terupload)

Imbasan kembali cerita sebelum, semasa dan selepas saya melahirkan Aisyah Nawal 23 Jun lps.

22 Jun 09/28 Jamadilakhir, Isnin - Hari tu saya kerja mcm biasa. ada exam PTK hari tu. saya selalu usap perut sambil memujuk baby, supaya dia tunggu saya amik exam dulu, baru keluar melihat dunia. dan Alhamdulillah, sehingga saya usai mengambil exam, baby taat mendengar pesan. cumanya saya rasa semacam skit pd perut hari tu. agak kejang dr biasa. abg aleh jemput saya pulang dr kerja,dan kami singgah pasar mlm Penanti mkn laksa. dan saya tak sangka itu adalah laksa terakhir utk saya sebelum bersalin...

9 mlm - selesai saya menggosok baju suami dan saya sendiri, perut rasa sakit,mcm nak buang air.memulas2 rasanya. tp bila ke toilet,takde apa yg berlaku pun. saya rilek lg, tak bgtau abg aleh apa2.

11 mlm - perut rasa sakit lg,mcm sebelum tu. memulas2. berguling2. dan bila ke toilet,dah ada tanda darah. saya senyum2 bgtau abg aleh. rasa seronok sgt, itu adalah saat2 yg saya dan dia tunggu selama 9 bulan. dia kelam kabut ajak saya ke hospital,tp saya tenang sj, ajak dia ke kedai makan2 dulu. hahaha! gilos..


kami ke kedai tomyam, saya mkn nasik dan sup, dan minum ais, jgk utk kali terakhir sebelum bersalin. dan masa tu saya cuma SMS kakak bgtau yg saya nak ke hospital dah. saya tak bgtau pun mak dan ma. sbb dah tgh2 mlm, saya taknak mereka susah hati, nanti tak bleh tido plak.kesianlah..saya sms kakak sbb dia org penting dlm hidup saya, lgpun kakak jauh, dan saya tahu kakak mesti dah tido, dan cuma akan baca sms saya pg nanti.


kami sampai di hosp sbrg jaya jam 1 pg. doc periksa saya dan bukaan saya cuma 1 cm. lambat lg..dan saya di minta berehat dlm wad. pukul 2 pg saya sms ma, mintak ampun atas segala, dan saya masih tak bgtau ma yg saya di wad. tak sangka ma terjaga dan reply sms saya. ma cuma tau yg saya dah masuk wad slps abg aleh call ma jam 7 pg. mmg sengaja tak nak menganggu tidor ma.

23 Jun 09/29 jamadilakhir (selasa)
6 pg - saya ke tandas dan air ketuban saya mula pecah.

9 pg - doc memeriksa dan bukaan saya hanya 3 cm. tp disebabkan air ketuban saya dan pecah, saya dihantar ke wad bersalin.


10 pg - saya dimasukkan ubat dan saat ini lah saya mula berperang dgn sakit bersalin. Allah shj yg Maha Mengetahui. saya hanya berdoa dan berzikir dan ingatan saya cuma tertumpu pd Allah dan ibu tercinta....

4 ptg - bukaan saya cuma 4 cm. sedangkan saya mcm dah tak tahan..hanya semangat yg menguatkan saya. saya ingat pesan Ma, cuba bertahan dan jgn menangis..

5 ptg - doc bgtau yg saya terpaksa di bedah, kerana denyutan jantung baby makin lemah dek kurgnya air ketuban. akhirnya air mata saya tumpah jua..

"tak boleh tunggu sikit lg dr?saya nak bersalin normal.."'

"awak dah sakit lebih dr 7 jam dan awak mampu bertahan lg?nanti baby awak lemas..."

memikirkan keadaan itu, akhirnya saya pasrah..

saya terus ditolak ke bilik bedah. dibius separuh badan pd tulang blkg. dan dek kerana keletihan, saya terlelap...

saya terasa perut saya digoncang, mungkin masa tu lah baby saya dikeluarkan..

5.37 pm - Aisyah Nawal dilahirkan dgn seberat 2.88kg.

saya dikejutkan dgn sentuhan di pipi. nurse tunjukkan Nawal kpd saya, bdn saya kebas, jd saya tak mampu pegang nawal, nurse bg nawal sentuh susu saya, saya cium pipinya. Subhanallah. sesungguhnya Nawal adalah anugerah terindah dr Allah utk saya. 1st time tgk nawal, rupanya dah mcm abg aleh, pd mata dan hidungnya.

masa dibedah, saya tak rasa sakit, kan kena bius. sepatutnya saya dpt melihat proses tu sbb bius separuh bdn, tp saya terlelap akibat keletihan yg teramat.

6.15 pm. - saya keluar dr bilik bedah dan disambut oleh suami dan keluarga di luar bilik. dan bila saya nampak ma, air mata saya tak tertanggung lg. saya sudah merasa sakitnya ma melahirkan saya dan itu betul2 buat saya insaf...

saya dimasukkan kembali ke wad tanpa Nawal kerana saya perlu berbaring tanpa boleh bergerak langsung selama 7 jam. mmg menderita, tp sgt berbaloi sbb akhirnya saya miliki seorang puteri!!

25 Jun 09 - saya dibenarkan keluar hospital dan kembali ke rumah ma.

26 jun 09 - kena masuk wad bkt mertajam sbb jaundice nawal agak tinggi.

28 Jun 09 - pulang dr hospital.

Nawal bebas jaundice pd hari ke 9, luruh pusat hari ke 10, ckur rambut sampai botak dan belah mulut pd hari ke 11. dan belah mulut sekali lg pd hari ke 49 di Pulau Melaka,Kelantan.

fuhh..akhirnya. itulah pengalaman saya menjadi seorg ibu. walaupun tidak melahirkan nawal secara normal, tp saya tetap bersyukur dgn apa yg Allah takdirkan utk saya. saya bahagia.

terima kaseh pd mereka yg mendoakan kami, menziarahi, memberi hadiah (dlm apa jua bentuk). saya dan keluarga amat menghargai. semoga Allah memberkati hidup kalian dan limpahi rezeki kpd kalian.ameeeennn....

7 comments:

Thara said...
This comment has been removed by the author.
Thara said...

kak riena.. bedebar tiqah baca blog entry kak riena kalini. terkenang masa tiqah bersalin dulu juge. :)

saat yg paling terindah is the part when the nurse kasik the baby to u and u hold him/her for the very first time kan? haihs. subhanallah :)

RieNa said...

k riena pun berdebar masa taip, siap bergenang air mata. bkn ingat rasa sakit tu,tp ingat saat ist time sentuh dan cium baby..

MyzwaR said...

belah mulut tu apa? x pernah dgr pun...

Hasni said...

sesungguhnya itu lah nikmat Allah yang tak terhingga. Aku masih merindui saat2 aku melahirkan nurin insyirah. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

RieNa said...

muhd, taktaulah belah mulut tu bahasa bukunya apa. yg baby didoakan dan disuap kurma dan air zamzam. itulah yg aku panggil belah mulut.

MyzwaR said...

oo tahnik... refer link http://myzwar.blogspot.com/2009/03/salam-jumaat.html

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...