Friday, 7 August 2009

:: rindu saya tak?? ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ehem..mula2 tarik nafas..lepass...tarik nafass..lepass...
err, ada yg rindukan saya??
brapa hari agaknya saya tinggalkan blog saya ni tak berupdate..
hmm..dr Nawal umo 8 hari, skrg dia dah 46 hari..
isk, lama betul!!

puncanya, laptop abg aleh problem. pastu broadband dia plak.
takkan saya nak gi CC kan..rindu sgt dah nak update blog dan baca blog kalian..sungguh~!

terkini tentang saya :
:: berat dah turun byk. wpun perut susah nak kempis blk. heh,standard lah tu lps bersalin kan..tambah2 plak org operate mcm saya nih.
:: jadual makin sibuk. baru sorg anak hidup saya dah berubah 360 darjah.
:: saya akan mula bekerja pd 24 ogos, 3 ramadan kalau tak salah.
:: ermm..apa lg..saya lbih menghargai hidup..dan org2 sekeliling saya.

saya sbrnya nak cerita saat2 saya melahirkan Nawal hari tu,tp rasanya tak sempat. feel pun kurang. saya kat Kota Bharu skrg, pinjam laptop sepupu, Rina neh. (ada ke dia tanya saya,blog tu hape??isk2..nama sj graduan course forensik dr usm.mujur dia ada akaun facebook,tak jd nak kutuk dia kaw-kaw..hehe)

tentang Nawal? kejap, saya suruh dia cerita sendiri.

------------------------------------------------------------------------------------

assalamualaikum!!
hai auntie2 & uncle2!! nak tau pasal nawal ke? nawal ok je..baru baik kembung perut. sebelum ni nawal asyik kembung perut sj, asyik merengek je dgn ummi, tp nawal tak nangis. tok ma selalu puji nawal baik sbb tak nangis wpun kembung perut. nawal merengek tak nak tido dan nak duduk atas riba je.alhamdulillah, skrg dah ok, lps ummi,ayah,tok ma ikhtiar mcm2 kat nawal.mujur ummi tak tuam perut nawal dgn sterika, ummi tuam dgn sup bunjut je.hehe,(ummi jgn marah ya..)

ramai yg ckp nawal ni kecik wpun dah 46 hari..masa nawal sebulan dulu, nurse timbang nawal berat cuma 3.75kg je.(betul ummi arn, 3.75!!) skrg ni mungkin lebih skit je. mmg nawal kecik,tak montel mcm baby lain,tp takpelah..ayah ckp,asalkan nawal sehat.pipi nawal je ada tembam skit.org suka cubit pipi nawal,tp nawal tak pandai marah.kdg2 je nawal buat bunyik.

lagi..mula2 dulu ramai ckp nawal putih,tp skrg tok ma dgn tok yam ckp nawal hitam pulak.kecik hati tau!! tp ummi ckp,takpa kecik2 nawal gelap skit,nanti nawal besar nawal cerahlaa..tak jd nawal nak kecik hati..hehehe..sbnrnya kulit nawal berubah ikut cuaca tau..hahahah!!

nak tgk gambar nawal ke?? mintak dgn ummi.nawal taktau...henpon ummi tu penuh gambar nawal je.nawal tido pun amek gambar nawal. eh,jgn taktahu,pakcik mael dan aunty fadhlina,kwn skolah ummi tu, dah tanya kot2 nawal bleh jd model photoshoot diorang..isk,nawal hepi betul!! ankel muhd dgn aunty iffah tak nak amik nawal ke..?/hehehehe

eh, byk dah nawal cerita ni..nanti ummi ckp nawal over pulak..oklah,back to u,ummi~!!

---------------------------------------------------------------------------------------

hahahaha!! adei..rasa kelakar pulak..nampaknya nawal nak kena buat blog sendiri ni. bleh lawan abg cik Afif..hhehe..

cukuplah takat tu..nanti kalau ada kesempatan saya update lg.rasanya bila masuk kerja lah.

nak jalan2 blog kalian plak..

4 comments:

Rahayu Niza said...

welkam back riena...and nawal..hehe kecik2 dh memblog yer..:)

HZA said...

amboiiii...bukan main lagi nawal yeeeee....ni umur 46 hari ker 4 tahun 6 bulan??? hehehehehe...nak tgk pic nawal........

PoOhEm0 said...

hahaha
no wonder la mak cik pinat syg bangat kat nawal erk....

kecik2 cili padi
dah pandai berbelog....

p.i.n.a.t. said...

eyt pija,
kak long pinat okeh,bkn mak cik lg..

baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...