Thursday, 11 June 2009

:: pasal sarsi pun nak nangis ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

hari jumaat, sebelum isyak.
isteri : abg, abg nak p masjid kan?nanti singgah kedai beli air sarsi boleh tak...
suami : kan air gas tu..tak elok..
isteri : sekali ni ja..pls..rasa nakkk sgt...
suami : ok..

pukul 9.30, suami pulang dr masjid dan kedai,dgn brg2 dapur.
isteri : abg, ada beli air sarsi tak??
suami : alamak!!! abg lupaa lahh..betul2 lupa..maaf yang..
isteri : tak apalah...
suami : abg kuar beli ya..ayg tunggu satt..abg kuar sat sj..
isteri : tak payah..tak payah..esok sj..lgpun dah mlm ni..esok sj ok..(masa ni isteri betul redha suaminya terlupa.)
suami : abg mintak maaf yg..esok abg beli..

Sabtu pg, sebelum suami keluar bekerja.
isteri : abg, jgn lupa air sarsi ayg ya..sarsi tau,bkn pepsi ka.coke ka.100 plus ka..ayg nak sarsi jgk.
suami : insya-allah yg,ptg nnti abg bwk blk.

Sabtu ptg, suami pulang dr kerja.
isteri : abgg..air sarsi ayg???
suami : Ya Allah!! (sambil menepuk dahi). abg dah beli,tp tertinggal kat kedai abg..abg betul2 mintak maaf yg..abg terlupa sungguh2..
isteri : sampai hati abgg..(air mata dah bergenang ni..tunggu masa nak tumpah..)
suami : ok2,abg kuar pi kedai ya...ayg tunggu..

kesian dia..dahlaa penat2 blk kerja..kena kuar umah blk..

isteri : tak payahla..ayg dah tak rasa nak sarsi tu..(dgn nada kecil hati..merajuk dah sebenarnya..airmata dah menitis perlahan)

niat suami nak ke kedai terbantut sbb kwn dia dtg umah..kena layan kwn dia,berkali2 dia berbisik pd isteri yg dia mintak maaf..isteri hanya mampu senyum tawar..

lps maghrib, jam 8 mlm.
suami : jom,kita kuar. abg nak hantar henset ni kat org.
isteri : ok..

suami singgah stesen minyak, dan belikan isteri sebotol air sarsi.
isteri menyambutnya dgn sengih sampai telinga.

suami : haa..baru dgr suara,kalau tak dr td diam sj. abg bkn boleh kalau bini abg ni diammmm sj..rasa pelikkk..
isteri : iyala..bini abg ni kan becokk...terima kasih abg,beli sarsi utk ayg..
suami : maafkan abg sbb buat ayg nangis td..
isteri : (senyum sj)

heh, itulah secebis kisah perangai aneh pompuan mengandung. tak dpt sarsi pun nak nangis. hampeh!

apa yg saya suka ttg suami dan isteri td, perkataan maaf dan terima kasih sentiasa diucapkan dlm rumahtangga. saya rasa itu penting utk elakkan pergaduhan dan demi keharmonian rumahtangga. cewwah!! pandailah saya ni..baru je setahun kawen..

sekian. tunggu 4 hari lg baru update.hahaha!

No comments:

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...