Thursday, 7 May 2009

:: diragut hingga meragut ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Dalam masa 3 hari, 3 kematian dicatatkan akibat dr kes ragut. sedih mengenangkan nasib anak2 yg menjadi mangsa atas kejahatan manusia. Ibu kepada anak2 malang tersebut meninggal dunia akibat diragut.

Bila sebut kes ragut ni, saya sendiri ada pengalaman diragut. Dah lama saya nak ceritakan disini, supaya sama2 kita jadikan pengajaran.

Kejadian berlaku 7 thn lps, thn 2002, masa tu saya thn 2 di UKM.
Waktu : 2.30 petang
Tempat kejadian : Jalan Reko, Kajang (Traffic light kat sek men jln reko tu, dekat2 dgn Fasa 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi)
Mangsa : Saya dan sepupu, Kakcik Mahyana, dgn motosikal kesayangan saya,Kriss hijau.

Kitorang baru balik dr shopping kat Metro Kajang. Masa balik tu, saya letakkan beg kuliah saya dalam bakul motor, kemudian saya letak plastik2 brg2 yg dibeli atas beg kuliah tersebut.saya tak perasan yg tali beg saya terjuntai keluar dr bakul motor. Mmg cuai.

kemudian, masa kat traffic light, saya perasan ada mamat ni, naik motor sebelah saya, dok pandang2 saya dan Kakcik, saya buat biasa sj, ingatkan biasalah, org lelaki mmg mcm tu.tak guna mata dgn sebaiknya.

elok je lampu hijau, saya pecut terus motor saya, dan kemudian dgn sepantas kilat, mamat td terus meragut beg kuliah saya yg dlm bakul motor td. saya terkejut lalu mengejar mamat td. kejar sungguh2 ni!! gila laju saya bwk moto tu. Kakcik yg dok belakang saya dok tepuk2 bahu saya,"jgn ina,jgn kejar dia..kakcik takut..bahaya ni.."

saya tak peduli. masa tu yg ada dlm pikiran saya, saya nak blk beg saya!!

saya kejar dia, hingga masuk ke kawasan perumahan fasa 4 tambahan tu, kemudian mamat peragut tu masuk jln kampung, yg ada byk corner,tanah tak rata, dan disitu saya kecundang. akibat dr gagal mengawal motor, kami jatuh. dan mamat tu terus memecut pergi..

kecewa sgt saya time tu. dah keluar air mata ni. lutut dah sakit, kakcik pun dah luka sikit. Mujur takda apa2 yg serius,motor pun tak rosak.

dlm beg kuliah saya tu, ada henpon (mujur tak pakai henpon canggih time tu), purse, dan nota2 kuliah.
duit adalaa dlm RM7. padan muka peragut tu, tak dpt duit byk2. saya kan baru lps bershopping, mmg tak byk baki la.

lps tu, saya terus call bank, mintak bank sekat penggunaan kad ATM, dan Celcom jgk, mintak dia sekat penggunaan telepon saya.

kemudian gi report polis kat BBB.. Yg bestnya, polis kata kejadian tu berlaku kat kajang, jd saya kena report kat balai polis kajang. lg 1, disebabkan saya tak ingat no plat motor yg ragut beg saya tu, susah kalau polis nak kesan peragut tu. jd pegawai tu suruh saya report sbg keciciran sahaja.bkn ragut..

hmmm...terlepaslah peragut tu...

tp saya redha, saya tahu hidup peragut tu takkan aman.dunia dan akhirat. sbb dia dah menganiaya org.hidup dia takkan selamat lg..kasihan dia..

bila saya ceritakan kejadian tu pd family, saya kena marah.(dahlaa kita kena ragut, kemudian kena marah pulak????) kasihan saya..

ye la.mau family saya tak marah?? diorang marahkan saya sbb saya gi kejar peragut tu..
tambah2 abg2 saya lah, diorang ni kan sgt menjaga adik bongsu diorang ni..

"kalau peragut tu dpt hang,lps tu hang kena *****, mcm mana???"
"dok tunjuk berani tak kena tempat,mujuq tak jd lebih dari tu."
"mujuq jatuh motor,luka sikit sj, kalau accident lg teruk??mcm mana?"

dan mcm2 lagi...saya tunduk diam saja..

begitulah saudara-saudari sekalian.berhati2lah dgn apa sj tindak-tanduk anda..

:: jgn letak brg2 berharga anda di tempat2 yg mengundang peragut utk meragut.
:: jgn kejar peragut tu, cukup sj anda menghafal no plat kenderaan penjahat tu.
:: cepat2 bertindak lps diragut, call pihak2 berkenaan (cth bank,syarikat telepon)
:: buat laporan polis.

itu lah pengalaman saya diragut..sgt berharga bila dikenang kembali. mujur nyawa saya masih panjang. Alhamdulillah...

No comments:

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...