Wednesday, 13 May 2009

:: apabila seorg bakal ayah (yang tak pernah tahu apa2 pasal bayi) bershopping ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

hahahaha, tajuk pun dah pjg gila gaban. byk yg saya nak cerita hari ni. jd tlglaa baca sampai abih.
cerita ini lebih kpd dialog.tulisan yg senget tu dialog bakal ayah, dan tulisan normal tu dialog bakal ummi.

si bakal ayah ni mmg fail bab2 jaga baby ni, dia tau menyakat budak sj.kalau keperluan budak dia tak reti langsung. si bakal ummi ni kira ok skit, pengalaman dia menjaga anak2 saudaranya sejak umo 9 thn byk membantu dia dlm menyiapkan mental dan fizikal dia utk kelahiran anak sendiri.

semalam, keluarlah bakal ayah dan ummi ni utk membeli brg2 keperluan anak sulung yg dijangka lahir bulan dpn.

"tu benda apa yg?"
"ohh,ni tisu basah,utk lap berak kencing baby,kalau dia berak,takyah bwk dia p cuci bla bla bla.."
"ooo..mcm tu.."

"yg ni plak utk apa yg?"
"ni liner lampin,utk lapik atas lampin sblm bg pakai kat baby.."

"ni apa plak yg?"
"ni plastik ikat lampin,supaya tak bocoq,cuba abg tgk gambaq ni, mcm ni laa cara2 bg pakai plastik ni.."

"comeynyaa sarung tgn ni..abg ambik 5 ya!"
"ehh..jgn,abg amik 2 sudahlaa..sarung tgn dah byk,yg Humaira punya dulu.lgpun sarung tgn ni baby tak pakai lama.."

"hihihi,abg suka laa tgk kasut2 baby ni..comel,geram betui!"
"ambik sepasang cukuplaa dulu, nanti dia besaq nak beli lagi.."
"pampers ni nak amik saiz apa yg?"
"abg tgk yg tulis new born..tu saiz paling kecik,utk budak baru lahir."
"abg ambik yg peket besaq terus ya,senang,takyah beli byk2 kali.."
"iyolah.."
saya dok belek2 2,3 jenis bekas botol susu,dok bandingkan harga dan kualiti.
"laa..ambik ja,tak payahlaa nk tgk harga,duit insyallah,cukup..jgnlaa risau.."
"ayg bkn risau tak cukup duit, kita kenalaa bandingkan harga,kalau bleh dpt benda yg sama tp harga yg rendah skit,baik amik yg harga rendah skit.."
"takpaa..ambik ja yg tu.." terus diambilnya brg tu dan dibubuh dlm troli.

"dgn anak tak payahlaa berkira sgt.."

haa..sudah..ini dah nmpk ciri2 seorang ayah yg jenis menuruti kehendak anak ni..bahaya ni...
saya dah dpt bygkan, esok2 ni anak kalau mintak dgn saya tak dpt,tp mintak dgn ayah selalunya dpt. mmg biasa mcm tu ke??

balik rumah dgn keletihan tp sgt puas hati. Alhamdulillah, preparation hampir 70% siap.

13 comments:

ummuafif said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ummuafif said...

Ina, kakak rasa ini permulaan baby akan korup... Pengalaman ini kakak dah rasa. Dulu2 kak nik minta apa2 dari kakak, kakak tak bagi dia akan call ayah dan ayah bagi.. Perkara ini berterusan... sehinggakan kalau dia call, kakak angkat dia akan minta nak cakap dengan ayah sebab dia tahu jk dia ty ayah sudah pasti jawapannya ok. Sekarang baru ayah menyedari kesilapannya... baru nak mula kontrol...

Ina juga pastikan jawapan/ keputusan Ina dan Aleh sama... Jangan jd macam kakak... Kakak tak mau pisang berbuah dua kali.

Inilah kesilapan kakak yang paling besar dalam mendidik anak.... (tapi susah sebenarnya nak berbincang dengan lelaki ni...tambah2 yang melibatkan sebab cara didikan kita dan dia adalah berbeza)

RieNa said...

hmm, sbb tu ina nk diskus benda ni dgn sgt serius dgn abg aleh nanti.
biar apa yg jd time kak nik tak berulang lg.

Anonymous said...

xpayah beli byk2 botol susu kalu nak fully breast feeding.lgpun breast feed byk manfaat nya untuk baby kita

RieNa said...

mmg begitulah hajat dihati,nak fully bf,tp nanti nak tinggal dtg keje baby nk minum kena pakai botol jgk wpun sudah ditinggalkan bekalan.

takat ni 2 botol je ada,1 pendek 1 pjg.

Thara said...

uish dah lama nya tak jengah blog kak riena.

haha i can feel ur excitement! duit banyak pakai kan nak expect baby ni! tapi time shopping barang baby tu lah time yang palinggg exciting! :D semuaaaa barang rasa nak beli. chomels gilaaa! hehe. tp mujur thara byk akak ipar yg nak tlg kasik brg2 depa yg dulu jugak - baby cot, baby car seat, and some baby clothes too! so byk jimat jugak lah! :D kak riena camana?

oh oh, lupa lah nak tanya. kak riena expecting baby boy ke baby girl? :D

RieNa said...

hi tiqah!! selalu k riena update psl kamu dr ayun.
k riena pun byk recycle dr anak2 sedara,baju2,barut n others. so takdelaa pening sgt.byk yg dah ada.

maybe baby girl lah, sbb scan x nmpak boy. tp ayun ckp x mustahil kuar nanti bleh jd baby boy.either boy or girl, k riena x kisah..asal selamat semuanya..amin.

Kniedaz said...

eceh eceh..
g shopping upanya
bestkan tengok barang baby yang comel2
rasa cam nak beli suma

Thara said...

ooh ya ka. alhamdulillah. tu la ayun pon ckp the same thing 2 me. so make sure beli color baju baby campur2. pink hijau kuning putih biru! (altho tiqah mcm confirm je baby boy psl dah 3, 4 kali dah nampak bird baby yg cenonet tu hehe) :P

and betol lah first baby ni tak kesah boy ke girl. tapi kalau girl lagi besh lah pasal nanti bole sebok maen make up & shopping dgn dia haha. plus, baju baby girl lagi banyak yg cantik! kalau boys tak byk choice sgt. tak achi betol! :P

anyways congrats kak riena! jaga perot leklok. tiqah ni pon dok tunggu masa je ni.. hehe. doakan tau. neves gilaaa ni!

S.YanaZ said...

Baiknyer hati Ayah...
:]]

RieNa said...

k ida,
a'ah, mmg rasa nk beli semua,mujuq pakai akal logik,merepek je nk beli semua! hehehehe..

tiqah,
kamu pun jg diri bebaik. nanti berpantang kat mana?mcm x sabar nk tgk cucu sulong hj sofian nih..hehehe

yana,
hehe,alhamdulillah.

cik puan daun said...

Riena, jangan lupa breast pump. Sangat better kalau ada sblm bersalin. Nanti leh trus stok susu dari dalam pantang. Boleh meransang pengeluaran susu sambil diransang oleh hisapan baby.

Botol lepas pantang mmg perlu botol susu banyak sket. Untuk simpan stok and kalau nak hantar ke nursery. :)

RieNa said...

ya2,breast pump dah masuk dlm list,tgh survey..mesti beli sblm bersalin.
aku byk blajar dr kamu laa daun..thanx a lot!!

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...