Posts

Showing posts from May, 2009

:: A Gift ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...




dear Ipah... achik bkn nak berlagak dgn kamu.. tp achik mmg sengaja nak kamu jelesss... hihihihi...

HP Sony Ericsson W902 seperti gambaran di atas telah menjadi milik saya. weeeeeeeeeeee..~!!!seronotnyaa!!!

dia kata, hadiah sempena setahun menjadi isterinya.. juga kerana mengandungkan dan bakal melahirkan anaknya.. walaupun hadiah tak seberapa nak dibandingkan dgn segala pengorbanan isterinya.. dia cuma berharap isterinya gembira dan bahagia sentiasa..
terima kasih,abg..i lap u lahh~!!!



" Ya Allah, limpahkanlah nikmat dan kurniaanMu kpd kami sekeluarga..dan jauhkan lah kami dr sifat yg tercela..aminn.."

:: Syahdu yang Pilu ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

pagi ni Ma tinggalkan saya..huhuhuhu..
ma dah bertolak ke Kota Bharu bersama dgn Abg An dan sorg sepupu.

setiap jam saya sms Abg An, sampai Abg An dah boring nak reply sms saya.

"dah sampai mana dah?"

" baru lepas tasik banding. awat, dah rindu kat ma ka?"

"a'ah..dah rindu kat ma, ckp kat ma i love u ya! bwk keta elok2,hati di jln raya"

" iyalah."

tadi masa sesi salam2, peluk2, cium2 Ma sebelum bertolak td, air mata saya dah bergenang.
mcm tak biasa kena tinggal pulak.
tp ntah kenapa kali ni rasa lain.
rasa sedih sayu teramat.
mungkin sbb pembawakan budak kot.
sejak mengandung, perasaan sayang saya pd Ma rasa meluap2..
pg esok nak minum pagi dgn sape?????

uwaaa!! nak ikut Ma blk Kelate jgk!!!

(huh! cengeng!!)

:: kisah roti dan pau ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

hari ni nak mengumpat suami sendiri..eh..tak baik tau ngumpat..
akceli, nak memuji sebenarnya..
(tak bleh eh puji husben sendiri dlm blog sendiri??sukatik i laa..blog i kan...)

abg aleh kan, bg saya dia tu sgt penyabar..sepanjang saya kenal dia, dr berkawan,bercinta,putus cinta kejap,bercinta blk,bertunang sehinggalah berkahwen..
jarang benar dia marahkan saya..apatah lg nak menengking ka apa..mmg tak pernah lah.
kalau saya ada buat salah/silap apa2, dia akan tegur dgn lembut dan sgt baik..sampai saya boleh sengih je lps buat salah.
tp itu tak bermakna saya tak ambik berat teguran dia..
sekali dia menegur, mmg saya akan patuh..mmg tak membantah laa..saya kan budak baikk...(sambil sengih2 kenyit2 mata..hehe)

satu hari, lps kawen dah..dia tgk saya buat sandwich, saya potong kulit roti yg tepi2 tu..biar roti tu putih je, takde kulit kat tepi tu..
dia tegur saya,"pasaipa buang kulit tu yang..sayanglaa..tu kan boleh makan..tak baik me…

:: Nilai dgn mata hati ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Saya tahu, ini blog peribadi saya, bkn blog gossip artis Malaysia.
Tapi saya tak dpt menahan rasa bila berbicara soal Ak**l - Wah***a - Mai***ti.
sungguh, saya rasa semacam. antara marah-geram-sedih-simpati-jemu-muak semuanya bercampur menjadi satu.

dan hari ini, bila saya baca Berita Harian online, rasa marah itu membuak2 bila baca artikel ini :
" Jangan sampai saya hilang sabar"

hello~!!!
sapa yg patut hilang sabar????
kamu yang selalu jumpa dia, di studio,di lokasi,tgk wayang tgh mlm,atau mkn ikan bakar di port dickson..
atau seorang isteri yg setia menanti di rumah menunggu kepulangan suami yg tak pulang sejak Februari?????

opss..maaf!! saya tak sepatutnya emosi..saya tahu, masalah dalaman rumahtangga org kita tak patut campur..
tapi saya cuba letakkan diri saya dlm situasi si isteri..
dan saya jugak cuba letakkan diri saya dlm situasi si wanita yg seorang lg..
saya cuba memahami..tp naluri saya tetap tidak dapat menerima …

:: Ulangtahun Yang Pertama - 23052009 ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

it's a year!!!
sekejap saja rasanya.. masa berlalu pantas..
mari mengimbau kenangan setahun yg lalu...

sudah setahun menemani seorang lelaki sebagai isteri, yg bersama tika susah dan senang, tika suka dan duka..sama2 berkongsi rasa..berkongsi cerita..saya tahu saya bkn isteri yg sempurna, namun saya berusaha utk jd isteri yg terbaik untuknya..
walaupun adakalanya ada rasa yg mengguris hati, tp itu adalah rencah hidup. tak sempurna perkahwinan kalau tidak tergigit lidah. dan disitulah perlunya tolak ansur, kerjasama dan redha. dan sepanjang setahun ini, saya bahagia menjadi milik dia. dan semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga akhir hayat kami, amin...setahun selepas 23/05/08 - rupa saya yg terkini adalah begini :



Abang, terima kasih kerana menjaga Na dgn baik sepanjang setahun ini. Semoga abg akan terus menjadi suami dan ayah yg baik sepanjang hayat..selamat ulang tahun perkahwinan kita yg pertama, Na sayang abg sesungguhnya…

:: mengenang kisah lalu.. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya belek2 entry saya yg lepas2..sampai bulan ogos 2008, sampailah saya ke entry ini.

http://adzrina.blogspot.com/2008/08/saya-yg-terkini.html

Alhamdulillah..Allah kurniakan saya rezeki, saya pernah kehilangan, dan Allah gantikan yg lain. Saya syukur sgt sgt sgt~!

dan skrg saya sudah 35 minggu..mcm tak percaya yang saya pernah kehilangan..
moga Allah selamatkan saya dan anak,amin..~!

:: Ma saya comel, tau! ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

entry khas utk ma, walaupun ma tak baca pun blog saya nih. heeee~!!
ok, bg mereka yg mengenali ma, mesti mcm tak percaya kalau umur ma dah 60 tahun.


ma & abah , ma sungguh comel time nih..
ma bersama anak bongsu dan cucu sulong.

Ma dan Humaira, cucu bongsu (setakat inilaaa, bulan depan Humaira bakal ada adik sepupu baru..weee~!!)
ramai yang bertanya ma, apa rahsia awet muda beliau. bila ma bgtau sj, org dah geleng2 kepala, sbb apa yg ma dah lalui, tak mampu utk mereka contohi. it's too late~!! nak tau apa rahsia awet muda ma??? Ma berkahwin pada usia muda, 13 tahun ok! Ma lahirkan kakak pada usia 15 tahun. dan pd usia 32 tahun, ma lahirkan anak bongsu ma nih, lps tu ma dah rehat..di usia muda ma dah jalani proses berpantang yg ketat, yg tak boleh malas2, ma sgt menjaga kesihatan diri. jd, mcm mana kita nak contohi ma kalau kita berkahwen pun pada usia 25/26/27??? dan umor 30/31/32 baru dapat anak 1 @ 2 @ 3??? kirim salam la…

:: Musim kawen-kawen kembali lagi ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

bermula minggu depan, maka bermulalah musim mengawan eh silap! musim kawen2 di seluruh negara..
maklumlah, cuti sekolah bermula pada 30hb.
saya sendiri terima 4 jemputan kenduri hari 30 tu, tu belum campur yg mak mentua punya jemputan (yg mana saya yg kena jd driver)..saya rasa hari tu letih makan kenduri saja..

teringat pulak kenangan setahun yg lepas.
walimah saya pun pada hari pertama cuti sekolah jgk. 24/5/2008.
hari tu mmg byk kenduri.
alhamdulillah, tetamu di walimah saya sgt meriah.

hmm..family saya semua pakat2 blk kampung pd 30hb nanti..
sedih..sedih..
tinggallah saya di lahar yooi yg tercinta itu....

:: makin hari makin sarat ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya sekarang :
selalu rasa pening..
selalu rasa mual dan loya..
selalu rasa mengah nak muntah..

baby plak makin aktif..
asyik berpusing2,menendang2..
tp tendangannya taklaa kuat mana, kiut je rasa..
hihihi..abg aleh selalu jeles sbb dia tak dpt rasa baby bergerak..

i'm 34 weeks, kena bersedia utk masuk 'dock' (bak kata abg ipar), bila masuk 36 minggu.
get ready Riena!
masanya hampir tiba~!!!!
weeeeeeeeeeee~!!!!

:; selamat hari lahir, sayang... ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...





17-05-2009 lelaki yang saya kenali hampir 7 tahun lalu.. hari ini genap 29 tahun usianya.. semoga Allah merahmati hidupnya, menguatkan imannya dan meningkatkan ketaqwaannya.. amin... selamat hari lahir, wahai suami ku sayang.. terima kasih kerana menyintai, menjaga dan melindungi isteri mu ini.. semoga kita kekal bahagia hingga ke syurga.. amin...

:: sabar anakku..sabar..::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

skrg ni jalan pun rasa tak berapa selesa.
dulu rasa sesak dada, skrg ni sesak kat bwh perut pulak..

baby dah turun bawah ke....
sabar anak..sabar..
kamu ada 6 minggu lg utk enjoy dlm perut ummi~!!

:: air mata bonda ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

minggu ni (sampai hari ni-khamis), setiap pagi saya breakfast dgn Ma.
kalau saya dr Lahar Yooi pun, saya akan singgah umah ma utk minum dan berbual dgn ma.
sanggup kuar umah jam 6.50 pg sbb nak jumpa ma.
ohh ma, i love u so much!!

pagi ni, mcm selalu ma hepi saya blk umah.
mcm2 yg nak dibualkan.
tiba2 ma cerita pengalaman ma bersalin 5 org anak2nya..
mcm mana ma bersalin kat kakak..
ma bersalin kat abg man..
ma bersalin kat abg lan..
ma bersalin kat abg an..
ma bersalin kat saya..

pastu ma crita sesuatu..
(yg tak dpt saya nk cerita kan kat sini..so sorry..)
kemudian ma sebak..dan menangis..
ohh tidak..saya ni mana bleh tgk org nangis..
tambah2 kalau yg nangis tu ibu saya..
lps tu kami nangis sama2..
comel laa sgt!!
huhuhuhu~!!!

saya pujuk ma,tepuk2 bahu ma..
jam dah 7.40 ni..kalau ikut hati nak cuti ja,utk teman ma hari ni.
tp ma kata tak payah. ma dah ok, emosi ja skit pg ni..

saya peluk ma erat, cium pipi ma..
"ina sayang ma.."
dan tingga…

:: bersolatlah..walau dimana anda berada ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

satu petang, di hari sabtu. (sabtu bila saya dah tak ingat.)
saya dari rumah ma, Abg Aleh dr kedai, berjanji utk berjumpa di Tmn Desa Murni, nak pegi mendating di Pacific (atau sebenarnya mengekor abg aleh buat kerja dia).

masa saya lalu dpn tmn tu, saya nmpak seorang lelaki sedang bersolat di sebelah van air tebu, tepi longkang, dpn van ada seorg perempuan mendukung anak,mungkin sedang tunggu lelaki td menunaikan solat utk perempuan td membeli air tebu.cuaca dahlaa panas, jam tika tu dlm pukul 2.15 petang.

sungguh,tiba2 saya rasa sebak..air mata mcm nak keluar,cepat2 saya kelip2 mata supaya air mata tak jd keluar.

abg aleh masuk je dlm kereta, laju saya bercerita pasal apa yg saya nampak td.

"abg,td masa ayg lalu kat situ ayg nmpk abg juai ayaq tebu tu solat sebelah van dia,kat tepi longkang tu.bagus kan dia?tetap tunaikan solat walau sebuk meniaga. bla bla bla..."

"moga Allah murahkan rezeki abg tu..." ulas s…

:: apabila seorg bakal ayah (yang tak pernah tahu apa2 pasal bayi) bershopping ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

hahahaha, tajuk pun dah pjg gila gaban. byk yg saya nak cerita hari ni. jd tlglaa baca sampai abih.
cerita ini lebih kpd dialog.tulisan yg senget tu dialog bakal ayah, dan tulisan normal tu dialog bakal ummi.

si bakal ayah ni mmg fail bab2 jaga baby ni, dia tau menyakat budak sj.kalau keperluan budak dia tak reti langsung. si bakal ummi ni kira ok skit, pengalaman dia menjaga anak2 saudaranya sejak umo 9 thn byk membantu dia dlm menyiapkan mental dan fizikal dia utk kelahiran anak sendiri.

semalam, keluarlah bakal ayah dan ummi ni utk membeli brg2 keperluan anak sulung yg dijangka lahir bulan dpn.

"tu benda apa yg?"
"ohh,ni tisu basah,utk lap berak kencing baby,kalau dia berak,takyah bwk dia p cuci bla bla bla.."
"ooo..mcm tu.."

"yg ni plak utk apa yg?"
"ni liner lampin,utk lapik atas lampin sblm bg pakai kat baby.."

"ni apa plak yg?"
"ni plastik ikat lampin,supaya tak bo…

:: Rancangan yg tertangguh ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

hari tu kan saya sgt excited nak kuar shopping brg baby..
plannya nak pegi ahad semalam lah.
tapi, saya dilanda demam dan batuk yg..bleh tahan jgklaa..
2 hari dok melepekk kat umah Ma.

hari ni gagahkan diri dtg bekerja.
walaupun bdn belum stabil sepenuhnya dan suara pun mcm itik serati dah.

tak apalah, dah sehat nanti baru gi shopping, tak lari kemana brg2 baby kat supermarket tu.
duit yg abg aleh bagi suruh saya simpan tu je kena jaga elok2...hehehehe..
jgn terguna utk benda lain pulak..

:: Selamat Hari Ibu, Ma.. ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Ma..
Ina banyak buat salah dgn ma..
berdosa dgn ma..
engkar cakap ma,,
tak dengar nasihat ma..

Tapi,
ma tetap sayangkan ina..
selalu masakkan lauk kegemaran ina..
selalu jahitkan baju untuk ina..
selalu belikan apa-apa yang ina nak..
selalu memujuk ina bila ina bersedih..
selalu membantu ina bila ina susah..

Ma..
pengorbanan ma selama ini untuk mendewasakan ina..
amat ina hargai...
terima kasih kerana menjadi ibu kpd Nur Azriena..

Ma,
ampunkan segala dosa-dosa ina selama ni..
sesungguhnya ina amat menyayangi ma..
dunia dan akhirat...

salam sayang,
anakmu,.
Riena

(selamat hari ibu buat kakak, sahabat2 yg telah dan bakal menjadi ibu, dan semua ibu2 yg menjenguk ke page ini. semoga kalian sentiasa dirahmati ALLAH SWT, ameennn...)

:: ini bkn cerita, hanya gambar ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ada sapa2 yg rindu nak tgk saya yg tembun???

meh sini meh..

semua gambar2 ni saya dgn Mursyidah, kwn saya masa di Irshad.

Ni masa kitorang pegi kenduri Nur, 25/4 hari tu.



haa, ni masa party buih kat umah Muhammad & 'Aiffah, 2/5 . taktaulaa apa buihnya, agaknya bercakap tak berhenti sampai berbuih mulut kot..hehehehe.. (gambar milik Muhammad @ http://myzwar.blogspot.com/)
serius gila muka saya time nih, taktaulaa apa yg saya bualkan dgn Syidah sampai begitu sekali saya berkerut. mcm mana, tembun tak saya?? hehehe..tak pedulikkk!!

:: diragut hingga meragut ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Dalam masa 3 hari, 3 kematian dicatatkan akibat dr kes ragut. sedih mengenangkan nasib anak2 yg menjadi mangsa atas kejahatan manusia. Ibu kepada anak2 malang tersebut meninggal dunia akibat diragut.

Bila sebut kes ragut ni, saya sendiri ada pengalaman diragut. Dah lama saya nak ceritakan disini, supaya sama2 kita jadikan pengajaran.

Kejadian berlaku 7 thn lps, thn 2002, masa tu saya thn 2 di UKM.
Waktu : 2.30 petang
Tempat kejadian : Jalan Reko, Kajang (Traffic light kat sek men jln reko tu, dekat2 dgn Fasa 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi)
Mangsa : Saya dan sepupu, Kakcik Mahyana, dgn motosikal kesayangan saya,Kriss hijau.

Kitorang baru balik dr shopping kat Metro Kajang. Masa balik tu, saya letakkan beg kuliah saya dalam bakul motor, kemudian saya letak plastik2 brg2 yg dibeli atas beg kuliah tersebut.saya tak perasan yg tali beg saya terjuntai keluar dr bakul motor. Mmg cuai.

kemudian, masa kat traffic light, saya perasan ada mama…

:: Mei yg sama tp berbeza ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

bulan Mei tahun lepas, saya tak lena tido malam memikirkan perihal nikah kawen saya.
dan bulan Mei tahun ini, saya masih tak lena tido malam akibat dr pembawakan budak nih.

bulan Mei tahun lepas, saya menghitung hari nak jd isteri org..
dan bulan mei tahun ini, saya masih menghitung hari tp utk menjadi ibu..

satu perkara yg masih sama : saya bahagia melalui hari-hari saya..

:: pandangan mata selalu menipu ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Suatu pagi , ketika sepasang suami isteri sedang bersiap2 utk ke Taiping, menghadiri walimah saudara sebelah suami..

isteri : abg, tudung ayg ni, elok buat mcm ni ke (tudung di tarik ke bawah paras dada dan di pinkan) atau buat mcm ni? (hujung tudung sebelah dinaikkan ke bahu kanan, dan sebelah lg ke bahu kiri.)

suami : hmm..syarat berjilbab ialah menutup hingga ke bahagian bawah dada kan..(sambil dia menarik tudung isterinya ke bawah paras dada lalu dipinkan.)

isteri : (senyum tersipu2, rasa bersalah. )

suami : biar tak cantik pada pandangan manusia, tp cantik pada pandangan Allah, sbb pandangan manusia ni selalu menipu. hanya pandangan Allah yg membawa ke syurga..

isteri : terima kasih kerana mengingatkan ayg...

p/s : kisah benar tu.