Monday, 20 April 2009

:: solat hajat & hajat yg tertunai ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Jumaat lepas, ada sedara saya dtg dr Kota Bharu.
Mak saudara yg dipanggil Mek, sepupu ( Kak yah & Abe Sin) dan anak2 sepupu.
diorang dtg membawa hajat : undangan ke majlis perkahwinan anak sepupu, Milla Bila Cinta. (Bila Cinta tu saya yg suka2 tambah, nama sebenarnya Kharmilla)
yang bakal diadakan pada 30/5 nanti.

saya hanya mempu mendiamkan diri bila semua org sebuk bercerita dan merancang bila dan bagaimana nak blk kg nanti.
Ma, Abg Lan, Abg An, kakak2 ipar, anak2 buah..semua riuh bercerita.
saya yg dgr ni rasa mcm nak nangis pun ada..
dlm hati : saya nak blk jugak!! tlglaa jgn pinggirkan saya!!!!
mujurlah saya punya kekuatan utk melindungi perasaan sendiri.
demi mendengar nasihat suami.
demi kebaikan saya dan baby.
saya akur, bkn masanya lagi utk saya pulang ke kg.
Ma cuma berdoa dan berpesan pd cucunya yg dalam perut supaya tunggu Tok Ma balik dr kelate baru bersalin.

hari sabtu, dgn kasih syg Ma yg tak berbelah bagi utk anaknya ini, ma adakan solat hajat utk kesejahteraan saya dan baby yg sudah masuk 30 minggu.
solat hajat yg diadakan di rumah Ma, dgn diimamkan oleh sepupu saya, Abg Lukman, dan dimakmumkan oleh Abg Aleh, Ayah, Abah, Abg Lan, Abe Sin, Ma, Mak Mentua saya dan saya sendiri.

di rumah meriah laa sekejap dgn kehadiran abg2 dan keluarga, abg lukman dan keluarga, mak mentua, kakak ipar (kak pah) dan anak2 saudara, ayah dan mak lin serta adik2.
kakak dan keluarga turut mndoakan saya dr jauh, plan last minit, jd tak dptkan maklumkan kat kakak awal2.kalau bgtau awal2 mesti kakak sanggup pulang dr Bangi demi adik kecintaannya ini..hehehe..
(maaf ya kakakku cyg!)
menu hari itu, pulut kuning,gulai udang,sambal tumis ikan bilis, bihun goreng, cucur kembung dan ntahahapa2 lg yg penuh kat meja sampai saya pun taktau apa kebendanya.

dan hari itu, saya sgt bahagia..
saya rasa semua org sygkan saya.
ambil berat ttg saya.
prihatin terhadap saya.
walaupun saya penat dan kaki dah lenguh sebenarnya, tp saya masih turun ke dapur dan menyiapkan apa yg patut.
lebih cergas dr org yg tidak mengandung.
semangat saya sgt berkobar-kobar hari itu.
dan lagik best sbb dpt makan puding karamel. hehehe..

(gambar tak dpt dirakam, semua org mcm sebuk dan takde sapa yg nak tlg saya amik gambar)

dialog saya, abg lan dan family lain :

abg lan : ina!! mai abg lan nak bg mandi hang dgn ayaq smyg hajat ni!
saya : hah?? ayaq tu kena mandi ka??bkn minum ja ka???
abg lan : masa abg lan dpt kereta baru dulu, abg lan semayang hajat pastu siram ayaq tu kat kereta baru tu. kalau hang ni, kena siram jgk mcm siram kereta tu jgk laa!! hahahahaha!!
(dia gelak sakan, sukaa laa tu boleh kenakan saya.)

4 comments:

sakura-chi said...

ur sooo lucky ibu rieni...

RieNa said...

yeah, alhamdulillah. syukurlah dgn apa yg dikurniakanNya.

ummuafif said...

Kakak rasa sedih tak dapat bersama...

Mana abang man ye?

Anonymous said...

he style has lived much longer than its Abercrombie clothing counterparts from the 1980s; it may be because of its relatively abercrombie Jeans inoffensive style or because people just love Abercrombie Pants animals, but it's less frowned upon.Today you can find high quality blanket and sheet Abercrombie Tees sets in a cheetah print. These are common enough that you could even go to a department store and find them, Abercrombie Shorts so you should have no problem finding cheetah printed sheets and blankets if they are what you are looking for. These can be a great accent to a more contemporary home theme Abercrombie Sweaters , though obviously are not great for homes that are more conservatively or classically decorated. Curtains that have this type of pattern are more difficult to come by.

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...