:: dugaan..dugaan ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

dah lama saya nak cerita pasal ni, tp asyik terbantut sj.

mungkin ramai yg tak tahu, 3 bulan selepas abg aleh buka kedai, dlm bulan 9/10 thn lps, kedai dia telah dipecah masuk, dlm pukul 4 pg mcm tu.

antara barang yg telah dicurik ialah 1 set komputer flat screen, beberapa ketul bateri hp original dan 1-2 benda lain yg semuanya bernilai dalam RM3 ribu.

pintu kedai telah dikopek dr luar, tanpa ada sesiapa yg sedar berlaku kecurian sehinggalah abg aleh buka kedai jam 9.30 pg. masa tu mmg lah rasa frust sgt2, yelah, kita baru nak mula berniaga, tp dah diduga mcm ni.kecewa jgk. tp abg aleh tabah, dia yakin setiap yg berlaku, pasti ada hikmah yg Allah takdirkan..dan dia tak putus asa utk teruskan berniaga,bgnya, itu adalah antara duri-duri yg menganggu perjalanannya.

dan Alhamdulillah, perniagaannya berjalan baik sehinggalah sekarang.

kemudian, ada 2 org kawan abg aleh menurut jejak abg aleh buka kedai henset jgk. 1 di Bukit Minyak dan 1 lg di Lubuk Meriam, dkt umah saya lah.

dan baru2 ni, kedai kwn abg aleh yg kat Bukit Minyak tu, telah dirompak oleh 4 org lelaki. siap acu pisau di leher pekerja kawan abg aleh tu. saya yg mendengar cerita ni pun dah naik bulu roma..takutnya!!!! mujur takde sapa yg cedera, perompak tu sempat melarikan 2 henset, yg cuma bernilai rm1 ribu.

dan kedai kawannya yg 1 lg, kat Lubuk Meriam tu, kena samun pulak. sorg pelanggan masuk kedai,pura2 nak beli henset, bila penjual keluarkan henset, terus dia ragut dan bawak lari. 2 biji jugak, dlm rm1400. kesian betul kwn2 abg aleh tu.

abg aleh laa yg jd kaunselor diorang. bg nasihat,bg semangat agar tak kecewa dgn apa yg jd.
Apa yg berlaku, hidup mesti terus!! cewwaah!!

Ma pun ada ckp, 2 kedai je yg selalu jd mangsa perompak,pencurik,peragut,penjahat ni . iaitu : kedai emas dan kedai henset.

Risau sgt, tp apa nak buat, dah itu cara kita cari rezeki. cumanya kena selalu hati-hati, kena byk berdoa dan sentiada peka dgn sekeliling.

Moga2 kedai abg aleh dan kwn2nya tidak ditimpa musibah lg..amin...

Comments

Anonymous said…
he style has lived much longer than its Abercrombie clothing counterparts from the 1980s; it may be because of its relatively abercrombie Jeans inoffensive style or because people just love Abercrombie Pants animals, but it's less frowned upon.Today you can find high quality blanket and sheet Abercrombie Tees sets in a cheetah print. These are common enough that you could even go to a department store and find them, Abercrombie Shorts so you should have no problem finding cheetah printed sheets and blankets if they are what you are looking for. These can be a great accent to a more contemporary home theme Abercrombie Sweaters , though obviously are not great for homes that are more conservatively or classically decorated. Curtains that have this type of pattern are more difficult to come by.

Popular posts from this blog

Derita sakit gigi.

Salam Terakhir ...

:: perihal susu ::