Monday, 6 April 2009

:: 28 tahun sudaa~!! ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Pada 6 April, 28 thn dulu, seorang bayi perempuan seberat 2.9kg telah dilahirkan jam 4.29 pg di Tanah Liat, Bukit Mertajam.

Dia disambut dgn penuh kasih sayang oleh ibu, kakak dan abg-abgnya.

Dan sebagai adik bongsu, tentunya dia dilimpahi dgn perhatian dan kasih syg yg tak berbelah bagi. Walaupun kadang2 dia dicubit, dirotan atau dipiat telinga, tp dia tahu, itu adalah utk kebaikannya.

Dr kecil dia belajar utk hidup sederhana, bersyukur dgn apa yg ada. kalau makan ikan goreng, biasanya dia akan makan bahagian ekor shj. kalau ibunya masak sambal tumis udang, biasanya dia dan adik beradik lain makan tak lebih dari 2 ekor udang seorang.kalau ibunya membelikan 100 biji rambutan, dia akan dapat 20 biji sj, sama seperti kakak dan abg2nya yg lain. Kalau ibunya belikan sate, mereka tak akan makan lebih dari 5 cucuk seorang.
(percayalah, sampai skrg pun, dia tak boleh makan sate lebih dr 5 cucuk, 5 cucuk tu dah buat dia kenyang.tak rugi kalau belanja dia makan sate.hahaha!)

Dan sekarang, dia dah pun dewasa. Sudah menjadi seorang isteri dan juga bakal ibu. dia punya keluarga yg sederhana, tp sempurna dalam hidupnya. dia punya suami yg memahami dan menjaganya dgn baik. dia punya kerjaya yg tidak memeningkan hidupnya walaupun tidak setaraf dgn kelulusan yg dimilikinya. dia bersyukur dgn apa yg dia ada...kerana dia tahu, apa yg Allah takdirkan utknya, adalah yg terbaik baginya...

"selamat ulang tahun kelahiran yg ke 28"

kepada si dia yang dimaksudkan.

(kad special made by Roslan, pg2 dia letak atas meja, khas dr staff perpustakaan)

8 comments:

Zaki N Ilyia said...

happy birthday riena, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan baby yg sihat dan comel..

noor hafhizah said...

Kak Riena..happy birthday!

Semoga menjadi isteri yg solehah dan bakal ibu yg mithali..

Hasni said...

riena...

tomeinyer aku tgk gambar hang yg bulat n tembam itu...hidung hang sebijik mcm hidung aku time aku pregnant dulu.....hehehehe

zai said...

salam riena..

hepi besday..

hasni said...

Selamat Ulang Tahun ke -28.
semoga Allah beri seribu nikmat pada mu.

RieNa said...

lya,fizah,hasni,zai..
thanx bebyk 4 ur wishes!!!

hasni,
mmg mcm tu lah rupa aku skrg. mmg gila bulat tembam!!!

Kniedaz said...

Ala...lalalala...dah 28 upanya member kida yang sorang ni...dah 28 baru ada anak sorang...silap nih..28 kena ada dua org anak mcm kida dulu..hahahaha...lawak je...anyway wish u a very happy life today and forever...semoga baby nanti sentiasa ceria macam ibu dia..hikhik

Anonymous said...

he style has lived much longer than its Abercrombie clothing counterparts from the 1980s; it may be because of its relatively abercrombie Jeans inoffensive style or because people just love Abercrombie Pants animals, but it's less frowned upon.Today you can find high quality blanket and sheet Abercrombie Tees sets in a cheetah print. These are common enough that you could even go to a department store and find them, Abercrombie Shorts so you should have no problem finding cheetah printed sheets and blankets if they are what you are looking for. These can be a great accent to a more contemporary home theme Abercrombie Sweaters , though obviously are not great for homes that are more conservatively or classically decorated. Curtains that have this type of pattern are more difficult to come by.

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...