Posts

Showing posts from April, 2009

:: gemuk?? besaq?? ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ini bukan nak mengadu.
jauh sekali nak terasa hati.

ini cuma nak berkongsi.
sbb setiap kali saya teringat hal ini, saya akan tersenyum.

1 hari dlm tahun lepas.
tiba-tiba seorang anak jiran saya, berusia dalam 6 tahun.

budak tu : kakak gemuk! kakak gemuk!
saya : (terpinga2, nampak mcm dia melambai saya.pusing kiri kanan takde org lain pun.)
awat, panggil kakak ka?
budak tu : ha lah, kakak gemuk ni. tok yam mana??
saya : (hah?? aku kau panggil gemuk?? )sapa nama ni??umah kat mana??
budak tu : nama izham.umah kat situ.

nasib baik dia budak. kalau takk....

Ahad lepas , selesai kursus haji di Masjid Bandar Perda.

ustaz : haa nih, adik besaq..oo adik besaq!!
saya : hah?? ustaz panggil saya ka??
ustaz : ya, kamu lah. nanti bgtau kakak kamu, bla bla bla bla....

saya mengadu dgn ma :
"ma, ustaz razak panggil ina adik besaq.."
ma gelak saja.

saya tak heran, malah tak peduli, kalau saya dipanggil gemuk, atau besaq.
saya bersyukur dgn d…

:: semua baik-baik saja.. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya dah jumpa doc pakar kat hosp sbrg jaya semalam.
begini ceritanya :

air ketuban ibu mengandung diukur secara formalitinya di tepi perut. maksudnya : di bahagian tepi rahim.

dan disitu lah jumlah air ketuban @ AFI itu di ambil.

itu yang Doc dapati air ketuban saya agak kurang. (agak kurang ye, bkn sgt kurang.)

tetapi, air ketuban saya penuh di bahagian tgh rahim, kat tempat baby duduk tu. air ketuban tu berkumpul di situ sj, tak bergerak ke bahagian tepi.

jd, itu tak berbahaya untuk baby mahupun saya. semuanya adalah normal.

saya tarik nafas lega bila doc selesai memeriksa saya semalam. Alhamdulillah..

berat baby saya di kala usia 32 minggu ialah 1.8 kg.
alahai, kecik comelnya!!

selamat membesar ya anak Ummi!!!
----------------------------------------------------------------------------

saya ziarah Sarah dan Sumi ptg smlm.
alhamdulillah, beliau baik2 saja.
doakan moga beliau dan suami selamat mengerjakan ibadah umrah dan pulang ke tana…

:: mari jumpa Doc, yeay! ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya cuti hari ni.
pukul 2 ptg kang nak jumpa doc pakar kat sepital.
skrg update live dr kedai abg aleh.

apa-apa nanti esok saya crita ok.

ptg ni nak gi ziarah doc sarah jap.
dia nak g umrah minggu ni.

saya tak nak susah2 hati dah, sbb kalau saya susah hati, nanti keadaan saya dan baby makin tak stabil.
saya akan sentiasa ceria dan senyum selalu.
saya kan bakal ibu yg penyabar dan baik hati.
keh keh keh.

minggu dpn nak gi beli brg baby dah.
yeay,sonoknyee!!

:: Kg Petani BUKAN Penanti ya~! ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

haih, org dah mula riuh rendah pasal Pilihanraya DUN Penanti.
saya dan keluarga bukan pengundi kawasan itu.
walaupun Penanti itu cuma 17 langkah dr rumah Ma.
kami dah termasuk kawasan DUN Permatang Pasir.

Info dr SPR pagi ini.
23/5 - Penamaan calon.
31/5 - hari mengundi.

Info umum :
30/5 - kenduri di Kota Bharu (yg family saya WAJIB hadiri.)

td dpt SMS dari Abg Man :

"23/5, penamaan calon, 31/5 mengundi, 30/5 kenduri, aahh, jammed!"

saya reply :
"alaah..bknnya kena mengundi pun.."

dia reply :
"kalau kami takda ~tuutt~ boleh kalah hooo!"

(maaf,terpaksa tulis ~tuutt~ utk kesejahteraan bersama)

saya cuma berdoa moga saya dapat bersama meraikan kemeriahan hari mengundi tu di rumah, bknnya di hospital.

:: susah hati ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Pagi ni saya ke klinik.
untuk repeat scan utk 2 minggu lepas.
2 minggu lps doc ckp air ketuban hanya cukup2.
dan hari ini....

air ketuban saya makin kurang,

doc minta saya jumpa doc pakar di Hospital Seberang Jaya selasa minggu depan.
Untuk pemeriksaan lanjut.

sungguh, saya benar2 risau.

doakan saya dan kandungan saya sejahtera.
amin.

:: lama tak main tag ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya amik tag ni dr blog Aduka.

menjawab tag adalah seperti terapi buat saya. heh!

1. Anda sedang bermood?
- hepi yippie sbb bos2 bercuti. yaribba!!

2. Tanda-tanda kamu Marah?
- muka masam gila dan diam.

3. Tanda Kamu Sinting??
- sinting tu ape??

4. Tanda-tanda kamu Malu?
- tersenyum2, tersipu2 kot..rasanyalah...

5. Tanda-tanda Kamu sedang Cemburu?
- muka masam dan diam. mcm marah jgk.

6. Tanda-tanda Kamu sedang Sedih?
- diam dan termenung.

7. Tanda-Tanda Kamu Gembira?
- asyik bercakap je..

APA :

1. Warna baju yang Kamu pakai sekarang?
- hijau.

2. kamu suka Shoping?
- mestilaa suka, kalau ada byk duit.

3. percaya dengan Love at 1st Sight?
- hmm..percaya kot..depends jgk mcm mana.

4. Apa kamu sdg ingin lakukan skrg?
- bekerja dgn tekun??hik hik hik

5. Apa rasa di hati kamu sekarang?
- berbunga2.. taktaulah kenapa..

BILA?

1. Kamu di lahirkan?
- 6 april 1981

2. saat terindah dalam hidup kamu?
- bersama kawan2 masa di Irshad...

3. Kali terakhir kamu di marahi i…

:: anda takut hantu?? ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

anda takut hantu?? atau suka tgk crita hantu?? atau percaya akan kewujudan hantu??
kalau iya,
saya nak kalian baca blog kawan saya ni.
bukan nak suruh baca semua entry.
memadai baca entry ni saja.

http://alkisahnyalah.blogspot.com/2009/04/tanda-tanda-anda-takut-hantu-tapi-tak.html

penting nih!
untuk check diri sendiri.

ok??
selamat melayari blog Cik Famia yg kachak.

(Famia @ Xai, tahniah atas pesanan kental kamu. moga iman kita akan lebih kental lepas nih.amin!)

:: pesan utk diri sendiri ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Untuk perkongsian & moga dapat dimanfaatkan bersama.


sumber dari : Dr. Hamid Arshat Ibu mertua saya @ Mak aka Mak Yam telah pun buatkan saya air selusuh yg dibuatnya sendiri. Terdiri dari air zam-zam dan bunga Siti Fatimah (yg dibekalkan khas dari Makcik Abg Aleh yg menetap di Makkah).Masa mula2 mak siapkan air selusuh tu, mak panggil saya masuk ke rumah. saya diminta minum air selusuh tu. kemudian saya disuruh baring. Mak : mai tok nak tgk cucu sat..(sambil saya tgk matanya yg dah mula berkaca)Mak : dia dok menguek dak? (menguek tu bergerak ya kawan2..)saya : ada mak. pg2 subuh dia dah bergerak dah.Mak : alhamdulillah. cucu jantan apa..tak kesahlaa cucu jantan ka pompuan,asai dia kuaq elok selamat sudahlaa..(sambil mak usap perut saya dgn air selusuh tu, mulutnya terkumat kamit. mungkin berselawat.)kemudian mak menekapkan telinganya di perut saya.Mak : cucu dok buat apa tu..dok elok2 na..nanti keluaq pun elok2 na..kemudia…

:: solat hajat & hajat yg tertunai ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Jumaat lepas, ada sedara saya dtg dr Kota Bharu.
Mak saudara yg dipanggil Mek, sepupu ( Kak yah & Abe Sin) dan anak2 sepupu.
diorang dtg membawa hajat : undangan ke majlis perkahwinan anak sepupu, Milla Bila Cinta. (Bila Cinta tu saya yg suka2 tambah, nama sebenarnya Kharmilla)
yang bakal diadakan pada 30/5 nanti.

saya hanya mempu mendiamkan diri bila semua org sebuk bercerita dan merancang bila dan bagaimana nak blk kg nanti.
Ma, Abg Lan, Abg An, kakak2 ipar, anak2 buah..semua riuh bercerita.
saya yg dgr ni rasa mcm nak nangis pun ada..
dlm hati : saya nak blk jugak!! tlglaa jgn pinggirkan saya!!!!
mujurlah saya punya kekuatan utk melindungi perasaan sendiri.
demi mendengar nasihat suami.
demi kebaikan saya dan baby.
saya akur, bkn masanya lagi utk saya pulang ke kg.
Ma cuma berdoa dan berpesan pd cucunya yg dalam perut supaya tunggu Tok Ma balik dr kelate baru bersalin.

hari sabtu, dgn kasih syg Ma yg tak berbelah bagi utk anaknya i…

:: kemaruk puding ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

skrg ni ada 2 benda yg berlegar2 dalam kepala saya...
setiap kali teringat terus telan liur..

Puding caramel dan puding jagung...
slurrpppp...
tolong...

nampaknya, nak kena buat sendiri ni...
hiiyahh!! hiiyahh!!!
mari berusaha Ummi Riena!!!

mari mengidam bersama saya!!

(gambar2 amik dr En. Google)
















dan sabtu lepas, kemaruk saya sudah tercapai utk puding karamel. terima kaseh bebyk utk kakak ipar - kak mah dan anak sedara - naja yg sudi memenuhi kemaruk achiknya.. dan ini hasilnya : puding itu yg separuhnya saya sorg je yg makan. huh,bestt!!!
lepas ni nak berusaha utk puding jagung plak. iyyahh!! iyyah!!

:: malas.. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

makin hari rasa makin malas nak berblogging...
malas nak menaip..
malas nak pikir idea..

rasa lebih hepi menghitung hari..
lebih hepi mengusap perut..
lebih hepi merasa tendangan..

beg hospital dan beg baby belum packing lg..
sbb rasa masih awal..
baru 30 minggu...
tp Ilyia nasihatkan saya bersiap awal. sediakan payung sblm hujan.
patutkah saya pack sekarang???

:: Turut Bersedih ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Sedang saya melayari web Berita Harian Online sambil2 jaga kaunter..
Tiba2 saya terpaku pada berita ini : Gembira Dalam Duka

antara petikannya :

Tapi, siapa sangka di saat dia sedang menanti khabar gembira untuk bergelar ibu, ada berita duka yang ingin dikongsi pelakon yang menjawab kepada persoalan mengenai ketiadaannya pada malam Ahad lalu. Ketika Hip untuk mengucapkan tahniah di atas kemenangannya sebagai Pelakon TV Wanita Popular bagi dua tahun berturut-turut, Dynas pula menyambutnya dengan berita sedih iaitu dia mengalami keguguran.

Jawapan itu sudah cukup untuk menjelaskan mengapa dia tidak dapat hadir pada malam kemuncak ABPBH 2008. Ini adalah kali kedua Dynas keguguran. Kali pertama pada tahun lepas.
"Saya keguguran pada Jumaat minggu lalu," katanya dalam suara sayu.


"Saya menganggap semua ini sebagai ujian daripada Tuhan.

Bayi sudah berusia tujuh bulan itu dikeluarkan secara normal dan dikebumikan selepas …

:: Sunyi sepi ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya heran, dr semalam uitm ni sunyi je, student tak ramai.
mana peginya budak2 nih??
ohh..baru teringat..
minggu ni study week, sbb minggu depan students ni dah start final exam.
yeay, seronoknya!!!

diorang exam, nape saya yg seronok???

sbbnya. itu bermakna pengunjung di Sudut IT ini akan berkurangan.
Budak2 takde masa nak berinternet sbb sibuk nak study.
lepas tu, budak2 ni akan bercuti panjang, dalam 2 bulan lebih.
ringan lah sikit beban kerja saya kat sini.

tapi bila ingat-ingat balik..
bila budak2 ni exam kemudian bercuti,
itu bermakna, saya makin hampir utk melahirkan...
dan bila budak2 ni memulakan semester baru pada penghujung bulan Jun nanti,
mungkin saya pulak yg akan bercuti panjangg....


ohh..suspennya!!!!

:: bagus! ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

baguslah mawi tak menang lg bintang terpopular kemarin.
kalau tak bertambah2 lg laa kereta dia.

bagus jgk si nabil menang.
tp kenapalaahh boleh terpeluk si awek tu...

isk isk isk...
macam-macam!!!

:: me @ work ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya di tempat kerja.

Ni masa di kaunter. syokk,mcm jaga CC lebih kurang..






dan ini di meja saya sendiri, pun dlm 'CC' tu jgk..


ok, happy working everyone!!!

:: hati meronta ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

taktau lah kenapa, hati saya meronta-ronta nak balik kampung..
bukan kampung petani lah. kampung tu tiap2 hari boleh blk.
ni kampung kat Kota Bharu, Kelantan..
teringin yang..
sangat..
sangat..
sangat..

saya mengadu dgn Ma, kalau ckp dgn ma laju je ma ajak balik..
tp itu lah..kekangan yg macam2..
dgn keadaan saya yg dah masuk 28 minggu 5 hari ni, rasa cuak jgk..
kalau tanya abg aleh, dia mintak saya sabar, skit je lagi..
"nanti kita balik bawak baby sekali.."

mmg ckp abg aleh tu ada logiknya.

tp perasaan ni mcm tak terbendung lagik.
entah apa yg ada kat Kota Bharu tu sampai rinduuu sgt nak blk jenguk..

aduhai..sabar Riena, sabar!!!!

:: dugaan..dugaan ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

dah lama saya nak cerita pasal ni, tp asyik terbantut sj.

mungkin ramai yg tak tahu, 3 bulan selepas abg aleh buka kedai, dlm bulan 9/10 thn lps, kedai dia telah dipecah masuk, dlm pukul 4 pg mcm tu.

antara barang yg telah dicurik ialah 1 set komputer flat screen, beberapa ketul bateri hp original dan 1-2 benda lain yg semuanya bernilai dalam RM3 ribu.

pintu kedai telah dikopek dr luar, tanpa ada sesiapa yg sedar berlaku kecurian sehinggalah abg aleh buka kedai jam 9.30 pg. masa tu mmg lah rasa frust sgt2, yelah, kita baru nak mula berniaga, tp dah diduga mcm ni.kecewa jgk. tp abg aleh tabah, dia yakin setiap yg berlaku, pasti ada hikmah yg Allah takdirkan..dan dia tak putus asa utk teruskan berniaga,bgnya, itu adalah antara duri-duri yg menganggu perjalanannya.

dan Alhamdulillah, perniagaannya berjalan baik sehinggalah sekarang.

kemudian, ada 2 org kawan abg aleh menurut jejak abg aleh buka kedai henset jgk. 1 di Bukit Minyak dan…

:: All the wishes ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

What is the thing that i love about my birthday??
:: that's the day that i received so many msg that wished me a happy birthday..tak kira jauh @ dekat, dan yg selalu @ jarang2 sms.

dan saya ingin sgt nak salin blk semua sms yg saya terima semalam.(mujur tak byk sgt, tak laa letih sgt nak salin.) SMS disalin ikut masa received ya!

:: happy birthday syg.. bla bla bla - (dr abg aleh, takleh taip sbb too private, dia antar sms kul 12 mlm tepat masa dia kat kedai lg.)

:: happy birthday maksu!! (dari Dani, anak sedara)

:: salam, morning akak!! hepi birthday dear... luv ya! (dr adik Una, Ipoh)

:: bank Islam wishes u a Happy birthday - Bank Islam. (ini pun nak bgtau,hahaha!sukati saya lah!)

:: Epi besday to u. Moga beranak dgn selamatnya. (abg lan, isk isk isk!)

:: Acik!! happy besday!! may Allah bless u!! (dr Syaza, anak sedara)

:: Acik! hepi besday!! slmt umo 28! jg perot elok2 eh. (dr Ifah, anak sedara)

:: Kpd Pelanggan yang …

:: 28 tahun sudaa~!! ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Pada 6 April, 28 thn dulu, seorang bayi perempuan seberat 2.9kg telah dilahirkan jam 4.29 pg di Tanah Liat, Bukit Mertajam.

Dia disambut dgn penuh kasih sayang oleh ibu, kakak dan abg-abgnya.

Dan sebagai adik bongsu, tentunya dia dilimpahi dgn perhatian dan kasih syg yg tak berbelah bagi. Walaupun kadang2 dia dicubit, dirotan atau dipiat telinga, tp dia tahu, itu adalah utk kebaikannya.

Dr kecil dia belajar utk hidup sederhana, bersyukur dgn apa yg ada. kalau makan ikan goreng, biasanya dia akan makan bahagian ekor shj. kalau ibunya masak sambal tumis udang, biasanya dia dan adik beradik lain makan tak lebih dari 2 ekor udang seorang.kalau ibunya membelikan 100 biji rambutan, dia akan dapat 20 biji sj, sama seperti kakak dan abg2nya yg lain. Kalau ibunya belikan sate, mereka tak akan makan lebih dari 5 cucuk seorang.
(percayalah, sampai skrg pun, dia tak boleh makan sate lebih dr 5 cucuk, 5 cucuk tu dah buat dia kenyang.tak rugi …

:: Kenduri lagik!! ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Hari ni, saya meluangkan masa menghadiri walimah sorg lagi kawan sekolah saya, Fadhlina (x-5IS dulu). Saya gi dgn abg Aleh dan jgk Wani.

terjumpa Teacher Rosni,(alaaa,tak ingat nak bergambar dgn dia..). Teacher yg jd mentor saya masa saya pegang jawatan pengawas sekolah dulu. Dia masih cam lg saya walaupun dia agak terkejut dgn tumbesaran yg saya alami. hahahaha!!

dari kiri : Jasmin Aiza (sedang pregnant), Munzir (pengantin), Kierah yg maintain kecik comel, Fadh (pengantin yg super gorgeous!), saya dan Wani.

serta abg aleh yg kebetulan kenal dgn abg fadhlina, buat jejak kasih plak kat situ. ohh ya, sempat lg sorg kawan (x-irshad jgk) menghulurkan kad jemputan kawen, 13 Jun nanti. harap2 saya belum bersalin lg sbb nak sgt memeriahkan walimah kawan saya tu nanti!




:: Yeah, dpt award yeay! ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Selama saya berblogging ni, dr zaman blogdrive hingga ke friendster hingga ke blogspot, saya tak pernah dpt award.. mujurlah saya ada anak buah yg teringat nk bg award blogger cute ni kat saya..thanx Ipah!!



1. Copy badge “2008/2009 Cute’s Award” at my blog2. Link/ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kpd anda3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya4. Pilih 5 penerima award yg lain dan nyatakan nama mereka5. Jangan lupa melawat blog kawan anda dan meninggalkan komen menyatakan mereka telah di tag.------------------------------------------------------------------------------------------
2. :: Ipah ini anak sedara saya ke sulong. (eii,berapa kali mau ckp,mesti kalian dah boring kan?) :: dia student foundation uniten course IT. :: 1st time pakai henset hadiah sbb dpt 8A dlm PMR. :: dia sayang kucing tp takut giler kat katak :: dia takleh mkn kurma nanti dia nak…

:: 1/4 @ April Fool?? ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Awal2 pagi dpt sms,

" DS Abdulllah mengumumkan, tidak akan melepaskan jawatan PM kpd DS Najib, slps mendapat titah Yang Dipertuan Agong."

saya terkejut jgk. Nape jd camtu?? saya pun reply kat si tukang hantar.

"biar betul??kan pak lah kata nak jumpa Agong 3hb, "

sekali tau dia balas apa????

"APRIL FOOL!!!"

hampeh!!! mujurlah saya ni ibu mengandung yg ceria dan penyabar.

tak baik oo buat April Fool kat org, berdosa...saya sependapat dgn blog unwanted ini..

http://unwanted86.blogspot.com/2009/04/perlukah-april-fool-disambut.html