Friday, 27 March 2009

:: iya, kamu sudah 19 tahun ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

19 tahun dulu, saya baru darjah 3.
1 hari saya pulang dr sekolah, tengok ada baby kat rumah saya.
saya suka lah sgt.
tiap2 hari saya tgk kakak saya belek baby tu.
saya pun belek jgk.
saya belajar bg pakai lampin dia. basuh kencing berak dia.
saya bedakkan dia.
saya pakaikan baju dia.
saya botol susukan dia.
hari2 saya cium pipinya yg gebu dan montel.
sungguh, saya benar2 sayangkan dia.


dan hari ini, pada 27 Mac 2009,
baby yg saya belek2 tu,
dah pun berusia 19 tahun.
dia dah pandai drive kereta sendiri.
dah pandai memasak.
dia jaga adik-adiknya dgn baik.
mungkin dah boleh kawen pun.(hahaha)

Alhamdulillah.

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 19.

kamu mungkin belum cukup dewasa.
tapi kamu akan sentiasa belajar utk dewasa.
moga kamu lebih matang dalam meniti kehidupan.
jadikan iman dan amal sbg benteng dalam melayari hidup.
ingat pesan ibu ayah tokma.

manis jangan terus ditelan.
pahit jangan terus dibuang.
mungkin yg manis bisa merosakkan kamu.
dan yg pahit bisa mengubati kamu.

dan sampai hari ini pun, Achik masih sygkan kamu seperti 19 tahun dulu.

5 comments:

p.i.n.a.t said...

hee..thx yep acik..
tiap taun wat ayt bg org nanges tau!
syg acik jgk mcm slalu..!

MaMaMi said...

Salam riena,

Begitu cepat masa berlalu. Dari anak yg kecil, memasuki alam dewasa. Yang pastinya kasih sayang yg kita curah pada dorang ini akan berterusan tanpa batasan waktu. Mcm makmi, dulu slu menatang anak sedara, skrg nie dah besau pjg, dan 26 thn beranak 3 dah. So, makmi dh jadi nenek...hehheeh.

RieNa said...

ipah,
ye,jgn nangeh aje, ingat sampai mati tau!

makmi,
betul tu.
kejap je masa berlalu kan?

err, nape profile makmi not available ye?

ummuafif said...

Terima kasih Ina kerana menyayangi anak-anak kakak. mungkin tiada orang yang lebih menyayangi mereka lebih dari Ina (.. selain tokma).

Anonymous said...

he style has lived much longer than its Abercrombie clothing counterparts from the 1980s; it may be because of its relatively abercrombie Jeans inoffensive style or because people just love Abercrombie Pants animals, but it's less frowned upon.Today you can find high quality blanket and sheet Abercrombie Tees sets in a cheetah print. These are common enough that you could even go to a department store and find them, Abercrombie Shorts so you should have no problem finding cheetah printed sheets and blankets if they are what you are looking for. These can be a great accent to a more contemporary home theme Abercrombie Sweaters , though obviously are not great for homes that are more conservatively or classically decorated. Curtains that have this type of pattern are more difficult to come by.

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...