Posts

Showing posts from March, 2009

:: tak ceria ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...







saya rasa, saya susah nak senyum hari ini.





bukan susah, tp malas.





argghh..

:: sila tutup lampu ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

hari sabtu, pulang ke rumah kg petani.
mcm biasalah, weekend adalah hari bersama bonda tercinta, kalau tak sabtu, hari ahad.
ptg tu ma kalut je memasak. saya yg menolong ni pun turut sama jd kelam kabut.
ma ckp "cepat, nanti tak sempat makan sebelum 8.30."

saya naik heran. abg an pun heran. abah pun.

oohh, rupanya ma pun prihatin pasal Earth Hour tu..yg kena tutup lampu jam 8.30 - 9.30 malam tu..

saya ckp, ''alaa..tutup lampu tang lain sudahla, tang dapuq ni kita bukak laa..takkan nk makan dgn lilin kot..tak nampak lauk ni..kang tercekik kepala udang ni.."

ma cakap tak boleh.nanti ma rasa bersalah sbb tak turut sama menyertai kempen tu.

tp sempat jgk mkn lps maghrib, siap kemas meja,basuh pinggan jam 8.27. terus tutup lampu semua.berbual dgn ma dlm gelap.syok jgk..

abg lan hantar sms , ''humaira dalam gelap pun dok jalan merata..bahaya betui..nk kena buka lampu jgk."

kalau Earth Hour ni boleh buat ti…

:: iya, kamu sudah 19 tahun ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

19 tahun dulu, saya baru darjah 3.
1 hari saya pulang dr sekolah, tengok ada baby kat rumah saya. saya suka lah sgt. tiap2 hari saya tgk kakak saya belek baby tu. saya pun belek jgk. saya belajar bg pakai lampin dia. basuh kencing berak dia. saya bedakkan dia. saya pakaikan baju dia. saya botol susukan dia. hari2 saya cium pipinya yg gebu dan montel. sungguh, saya benar2 sayangkan dia.

dan hari ini, pada 27 Mac 2009, baby yg saya belek2 tu, dah pun berusia 19 tahun. dia dah pandai drive kereta sendiri. dah pandai memasak. dia jaga adik-adiknya dgn baik. mungkin dah boleh kawen pun.(hahaha)
Alhamdulillah.
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 19. BUAT NUR AFIFAH MOHD SAUPI.
kamu mungkin belum cukup dewasa. tapi kamu akan sentiasa belajar utk dewasa. moga kamu lebih matang dalam meniti kehidupan. jadikan iman dan amal sbg benteng dalam melayari hidup. ingat pesan ibu ayah tokma.
manis jangan terus ditelan. pahit jangan terus dibuang. mungkin yg manis bisa merosakkan…

:: secebis kisah ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...



Dari smlm berbalas emel dgn sebahagian kawan2, asalnya untuk memaklumkan tentang ibu seorang sahabat yg sakit kemudian meninggal dunia semalam.(al-fatihah utk Makcik Zainab ibunya cikgu Muzammil aka Men, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg soleh..amin)saya tertarik utk berkongsi emel seorang teman, si Arn @ Noorihan . katanya :salam....

untuk berkongsi pengorbanan ibu...

skrg ni aku dah jadik ibu...bila dah jadi ibu semakin terasa betapa hebatnya pengorbanan ibu kepada kita...masa bersalin n mengandung toksah cerita la..paling hebat dugaan tu.

ni aku nak share pengalaman harian..coz setiap hari bila aku dok jaga anak aku pasti aku akan ingat mak aku..

AHAD lepas..

Sepatutnya cuti ...datang keja opis coz isnin ada audit..bawak a'izzah..siap ngan tilam sekali angkut..pagi2 dah bangun masak utk anak sulong n asben...sambil buat keja,dukung a'izzah sebelah sebab mengamuk sgt...balik gumah kul 4.30p…

:: 230309 ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

10 bulan sudaaa~!!

:: sudah 10 bulan jd bini org.
:: sudah 10 bulan jd menantu.
:: sudah 10 bulan jd maksu.
:: sudah 10 bulan jd adik ipar bongsu.
:: sudah 10 bulan jd penduduk Lahar Yooi.
:: sudah 10 bulan huh, mcm2 lagi lah~!!

:: dan sudah masuk 7 bulan...

Alhamdulillah.

:: Preparation 1 ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

come closer, take a look..

:: sarung bantal :
:: bakul bedak dan lain2 ::


:: bakul ubat ::

:: bakul baju ::



:: semuanya sekali ::


cute kan???? Ya Allah, kau lindungilah anakku selama ia berada dalam rahimku...amin...








:: 1 gambar 1000 cerita ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

takde cerita, hanya sekeping gambar.



:: Familyku Sayang ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

~ AidilFitri 2002 - 7 tahun lalu... ~
:: Ili baru 4 bulan, and she was so cute!!
:: Afif dulu chubby, skrg dah cikeding.
:: kak long baru form 1, gila tak cun, tp skrg dah cun daaa~!!!
:: Naja & Nadia tak kisah pun tudung senget benget,tp skrg jg main-main, tudung kemik skit dah bising.
:: Azzam yg masih kurus dan slim. skrg dah berisi dan tinggi nak kalahkan aciknya.
:: Syaza yg sweet and adorable, skrg ratu airmata. hahaha!
:: Aqil & Ammar yang atas dukungan, skrg dah loyar buruk.
:: Abg2 dan kakak2 yang tak byk berubah,cuma mungkin lebih bertambah saiz.hehehehe
:: Ma yang sampai skrg nampak muda remaja, walaupun sudah menghampiri 60 tahun.
:: saya??? dulu kurus langsing lampai. skrg?? aarghh~!! malas nak sebut.
Konklusi : saya syg keluarga saya.(macam tajuk karangan budak darjah 3.)

:: sayang kawan ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Isnin malam, saya temankan abg aleh antar kawannya @ x-staff di stesen keretapi Butterworth, si Anuar tu nak balik KL. Dulu dia keje dgn abg aleh, kemudian skrg keje kat Tesco, jd pegawai apa ntah, kiranya gaji lebihlaa dr jaga kedai henset abg aleh tu..

saya suka budak ni, sopan dan hormatkan org lain, amanah dan jujur. masa dia bgtau nak berhenti kerja dulu, abg aleh termenung seharian, dia sedih sbb Anuar ni amanah dan senang berunding. tp Alhamdulillah, Allah gantikan staff yg baru ni pun sama mcm Anuar jgk, jujur, amanah dan senang berunding. Moga2 kekal begitulah hendaknya.ameenn..

bukan senang nak mencari org yg amanah dalam dunia yg serba mencabar ini. kalau yg jenis pantang nampak duit terus gelap mata tu, berlambak-lambak.


anuar ni susah nak bergambar, katanya pemalu, tp saya paksa jgk. dek kerana hormatkan 'kakak'nya ni, dia turutkan jgk.
keretapi tu jadualnya jam 11 mlm, tp pukul 12 mlm pun takleh naik lg..sa…

:: kenduri adik terangkat ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...









Tahniah buat Nurul Hayati dan Reezal, bercinta sejak sekolah, alhamdulillah, berjaya ke jinjang pelamin dan semoga kekal bahagia hingga ke syurga..amin.. yatie ni salah sorang (salah sorg??nmpak benar ramai koleksi..hahaha) adik angkat saya zaman sekolah di Irshad dulu..rupa2nya dia pun saudara abg aleh jgk..kira jd adik angkat + adik sedara jgk lah.. So, Lisa dan Husna..kalian bila lagi???? kak na / akak nak tgk kamu pakai baju pengantin..hehehehe..


:: Transformasi ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

SEBELUM
SELEPASSaya : macam mana Ili, ok ka rambut baru adik ni???Ili : ok, adik suke....(sambil tersipu2, mulut simpul2 senyum)Saya : adik rasa adik comel ke??Ili : ha'ah .(sambil sengih sengih sengih)Ceh, perasan!!-------------------------------------------------------------------------------kadang2 kita perlu kepada transformasi, berubah dari sesuatu yg baik kepada yg lebih baik..perubahan positif, tentunya memberi makna yg lebih pada hidup kita...

:: kawan baik saya kawen II ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ni masa majlis kenduri, selesai bergambar ramai2. yeay!! royd dah tukar status,setaraf dah dgn saya dan Sarah. ahaks!!! (kat belakang tu kepala hantu yg langgar kipas)

Saya diberi penghormatan (atau sj hormatkan diri sendiri) dgn dok atas kerusi pengantin sbb pengantin dah boring nak dok atas krusi tuh.
Berdiri dari tepi : Rushidi @ Di (pengantin), Muhammad, Sumi asben Sarah, Mael Rafik, Azriel asben CT dan Ruhaida (pengantin)
atas kerusi pelamin : insyallah, bakal ayah dan ummi (Salleh & Riena)
duduk dari kiri : Aiffah isteri Muhammad, Fizah, adik Fizah (kot!), Diyanah, Sarah dan CT.


ohh, ini gambar masa lepas majlis akad nikah hari sabtu. Sarah, Ruhaida suruh tulih tajuk gambar ni sebagai : saat hepi tanpa Sarah!!!! hahahahahaha!!!


berdiri dari kiri : saya yg semakin bulat, Sifah, Mama Pizah, Wani dan Sumira


dan tentulah yg duduk tu org yg baru jd bini org. dan yg terselit celah tu adalah Nina anaknya Pizah.

SELAMAT PENGANTIN …

:: kawan baik saya kawen ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Sabtu 14/3/2009 - Seorang guru dari Pasir Gudang, Johor yang berasal dr Penaga, Pulau Pinang telah melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan beliau.

Ruhaida Ramli,27, atau lebih dikenali sbg Royd @ Popaigirl telah selamat disatukan dengan Rushidi Long dalam majlis yang diadakan di kediaman beliau. majlis yang berlangsung dalam suasana ringkas tetapi meriah itu dihadiri oleh saudara-mara terdekat, jiran-jiran dan juga sahabat-sahabat TERBAIK Ruhaida iaitu Riena, Fizah dan keluarga, Wani, Mira dan Sifah.

(berita disunting dari BERNAMA) - keh keh keh, cariklah sampai tahun dpn,mmg takkan jumpa punya.hahahahaha!!

Alhamdulillah.tahniah sahabat!!!!!

:: Sejarah SPM 98 ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...



masa tgk berita smlm, rasa bergenang airmata..(ya,saya mmg agak cengeng,mudah menangis.huhu!) bilamana seorang pelajar berjaya mendapat 20A, dan dia cuma anak seorang nelayan.


yang menentukan kejayaan anda, ialah usaha anda sendiri. bkn kerana anda anak siapa-siapa.

masa tgk adik2 ni ambik result semalam, saya teringat masa saya nak amik result dulu.
SPM 1998,result 1999. 10 tahun dulu..(what??dah 10 thn???) sungguh pantas masa berlalu..
(oh, cerita dibawah sgt panjang, sila amik nafas dan senang diri. ahaks!!)


masa tu Ma berada di Tanah Suci Mekah, mengerjakan haji. saya tinggal di rumah dgn abg2..abg man dah anak 3, abg lan masih bujang dan abg an serta 2 org sepupu yg tinggal sementara di umah Ma. kakak dan family dah tinggal kat Bangi dah time tu.



malam sebelum result keluar, saya mmg rasa cuak habis, nervous, takut, risau, mcm2 lah perasaannya. saya nak mengadu,nak bercerita dgn seseorg, tp taktau nak bercerita dgn sapa. saya …

:: marah betul. ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ini entry marah dan tak puas hati. sila tarik nafas sebelum meneruskan bacaan.

" hang ni mmg tak pandai jaga diri langsung! yg dok serah diri kat jantan keparat tu sapa suruh??? dah berapa kali dah kena, tak serik-serik!! hang nak jd apa sebenaqnya ni??bohsia?? bila dah kena sapa yg susah??? kami ni jgk, nak kena bela hang, anak hang..cuba laa guna otak sikit..la ni dah bunting pulak, sapa nak tanggung???"

ya, itu kata2 amarah utk kucing kaler kuning di rumah Ma.
asyik bunting je, kejap2 bunting, kejap2 bunting.
pastu lepas beranak, anak2 mati satu persatu kena makan dek bapak durjana.

dasar binatang betul. hah, ini lah kucing yang dimaksudkan.

tu pun ada manusia yg berperangai macam binatang. nama je ada akal. kucing takpelaa jgk, ada otak je takde akal.

huh!

:: Sahabat ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

"Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. " -Imam Umar bin Abdul Aziz

:: ngantuk .. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

kebelakangan ni saya susah tido malam..
rasa tak selesa..
pusing kanan tak kena..
pusing kiri tak kena..
terlentang lg lah tak kena..

adei, sementara nak pejam tu, mak aii..3x surah Maryam baru terlelap kot..

pastu bila terjaga, dah payah nak tido balik.
pastu mulaalaa rasa nak marah kat org sebelah..
jeles tgk dia yg lena sakan..
geram geram geram.

elok je nak terlelap balik, terdengar azan subuh berkumandang..
bangun terus, lega hari dah pagi.

begitulah hari-hari, rasanya keadaan makin sulit menjelang 3 bln 1/2 lg..

ya puan2, adik2 dan kakak2, bukan senang mahu jd ibu..
tp bersyukurlah kerana dikurniakan kenikmatan itu.

dan utk anak2 sekalian, sayangi dan hormatilah ibu kalian...
kesulitan yg mereka alami tak penah mereka kesalkan kerana mereka sayangkan kamu.

hmm, ini entry agak emosi kerana tukang tulis sedang gagah menahan mengantuk.

:: 1234 ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

1234

Satu..kasih yang abadi
Tiada tandingi
Dia yang satu

Dua…
sayang berpanjangan
Membawa ke syurga
kasihnya ibu.

Tiga..
lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat..mudah kau ke temu
berhati selalu beza antara
kasih dan kekasih

Ibu,
Ku ingat dahulu
Menyisir rambutku
kemas selalu
Ayah,
menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang,
Dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang
Itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai,
Kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya
Andai,
Kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya
Hidup ini sementara…

Song by Aris Ariwatan.
---------------------------------------------------------------------------

saya suka lagu ni sejak saya form 3. pastu mula laa syahdu sorg2, terutama part "Ayah,
menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa".. ntahapahapantah.

***
“people tend to neglect those who love them while searching the so-called true love…you d…

:: cedapnyee! ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Sedang menikmati jagung cawan yang dibubuh mayonis, RM2.50.

sedapnya tak terhingga.

itu saja. ahaks!!

:: kg petani lebih "bandar" berbanding lahar yooi ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

hahahaha!! abg aleh mesti geram je tgk tajuk entry saya tu.
(ohh ya,dia dah tau pasal blog saya ni, so far dia ok, dia yakin bini dia tahu batasan utk bercerita,dia gelak2 je bila baca blog saya..kira oklah tu kan??)

eh, kenape saya buat tajuk camtu??
ya, skrg saya menulis entry ni dr bilik saya di rumah ma, atas katil, aman damai dgn bunyi hujan dan bilik yg luas dan wangi.
internet plak laju tanpa sangkut2. ohh,bahagianya!!!!

kalau saya online di rumah saya di lahaq yooi, Ya Allah, internet slow nak m**p*s, sampai sakit belakang saya nak siapkan satu-satu entry. saya dahlaa skrg ni berazam tak nak berblog di opis dah, nak buat auto published, malam ni karang, esoknya kuar entry. kan best kalau kat lahaq yooi pun internet laju mcm kat kg petani???

sbb tu laa saya kata kg petani lebih 'bandar' berbanding lahar yooi..hehehe..
jgnlaa marah org lahar yooi, mmg kenyataan pun..

hmmm..esok (isnin,2hb) saya kerja shft petang, blk ja…