Friday, 20 February 2009

:: saya teringin, tapi.. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

sana sini situ org sibuk bercakap perihal filem animasi Upin Ipin - Geng : Pengembaraan bermula.
semuanya memberi komen yg sgt2 positif ttg filem ni. takde lg yg mencemuh mengutuk mengata psal cerita ni.
sebelum ditayangkan di pawagam lg saya dah mmg excited sgt nak pegi..
dah plan nak bwk anak2 saudara pegi tgk crita tu..

tapi..

sampai skrg hajat saya tu belum tercapai lg..

BUKAN kerana anak2 saudara saya (Azzam, Naja, Nadia, Aqil) dah gi tgk dgn abah diorang.
BUKAN kerana abg aleh tak nak teman saya pegi.
BUKAN kerana kewangan tak mengizinkan,maklumlah minggu dpn baru gaji.
BUKAN kerana saya segan nak pegi sorang2.
BUKAN kerana saya sgt sibuk sampai takde masa nak pegi.

tp kerana ibu tercinta menasihatkan saya supaya tidak menonton wayang HANYA kerana saya sedang mengandung.

saya sedih..kalau saya pegi jgk maknanya saya dah langgar nasihat Ma, itu dah durhaka namanya.

kalau saya tak pegi, saya rasa suatu ketidakpuasan hati yg sedang meruntun jiwa dan mengganggu emosi saya.

saya NAK SGT tgk Upin Ipin tu...dah tak sabar nak tunggu keluar DVDnya yang entah bila tu..
kalau jadi pegi esok petang saya pegi dgn Abg An dan anak sedara sorg lg, si Ammar.

tolonglahh fahami kehendak saya ini....

tolonglaaa sapa2 pujuk ma supaya membenarkan saya pegi tgk upin ipin tu..

saya janji saya tak lupa diri, saya sentiasa ingat Allah dan anak dlm perut. Insya-Allah..

salah ke ibu mengandung tgk wayang? uwaaaaaaa!!!!!

moga2 anak saya nanti tak meleleh air liur sbb teringin nak tgk Upin Ipin tu...amin!

3 comments:

U kNoW wHo iS Me.. said...

na...

setahu sha tak salah kalau nak gi tgk wayang...leh releas stress...pastu niat kat hati tu..lagipun nak tgk upin ipin jer...citer budak2 tu..bukan citer cium2...hahahaha...

sha ada dengar orang2 kuat ugama berbahas tentang ni...as a conclusion , tanya hati...jgn kita terpesong sehingga kita lupa Allah .

Amin..

p/s : kepada ma riena..izinkan la riena gi tgk upin ipin tu..boleh boleh boleh...betui betui betui...citer itu sgt fan...memang best..dapat pergi lak dengan anak2 buah......layannnnnnnnnnnnnnn...sha dah tgk ngan anak2 buah...

RieNa said...

huwaaa!!!

ummuafif said...

Ibu bukan suka sangat tengok wayang... dan salah sorang yang sokong ma, tapi... upin ngan ipin ni teringinlah jugak!... sangat2

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...