Wednesday, 4 February 2009

:: klinik & hospital ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

semalam (selasa) saya cuti.
Pg2 pukul 7.30 saya dah terpacak depan klinik kubang semang, monthly check-up utk my pregnancy lah. dpt giliran no 2.
dah 3x saya buat check-up, saya dah makin terer dgn perjalanan check-up, takde dah nak termangu2 mcm 1st time dulu.
letak kad merah-tunggu misi panggil-timbang berat-check tekanan darah-pegi makmal,urine test,cucuk jari utk amik darah-ke bilik 4 tunggu turn jumpa misi- check perut dsb-kalau takde mslh (kalau ada mslh jumpa doc) - setting appointment bln depan-balik.

so far alhamdulillah, saya dan kandungan takde masalah setakat ini. berkat doa semua org,amin.
saya sgt hati2 dgn kehamilan kali ini. semoga semunya selamat hingga ke akhirnya.amin...

setel urusan semua dlm 8.45pg. ohh,sangat pantas, sayang sungguh kat semua nurse dan doc di klinik tersebut.(tiba2 je..hehehe)

kemudian saya & abg An & adik saya, Mizah bwk ayah ke Hospital P.Pinang.
takk,ayah tak apa2. ayah ok, cuma atas nasihat doc, kami bawak ayah utk meninjau dan mendapatkan maklumat lanjut tentang OCPD (sejenis rawatan utk sakit buah pinggang), cuci air senang ckp. Sebab ayah kemungkinan besar menghadapi sakit buah pinggang dan perlu rawatan lanjut, so di antara rawatan hemodialis (cuci darah) atau OCPD (cuci air), ayah kena pilih salah satu.

masa pegi buat lawatan tu, nurse tunjuk pesakit yg buat rawatan tu. kena buat sendiri sbb nurse hanya boleh tlg kalau ada di wad sj,tp bila blk rumah kenalah buat sendiri. so semua pesakit dan yg nak buat utk pesakit kena belajar cara2 dan buat OCPD tu. tgk mcm susah,tp bila2 dah biasa semua jd mudah.

tersentuh hati saya bila seorang pakcik ni buatkan utk isterinya. nampak kasih syg tu. sgt hati2 dia masukkan tiub di peurt isterinya. Nurse tu bisik pd kami,yg anak2 tak nak ambik tahu, jd terpaksalah pakcik yg dah berusia ni buatkan utk isterinya. bg saya, itu cinta sejati. semoga Allah merahmati hidup pakcik dan makcik tu.

ada jgk, seorang kanak2 umo 12 thn, kecik je orgnya, dah sakit buah pinggang. Ayahnya yg tolong dia buat rawatan. tp dia masih ada peluang utk sembuh, sekiranya ada org yg akan mendermakan buah pinggang utknya nanti. Moga hidup adik Syuhada akan terus bersinar lepas ni.amin...kasih seorang ayah, nampak jelas pd ayah Syuhada tu.

nampaknya, saya dan mizah kena aturkan prjumpaan utk semua adik beradik, utk bincangkan dgn lebih lanjut tentang rawatan ayah. saya harap ayah akan sembuh dr sakitnya,tp...
Allah maha mengetahui apa yg terbaik utk hamba-Nya.

uih,panjang dah cerita ni. saya ada kursus motivasi utk 2 hari ni. sebuk sebuk sebuk.

No comments:

baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...