Wednesday, 11 February 2009

:: Cerita ketam ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Semalam, rasa teringin nak makan ketam.
dah lama terasa nak makan, tp ma suruh tunggu sampai pertengahan bulan Islam,baru ketam isi penuh.
so semalam tgk kalendar, hah! sedang eloklah, 14 safar.
patut pun bulan mengambang.

saya pun terus SMS suami tersayang.

"abg, na teringin nak makan ketam lah.. "

(kena sebut teringin tau, baru kuat sikit penegasan tu. kalau sebut nak makan je mcm tak kuat sgt.taktik tu..hihihi..)

dgn cptnya dpt balasan.

"ok, nanti abg cari kat kedai nasik kandaq.kalau takdak abg cari kat pasar tani, tp ayg kena masak sendiri lah."

ala..nak masak ni yg chek segan ni...

"abg try tanya kedai tomyam depan kedai abg tu.masak apa pun takpa,ayg tak kisah..ayg tak retilaa masak ketam.."

hah..tuu diaa..ekceli bkn tak reti..tp malassssssssssssss....so saya cadangkan abg aleh order ketam kat kedai tomyam dpn kedai abg aleh je. mudah dan cepat. hehehe

saya balik umah, menyapu, mengemas, mandi, solat, tgk Spa Q. dapat SMS dr abg aleh.

"ayg masak nasik, abg dah beli ketam."

hoooreyy!!!

so semalam saya terpaksa makan nasi (terpaksa tu...hahahaha!!) sbb ketam masak sweet sour itu sgt sedap..abg aleh beli sotong dan tepung goreng HPA. sedap jgk sotong goreng tepung HPA tu..

saya ucap terima kasih byk kali kat abg aleh. sekali masa dia sampai umah, sekali masa tgh menghidang, sekali bila sudah makan, sekali masa tgk tv dan last sebelum dia kuar rumah utk ke kedai balik. kiranya sgt menghargai lah dia carik ketam utk saya.

" kat kedai tomyam tu takdak ketam,yg ada pun utk dia buh dlm tomyam. pastu abg pi carik kat pasar tani, patah balik kat kedai tomyam tu,mintak dia masakkan.tokei kedai tu offer nak masak ketam tu kat kita.."

Alhamdulillah..saya sungguh terharu ...

best jgk mengada2 time peknen ni...hik hik hik..

6 comments:

Hasni said...

ya Allah bestnye ketam...tetibe aku pun teringin nak mkn ketam bila baca ko nyer citer ni....slurppp slurppp.......

RieNa said...

baik ko gi beli cpt sementara bulan masih mengambang ni..

U kNoW wHo iS Me.. said...

teringin nak makan ketam gak...

huhuhuhhuu...

Nihlah Insyirah said...

sedapnya ketam...huhuhu, teringin plak nak mkn ketam..

Kniedaz said...

baru sabtu lepas masak ketam goreng berlada tapi kida tlg masak je..tak minat ketam la...huhu..(mesti riena nak kata kida pelik la tu...hahaha)

RieNa said...

sha & ana,
pasni pi cari ketam kat market ok!!

k ida,
ha'ah, mmg pelik pun!! ketam yg best pun k ida x mkn..apa lah..hahahaha!!!

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...