Tuesday, 10 February 2009

:: Bahagia tanpa aku.. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya baca sesuatu dr emel.
tersentuh hati.
terasa mcm, "hermm..ada jgk org suci hati mcm ni dlm dunia ni.."

kalian baca dan nilaikan sendiri.

Tuhanku….

Dengan izinMU aku mencintai dia. Dengan izinMu jua dia menikahi aku. . Bertahun bermadu kasih menyemai benih, aku pasrah kiranya sudah sampai waktu dan ketikanya Kau mengambil balik apa yang pernah Kau beri dulu juga segala bahagia yang pernah Kau pinjamkan dulu. Aku akur.. kasih sayang dan cinta itu hanya milikMu.


Suami..


Ampuni aku kiranya sepanjang kita bersama, ada dakapan yg kurang erat… ada kucupan yang kurang hebat. Ada hidangan yang kurang enak, ada beban yang tak termampu ku bantu. Atau barangkali cahaya cinta kita yang kurang sempurna kupelihara.


Suami..


Kiranya Si dia lebih memahami, kiranya Si dia lebih menyayangi, kiranya Si dia lebih hebat dan kiranya Si dia lebih tabah, maka pergilah kau kepadanya. Sayangilah dia sebagaimana kau pernah menyayangi aku, mencintai aku dan menghargai aku.


Cahaya cinta ku..


Beratnya hati ibu memberitahu. Namun anakku, kau harus tahu, ada insan lain singgah berteduh di hati ayah. Berkongsi kasih berbahagi sayang. Tak mengapa anakku.. Tuhan lebih tahu. Dia tetap ayahmu. Separuh nyawamu adalah nyawanya.. separuh dirimu adalah dirinya. Walau seribu tahun nanti, dia tetap ayah, yang pernah melindungimu, menyayangimu, memeliharamu semampunya.


Wahai Aku…


Usah berduka, berhenti berlara, sakit hati ini hanya sementara. Masa akan setia membantu, memadam sedih, mengurai rindu. Yang berlaku biarkan berlalu, tabahkan hati tingkatkan iman. Pasrahlah pada ketentuan. Wahai aku, seorang isteri seharusnya membahagiakan , mengurangkan beban serta memberi sinar hidup pada suami. Sudah terlafaz di bibirnya bahawa dia tidak lagi mencintai . Telah berhenti menyayangi . Hatinya sudah kosong. Sekosong malam tanpa sinaran bulan dan bintang. Dia hanya rasa terbeban setiap kali pulang. Fikirannya serabut mendengar suaramu. Hatinya kusut mendengar hilai tawa manja cahaya cintamu. Lantas itu, kerana cinta yang tak pernah surut pada dirinya, berlalulah aku. Pergilah aku membawa cahaya cinta dan juga diriku. Semoga dia bahagia tanpa aku.


Wahai wanita yang mencintai suamiku,


Siapalah aku untuk merayu, siapalah aku untuk menahan. Pergilah kau kedakapannya… hancurkanlah mahligai kami bersama. Andai itu mungkin bisa membuat kau lebih bahagia. Seperti mahumu, aku mengundur diri demi dia menikahimu. Berjanji padaku, cintailah dia sebagaimana aku mencintai dia. Atau mungkin kau mampu berikan cintamu yang lebih lagi padanya.


(kalau saya lah, takde maknanya saya nak ckp baik2 mcm ni kat org yg menghancurkan rumahtangga org..)


Tuhanku,


Aku pasrahkan nasibku dan cahaya cintaku kepadamu. Andai perpisahan ini adalah yang terbaik untuk kami, maka mohon Kau permudahkanlah jalan hidupku dan cahaya cintaku. Andai penyatuan masih lagi memberi erti, maka aku merayu padaMu agar kau limpahkanlah rahmat dan kasih sayang antara kami. Amin Amin Amin Ya RabbalAlamin..

(aminnnn)

Aku hanya cuba merawat hati yang terluka, membalut jiwa yang sengsara. Semoga ada sinar di balik malam yang semakin hitam menebal.


(semoga penulis luahan ini punya kekuatan utk teruskan hidup dan menemukan kebahagiannya..aminn..)



No comments:

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...