Posts

Showing posts from February, 2009

:: Vios Baru?? ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


aii..adakah impian saya utk memiliki Vios sudah tercapai?? cantikknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....!! hehehehe..ini bukan Vios baru abg aleh.
jauh sekali Vios saya..

tp bolehlaa kalau saya nak merasa naek @ merasa utk drive sikit hari lagi...

hepi betul saya, walaupun bkn vios saya tp saya tetap tumpang hepi..

Kakak, tunggu kehadiran adekmu ini ke Bangi sebulan lg! (insyallah...) ohh yaa, anak sulong tuan punya kereta ada buat entry pasal ni jgk. hiks!! tuannya rileks je, org lain plak yg over-excited. ahaks!!!

:: main sorok-sorok ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

semlm, lps balik dr kerja, singgah di Klinik di Ptg Pauh.
ada appointment dgn Dr Farhana yg best tu.
abg aleh dah ready tunggu sana, kebetulan dia ada hal kat Megamall.
(ya, mcm biasa, pi jumpa amoi2 kat kedai henset lah tu, huh! dia amik barang je, tp ckp mcm laa amoi2 tu suka sgt kat dia.cheh!)

Dr sembang2, tanya saya beberapa hal.
Tiba masa utk scan, alhamdulillah, semua dalam keadaan baik. baby nampak aktif, heartbeat memberansangkan. uri saya masih rendah, kata doc, itu normal.dia pesan saya jgn lasak sgt. saya tanya doc," baby ni boy @ girl?" time ni abg aleh kosentret sungguh kat skrin tu. berkerut2 dahi dia. nampaknya baby cuba utk main sorok2 dgn ibu ayahnya dan jgk doc. walaupun puas doc cuba godek2 perut saya, tp baby tetap merapatkan kakinya, tak nak buka luas2, sampai last2 saya ckp kat doc, "takpelaa doc, dia nak main sorok2 lg tu..tak kisahlaa lelaki ke pompuan, moga dia sihat sempurna sudahlaa.." abg al…

:: apa yg penting? ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Teamwork - teamwork is the fuel that allow common people to produce uncommon results.

Bak kata kartun Wonderpets : what's gonna work?TEAMWORK!!(Apa yang penting? - kerjasama!)

ok, itu saja. ini namanya nak update tp takde cerita.

:: yeay!! akhirnya!! ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

alhamdulillah..lega rasanya..
berjaya jgk tgk Geng : Pengembaraan bermula tu..
jiwa dah tak memberontak lg. hahaha!!

saya tgk semalam, dgn abg aleh.
panggung tak full, tp lebih separuh jgk laa penontonnya.
sepanjang crita asyik gelak aje, dan animasinya mmg mengagumkan!
saya boleh plak terkejut2 bila time kena kejar hantu tu, siap menyorok belakang abg aleh.
hahaha,kelakar!!

dan saya rasa sesuatu sepanjang saya tgk crita tu semalam..
saya rasa baby dlm perut ni bergerak, perut saya rasa memulas je.
nak kata sakit perut,tak.
nak kata senak, tak.
ntah, taktau nak ckp camne.
mungkin baby dah start aktif, sbb saya taktau lg rasa mcm mana kalau baby bergerak.
mungkin baby pun suka tgk upin ipin.
ataupun, mungkin baby tak suka dok dlm panggung yg soundnya kuat.
ntahlaa..

tp saya harap dan doakan moga baby tak apa2.

"ummi janji, ini last ummi bwk baby tgk wayang (masa dlm perut lah!). baby besar nanti kita cerita lain ok!"

oh yaa!! saya dok …

:: mungkinkah?? episod 2. huhuhu!! ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

entry di bawah kan saya dah ckp, jgn excited sgt, sbb kita taktau apa yg akan berlaku kan..
kita hanya merancang tapi sesungguhnya Allah merancang lebih baik dr kita.

saya kononnya buat reservation laa nak tgk upin ipin.
sampai je kat kaunter tiket GSC sunway tu, dgn teruja nya bgtau kat adik jg kaunter, Miss India tu.

" i've booked 2 ticket 4 Geng."
" Ur confirmation number miss?"
"hah?confirmation number?no, i dun have any. can u take my phone number?"
" no, i cant. we need a confirmation number. did u get any number after u make a booked?"
" ohh..i hang up before the operator finish..."
" i'm so sorry miss.."
" ...." (rasa nak nangis..tp tahan..tahan..)

"can i get the ticket for 9.20 tonite?"- dgn harapan masih ada sisa2 tempat kosong.
" i'm sorry, the tickets sold out since 5 pm."

ya..itulah ceritanya...konon booked tp tak booked.
saya…

:: mungkinkah?? ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Semalam abg aleh blk kerja,
saya cuba2 menggoda (auwww!!) dia utk tgk upin ipin tu.
mcm2 saya crita kat dia.

sehinggalah dia berkata,
"ok,mlm esok kita p, tgk yg pukui 9 punya" - selepas kami tgk cinema online, tgk jam yg sesuai.

saya sengih sengih sengih sengih sengih sengih sengih..

tp jgn excited sgt..kita taktau apa yg akan berlaku mlm ini..

tenang dan berdoalah semoga semuanya lancar..amin!!

(kalau saya rajin, lps blk nanti saya tulis sesuatu..)

:: saya teringin, tapi.. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

sana sini situ org sibuk bercakap perihal filem animasi Upin Ipin - Geng : Pengembaraan bermula.
semuanya memberi komen yg sgt2 positif ttg filem ni. takde lg yg mencemuh mengutuk mengata psal cerita ni.
sebelum ditayangkan di pawagam lg saya dah mmg excited sgt nak pegi..
dah plan nak bwk anak2 saudara pegi tgk crita tu..

tapi..

sampai skrg hajat saya tu belum tercapai lg..

BUKAN kerana anak2 saudara saya (Azzam, Naja, Nadia, Aqil) dah gi tgk dgn abah diorang.
BUKAN kerana abg aleh tak nak teman saya pegi.
BUKAN kerana kewangan tak mengizinkan,maklumlah minggu dpn baru gaji.
BUKAN kerana saya segan nak pegi sorang2.
BUKAN kerana saya sgt sibuk sampai takde masa nak pegi.

tp kerana ibu tercinta menasihatkan saya supaya tidak menonton wayang HANYA kerana saya sedang mengandung.

saya sedih..kalau saya pegi jgk maknanya saya dah langgar nasihat Ma, itu dah durhaka namanya.

kalau saya tak pegi, saya rasa suatu ketidakpuasan hati yg sedang mer…

:: tagged by Pepod ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


iya..Pepod adalah kak long adalah ipah adalah ifah adalah Nur Afifah adalah anak saudara saya yg ke sulong.

dia bg tag ini. tag ini mudah so cepat lah saya buat..

Senaraikan 5 Hadiah Yang Anda Impikan :
:: Vios kaler Silver..(gilak ahh,kena tunggu abg aleh jd kayawan dulu..amin!)
::Sebuah banglo (tanak yg 2 tingkat atau lebih, nak yg memanjang @ melebar)..
::pakej percutian ke mana2 pulau/Bali/Medan
::teddy bear paling besar..
::sejambak ros..

Alasan Terhadap Pilihan Tersebut :
::dr remaja saya sukakan kereta tu. nak beli sendiri taktau bila. nak tunggu org bg hadiah pun taktau bila. hahaha!
::sapa tanak banglo weh??
:: saya nak bercuti dgn family..teringin sgt2..
:: dr kecik sampai besar saya suka teddy bear, tp tak pernah beli sbb mcm membazir. org bg hadiah takpe. ahaks!!
:: ya, bunga itu romantik. itu sj.

5 Impresi Terhadap Orang Yang Diminati :
(kejap, org yg diminati ni mcm sapa??saya minat sapa??)
:: yg mempunyai ilmu agama yg kukuh.
:…

:: Eh, ada pulak?? ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

hehe, saya tipu. ckp tak serupa bikin. kata takde entry tp ada jgk.

saya kat cybercafe sblah kedai abg aleh.
setel kursus jam 5.
rasa nak mkn char ho fan, kat kedai tomyam dpn kedai abg aleh ni.

tp abg aleh takde.
dia antar laptop nya kat pc depot utk repair.
taktaulaa apa sebabnya, lps saya guna pg td, laptop tu dah takleh on.

saya tak bersalah ok. saya tak buat apa2 pun.

tgh tunggu abg aleh yg tak balik2 lg.

:: no entry ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

No entry tu bukan maknanya takleh masuk.
tp blog ni takde entry sampai esok.
saya ada kursus kat MPC Kepala Batas hari ni dan esok.
skrg ni pukul 7.50am tp saya masih di rumah Lahaq Yooi.
online dr rumah dgn laptop abg aleh.
dia dah dptkan broadband selkom!!
best best best!!

(tp saya tak tunjuk pun lg blog ni kat dia, tak best ahh kalau dia tau saya dok crita2 pasal dia dlm ni. hehehehe..tgh pikir nak bgtau ke idak..)

:: pelamin anganku penuh ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Mula2 pelamin tu kosong je, semua org tgk dr jauh je. takde yg berani dtg dekat. pengantin on the way nak sampai.


lepas tu dtg lah 2 org kanak2 ni, berani2 takut duduk atas pelamin tu, atas paksaan achik diorang yg diorang sayangi. (ya,achik diorang perasan.)




Lepas tu dtg pulak bapak si kanak2 yg berbaju merah tu, cuba utk bg semangat kat anak/anak sedara yg takut2. (sebenarnya mungkin si bapak teringin nak rasa naik pelamin kali ke 2 kot.cheh!!)
dan akhirnya, semua teringin nak merasa naik pelamin. cheh!! mujur pengantin tak sampai lg, kalau tak mesti pengantin risau pelaminnya nak runtuh dek kerana giant2 ni dok atas pelamin.* kak long lah, dah tau badan tak berapa kecik,dok jgk atas krusi tu.mujuq tak reban tau!!* saya yg mmg sedia tau badan tak berapa nak kecik,hanya jd melukut ditepi gantang. takutt oo pelamin org runtuh!!!* kakak lagi lah..dia yg paling risau kalau jd apa2 kat pelamin tu, itu yg sanggup berdiri di penjuru …

:: Cerita Kasut ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


Sesuatu yg aneh telah berlaku.

Waktu pg masa saya dtg kerja,
kasut saya ok je bila dipakai.
sedang elok. muat. selesa.

tp bila nak blk kerja wantu petang,
tiba2 kasut saya jd kecik, kaki takleh masuk sampai dlm. rasa sempit.

ohh..kenapakah??????

aneh kan???

(huhuhuhu..cuba utk tidak mengaku yg kaki sendiri membengkak bila waktu petang. sama kes mcm hidung yg membesar menjelang petang. baru 21 minggu ni..lambat lg nak masuk minggu 40..)

:: Tag ini susah ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


wahhh..kak ida berdendam ni..bg tag payah2...susah oo nak google!!

Here’s the rule: Use Google Image to search the answers to the questions below.Then you must choose a picture in the first page of results, and post it as your answer. After that tag 7 people

1. The age of next birthday = 28


2. The place I'd like to travel = Paris
4. A nickname I had = biskutmeri


5. My favourite color = blue


6. My favourite food = nasi lemak

7. College major = economics8. Name of my love = abg aleh
9. My hobby =reading books
10. A bad habit = overslept

11. My wish list = happily ever after

:: Anak Mat Salleh ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya dlm mood ceria hari ini. Kakak tau laa kot sebabnya.(kak,ina tak sabar tunggu hari sabtu,mcm mana laa rasanya dok di rumah waktu siang sambil tgk hindustan.hehehhee)

Cerita 1.

cerita ni dah lama, adalaa dlm sebulan lps kot..baru teringat nak crita dlm ni..

saya letak gambar baby sedang meniarap sbg background desktop pc saya kat opis nih..
baby comel bermata biru dan berambut perang tu mmg buat saya senang menatap pc.

dan datanglah seorang opismate senior yg biasa saya panggil dia pak long..

pak long : amboih, hang dok tgk muka baby tu hari2 nanti anak hang rupa mcm anak mat salleh.

saya : emmm..anak saya mmg anak mat salleh pun..

pak long : eh, pasaipa plak nak jd anak mat salleh??kawen dgn melayu nak jd anak mat salleh mai tang mana??

saya : betui pak long, anak saya mmg anak mat salleh. (dgn tersenyum2..)

pak long : hang jgn dok merepek lah. (mcm nak marah dah ni..)

saya : lor pak long ni, betui..anak riena mmg anak mat salleh..

:: Cerita ketam ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Semalam, rasa teringin nak makan ketam.
dah lama terasa nak makan, tp ma suruh tunggu sampai pertengahan bulan Islam,baru ketam isi penuh.
so semalam tgk kalendar, hah! sedang eloklah, 14 safar.
patut pun bulan mengambang.

saya pun terus SMS suami tersayang.

"abg, na teringin nak makan ketam lah.. "

(kena sebut teringin tau, baru kuat sikit penegasan tu. kalau sebut nak makan je mcm tak kuat sgt.taktik tu..hihihi..)

dgn cptnya dpt balasan.

"ok, nanti abg cari kat kedai nasik kandaq.kalau takdak abg cari kat pasar tani, tp ayg kena masak sendiri lah."

ala..nak masak ni yg chek segan ni...

"abg try tanya kedai tomyam depan kedai abg tu.masak apa pun takpa,ayg tak kisah..ayg tak retilaa masak ketam.."

hah..tuu diaa..ekceli bkn tak reti..tp malassssssssssssss....so saya cadangkan abg aleh order ketam kat kedai tomyam dpn kedai abg aleh je. mudah dan cepat. hehehe

saya balik umah, menyapu, mengemas, mandi, solat,…

:: saya syg Ma saya ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Semalam kan cuti am.
saya amik kesempatan utk ikut Ma ke kedai jahit ma.
bkn nak tolong ma jahit pun, tolong bising adalah.
lagipun ma selalu ckp kalau saya ada, ma jd lebih bersemangat utk bekerja.
saya tau, ma cuma mengumpan saya utk teruskan semangat saya belajar menjahit.

pegi pukul 8.30 pg dan balik jam 5.
kalau saya takde mungkin ma balik lewat lg.
tp sbb saya nak blk umah saya pulak, jd kena lah kuar awal sikit.
saya bukan balik tgn kosong tau, tp dgn sehelai baju pregnant baru.
ma yg jahitkan, sbg upah saya temankan ma ke kedai hari itu.

walaupun saya ckp kat ma," tak payah jahit lg, ma buatla kerja ma dulu.
jgn susah2, ina takmau pakai lg baju baru.baju ma buat hari tu pun baru 2,3 kali pakai.."
mcm2 lagilah.
tp ma tetapkan gunting kain dan jahitkan jgk.
baju kakak saya pun ma tak jahit lg,tp ma jahit baju saya dulu.
(kakak, kalau nak baju siap cpt, mai teman ma kat kedai,mesti cpt je ma jahit baju kakak..hehehe)

ohh, i lo…

:: Bahagia tanpa aku.. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya baca sesuatu dr emel.
tersentuh hati.
terasa mcm, "hermm..ada jgk org suci hati mcm ni dlm dunia ni.."

kalian baca dan nilaikan sendiri.

Tuhanku….

Dengan izinMU aku mencintai dia. Dengan izinMu jua dia menikahi aku. . Bertahun bermadu kasih menyemai benih, aku pasrah kiranya sudah sampai waktu dan ketikanya Kau mengambil balik apa yang pernah Kau beri dulu juga segala bahagia yang pernah Kau pinjamkan dulu. Aku akur.. kasih sayang dan cinta itu hanya milikMu.
Suami..
Ampuni aku kiranya sepanjang kita bersama, ada dakapan yg kurang erat… ada kucupan yang kurang hebat. Ada hidangan yang kurang enak, ada beban yang tak termampu ku bantu. Atau barangkali cahaya cinta kita yang kurang sempurna kupelihara.

Suami..
Kiranya Si dia lebih memahami, kiranya Si dia lebih menyayangi, kiranya Si dia lebih hebat dan kiranya Si dia lebih tabah, maka pergilah kau kepadanya. Sayangilah dia sebagaimana kau pernah menyayangi aku, men…

:: Makan Bersuap ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Pg td sebelum dtg keje.
Ma tgh makan nasik. (sejak ma sakit perut dulu, tiap2 pg ma kena lapik perut dgn makan nasik walau 2,3 suap.)
Ma pelawa saya makan, saya tak nak sbb hari ni ada kursus,pukul 10.30 nanti ada makan2.
Oklah.
tp masa nak bersalam dgn ma, ma ckp..
"Mai nak suap sikit, kot2 teringin nasik dgn teloq goreng ni.."

saya pun nganga, dan auummmm..sesuap nasik dr tgn ma masuk ke mulut anak bongsunya ini.
ya, saya masih tak malu disuap makan oleh ibu sendiri.
saya rasa kakak dan abg2 saya pun macam tu.
diorang pun tak malu utk ngangakan mulut kalau ma nak suap.
suka lagi adalah.
betul tak???

dgn abg aleh pun saya suka jgk.
skrg ni saya dah tak makan nasik pd waktu malam.(ya,jaga berat badan beb,dahlaa kembang sgt dah ni!)
jd saya cuma temankan abg aleh makan.
bila nampak nasik dia mcm best je, saya mintak dia suapkan saya sekali suap. dan dia layankan aje kerenah bininya ini.

dulu2 rajin jgk saya suapkan anak2 saudara say…

:: klinik & hospital ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

semalam (selasa) saya cuti.
Pg2 pukul 7.30 saya dah terpacak depan klinik kubang semang, monthly check-up utk my pregnancy lah. dpt giliran no 2.
dah 3x saya buat check-up, saya dah makin terer dgn perjalanan check-up, takde dah nak termangu2 mcm 1st time dulu.
letak kad merah-tunggu misi panggil-timbang berat-check tekanan darah-pegi makmal,urine test,cucuk jari utk amik darah-ke bilik 4 tunggu turn jumpa misi- check perut dsb-kalau takde mslh (kalau ada mslh jumpa doc) - setting appointment bln depan-balik.

so far alhamdulillah, saya dan kandungan takde masalah setakat ini. berkat doa semua org,amin.
saya sgt hati2 dgn kehamilan kali ini. semoga semunya selamat hingga ke akhirnya.amin...

setel urusan semua dlm 8.45pg. ohh,sangat pantas, sayang sungguh kat semua nurse dan doc di klinik tersebut.(tiba2 je..hehehe)

kemudian saya & abg An & adik saya, Mizah bwk ayah ke Hospital P.Pinang.
takk,ayah tak apa2. ayah ok, cuma atas …

:: RM3.10 ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

hari ni saya keja petang.
masuk pukul 1 balik pukul 10.
dtg keje awal gi bayar bil Digi dulu, tak sedap ati selagi tak setel bil.
on the way gi keje singgah kedai makan beli lunch.

bungkus nasik + sotong 2 ekor sederhana besar + sambal kerang 2 sudu + masak lemak pucuk paku + sambal belacan + ulam kacang botol 1 biji.
semuanya berjumlah RM3.10.

saya pandang muka abg yg tukang kira tu, buat muka mcm tak percaya.
dia senyum saja.
saya bg duit terus blah.
sebelum dia menukar fikiran dan nasik bungkus saya akan berharga rm4.50.

itu saja cerita saya hari ini.

ohh ya, kedai yg saya singgah tu bernama Sejati Gemilang di Bandar Perda. ikan bakar dan air asam dia sgt mabeles!!