Monday, 19 January 2009

:: Sayu.. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Pg semalam, terima SMS dr Ma.

"Siti adek kak ina gugur 6 bln, la ada di rumah kak ina."

saya terkedu. telan liur terasa pahit.

Ptg lps selesai kursus haji, saya dgn ma gi ziarah Siti, adik kawan baik ma.
Siti tu sebaya saya, kawen seminggu lepas saya kawen.
walaupun kami tak akrab, tp tiap kali jumpa kami adalah sgt mesra dan riuh.
apa yg menimpanya, buat saya rasa amat sayu dan tersentuh hati.

kandungannya dah 23 minggu = 5 bulan dekat 6 bulan.
tanpa apa2 tanda, hari kejadian pukul 10 pg, dia rasa sakit di bahagian perut.
dia cuba menahan, pukul 1 rasa tak mampu lg menanggung,
dia bekejar ke hospital. kawan pejabat yg tlg drive.
tp malangnya dia, jalan jammed pulak..
dia dah sakit yg amat, tiba2 rasa sesuatu keluar di bahagian bawah..

sementara nak sampai hosp, baby dah tak lg bernyawa...

arwah baby telah disempurnakan oleh imam masjid dan selamat dikebumikan.
cukup sifat,walaupun jantina tak dapat dipastikan sepenuhnya.

masa Siti ceritakan semua tu, dia nampak sedaya upaya cuba sembunyikan rasa sedih.
dia sentiasa senyum.
saya nak sedih pun tak sampai hati sbb nampak dia cuba utk ceria.

tp last2 dia bergenang air mata jgk.
bila sblm balik saya peluk dia.

(Siti bertugas sbg pembantu tadbir di bahagian HEP,di USM, lately dia selalu blk lewat, sibuk dgn pilihanraya kampus. mungkin tak cukup rehat dan lasak.tambahan plak dia dok flat ting 3 yang takde lif. nampaknya dia mmg seorang yg aktif).

------------------------------------------------------------------

ya Riena,
tak semestinya bila baby kamu dah 5 bulan, kamu dah boleh jalan laju2.
paham????????

7 comments:

Kniedaz said...

alahai...tgk riena, kita tak tau apa nak jadi masa depan..sbb tu kami selalu nasehatkan riena supaya kurangkan keaktifan anda..jadi sloth pun takpe..huhu..tapi tula kan takdir nak wat camna..takziah utk kwn riena tu..

gild81 said...

Banyak2 ngajikan anak kamu dengan al-qur'an :)

Akan datang semua Allah tentukan bersedia lah. Insya Allah selamat

RieNa said...

k ida,
thanx sbbb selalu ingatkan riena.kdg2 terlupa..hehe

gild,
Allah maha Mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya.
insyallah, harap2nya begitulah.amin.

Thara said...

sedehnya entry ni :( baby thara pon harini dah 20 minggu 1 hari (5 bulan). sama2 kita doakan kesejahteraan babies kita eh :)

Thara said...

oh lupa nak ckp, haritu pi scan dkt clinic ayun. baby boy! :P tapi as usual lah, ayun tak kasik excited sgt. jgn beli semua biru, katanya. beli putih + hijau juge. takut keluar nanti lain pulak :P baby kak rina dah dpt scan girl/boy belom?

RieNa said...

wah, cucu sulong haji sofian baby boy ye??

tp betul ckp ayun,jgn excited sgt.

baby k riena x nmpak lg boy ke girl.
sbb masa scan dia dok meniarap. sj mau bikin surprise kot.hehe

Anonymous said...

he style has lived much longer than its Abercrombie clothing counterparts from the 1980s; it may be because of its relatively abercrombie Jeans inoffensive style or because people just love Abercrombie Pants animals, but it's less frowned upon.Today you can find high quality blanket and sheet Abercrombie Tees sets in a cheetah print. These are common enough that you could even go to a department store and find them, Abercrombie Shorts so you should have no problem finding cheetah printed sheets and blankets if they are what you are looking for. These can be a great accent to a more contemporary home theme Abercrombie Sweaters , though obviously are not great for homes that are more conservatively or classically decorated. Curtains that have this type of pattern are more difficult to come by.

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...