Friday, 26 December 2008

:: peristiwa2 akhir tahun ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Jumaat, 26-12-08 ~ lambat sikit update. meja kena ubah. 4 org dlm bahagian Unit perkhidmatan Maklumat Perpustakaan kena ubah tempat. dr 5 meter dr bilik bos ke 1 meter je dr bilik bos. seronok kan????apa yg saya buat dimeja saya, bos akan dpt tgk secara jelas dan nyata, tanpa boleh saya selindung2. saya takde masalah, biasa2 sj. cumanya lambatlah sikit saya dpt menulis blog, apatah lg nak melompat dr 1 blog ke blog yg lain.

esok, sabtu, saya kena kerja sepanjang hari - taklimat perpustakaan seperti semester2 lepas. tak apalah, sbb isnin cuti. sama macam cuti weekend juga.

saya sedang risaukan kakak, sepatutnya mlm ni kakak akan blk dr Tanah suci Mekah, tp flightnya terpaksa ditunda hingga ke 6hb. mcm tu lah kalau jd petugas haji, diorang kena akur pd arahan. pentingkan jemaah dr diri sendiri. Kakak cuti dr kerjanya di kementerian pendidikan hingga isnin ni saja,bila jd mcm ni, membuatkan kakak rasa tak seronok.

tak apalah kakak, bkn kehendak kita semua ni terjadi. Moga Allah permudahkan urusan kakak disana dan diberikan kesihatan yg baik pd kakak.

lusa, ahad. Kenduri si Muhammad. rasa teruja utk ke walimahnya.

No comments:

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...