Wednesday, 24 December 2008

:: Cerita tentang ILi ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ok, entry hari ni spesel utk Ili. mungkin dia masih kecil utk faham apa yg saya tulis.
tak kisahlah, asalkan dia mampu utk baca apa yg achiknya tulis.

Dia dilahirkan 6 thn 5 bulan yg lalu, ketika saya masih bergelar siswi di UKM.
saya ingat lg, saya ikut Abg Pi bawak kakak ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah di Bangi masa kakak hampir melahirkan Ili. Sepanjang malam saya di sana menanti penuh debaran kelahiran anak bongsu kakak ni.

Alhamdulillah, akhirnya kakak selamat melahirkan seorang bayi perempuan yg sgt comel putih gebu yang dinamakan Nur Ili Athirah oleh ayahnya. saya ingat lg, org pertama yg saya sms bgtau tentang kelahiran Ili ialah pd Abg Aleh, yg tika itu baru 3 bulan menjadi sahabat baik saya.

kira macam usia Ili adalah lebih kurang dgn usia perkenalan saya dgn suami.

dan skrg: Ili dah besar dan saya makin dewasa.

tahun 2009, Ili akan masuk darjah 1. saya rasa mcm tak percaya yg Ili akan menjejakkan kaki ke sekolah. bg saya dia masih anak sedara saya yg kecil, manja dan mengada2. saya masih layan dia mcm budak kecil, sedangkan dia dah kian membesar..hmmm..

konklusinya : masa berlalu pantas, kita makin meningkat usia, perubahan ini semua makin mendewasakan dan mematangkan kita utk menghadapi hidup..


Ili yang baru kehilangan gigi susunya, tanda2 yg dia patut mendapat gigi baru sesuai dgn usianya.

saya mengaku, dia anak saudara yg paling rapat dan manja dgn saya.

Ili yg excited dgn baju sekolah yang dijahit oleh Tok Ma, terus pakai lps terima bungkusan dr Penang. Abg chik menyebuk kat belakang.

20/12/08 : Ili mendaftar sbg pelajar tahun 1. Ili dah masuk sekolah..

Ili dgn kawan2 sebayanya.

agaknya masa ni dia tgh nervous tunggu masa utk amik exam pemilihan kelas. Alhamdulillah, dia dah pandai membaca: rumi, jawi dan Al-Quran.

Ili,
starting from today achik tak nak panggil Adik lg kat Ili.
achik akan biasakan panggil Ili, ok?
Ili dah besar, dah masuk sekolah.
tak nak nangis2, merajuk2 lg.
jadi anak yg baik utk semua org.
belajar rajin2, dengar ckp cikgu.
achik doakan Ili terang hati, mudah terima pelajaran dan berjaya dunia dan akhirat.
Amin..

(thanx to Abg Pi for those pics. Ayah tau2 je achik yg over excited adik Ili masuk sekolah.)

1 comment:

U kNoW wHo iS Me.. said...

na,

adik sha yang last sekali nama Ili jugak...

sha rasa macam tak caya jer nexr year dia nak amik upsr...eh ker year satu lagi...

uishhh...konpius jap...

hahahahaha...

tapi dia dah besaq....

sha masih lagi anggap dia budak kecik....

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...