Friday, 26 December 2008

:: 1430 / 2009 ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

rasanya, ini entry terakhir sebelum 1 Muharam 1430 menjelang.

Selamat menyambut Maal Hijrah.
semoga tahun mendatang kita adalah lebih baik dari tahun2 berlalu.


Sepanjang 1429/2008 apa yg telah saya capai :

- kerjaya -
:: saya telah tamat kursus Induksi dan lulus dgn jayanya.
:: telah menduduki peperiksaan jabatan dan lulus,alhamdulillah.
:: SKT saya telah meningkat peratusnya. Alhamdulillah..
Jalan utk saya mendapatkan pengesahan dalam jawatan terbentang luas. alhamdulillah.
Moga Allah permudahkan segala urusan saya..amin.

- keluarga -
:: rumah ma dapat dibesarkan utk keselesaan semua, hasil kesungguhan ma dan sokongan adik beradik yg lain.
:: merapatkan ukhwah sesama kami, mana2 bulu ayam yg tercarik tu telah berjaya dirapatkan. alhamdulillah.
- teringin nak bercuti ramai2 1 family. Moga2 tercapai impian ini 1 hari nanti.amin.

- Peribadi -
:: menamatkan zaman bujang, menyatukan dua hati yg bersimpul sejak hampir 7 thn dulu. Moga ikatan ini kekal hingga ke syurga.
:: menambahkan ahli keluarga dgn punya keluarga mertua dan ipar duai.
:: dimurahkan rezeki dgn 2x kehamilan. Moga kali ni sejahtera lah hingga akhirnya.amin.
:: masih tak pandai menjahit walaupun itu azam sejak 2007. teruk kan???

hmm..apa lg ye..itu secara umumnya lah..

Saya doakan tahun mendatang akan terus bersinar utk saya sekeluarga. Abg Aleh akan terus dimurahkan rezeki, anak saya selamat dilahirkan sihat sempurna, ukhwah atr keluarga makin erat, ukhwah di antara kawan2, shbt2 jgk makin erat, kerjaya semakin membaik..iman dan amal semakin bertambah..amin..


Selamat tahun baru utk semua..
terima kasih kerana bersama saya dlm blog yg tak seberapa ini.

No comments:

baby baru

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... New member of the family. kegunaan harian. perjalanan hari-hari dr LY - ...