Friday, 21 November 2008

:: bacalaa,nak cerita ni.. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

bukan hidup namanya kalau kita tak diduga sesuatu.kan?
standard lah tu.
entry saya panjang hari ni.tp baca lah jgk sampai abih.

cerita 1.
dah seminggu lebih Ma sakit dlm perut. masa mula2 kejadian tu, abg2 saya dah bwk ke hospital.
dah ok sikit.lps tu Ma sakit lg. Abg An sapukan ubat,bg minum susu dan suapkan ubat, Ma ok sikit.

dan Rabu lps, ma sakit lg.kebetulan saya ada di rumah, saya bwk ma ke klinik.
doc ckp ma gastrik.
so mcm2 lah ubat yg doc bg. ubat gastrik,ubat angin,ubat luka dlm perut,ubat julap.

Ma jarang sekali sakit teruk.walaupun Ma ada darah tinggi.
setakat sikit2 tu Ma sgt tabah menghadapinya.
tp bila tgk Ma sakit sampai guling2, saya tak tahan tgk Ma mcm tu. kasihannya Ma. kalau lah saya boleh ganti tempat Ma...

Tolong doakan Ma cpt sembuh ya.

cerita 2.
kereta abg aleh masuk workshop.
dah 3 hari.
saya pun taktau repair apa sampai lama sgt.
rasa nak p bom ja bengkel tu.
mujurlah bengkel tu kwn abg aleh punya.
mungkin sbb tu lah kwn dia tu melewat2kan utk repair kereta abg aleh yg saya dok guna hari2.
kawanlah katakan, semua buat mudah2 ja.
geram geram geram.

jadi saya terpaksa pinjam kancil abg an.
sbb saya tak dibenarkan merempit dgn motor.
(Tuhan sj yg tahu betapa saya merindui kriss saya tuh.)
tgk2 pg ni, cermin belakang kancil pulak, retak seribu pecah berderai bak kaca terhempas ke batu.
ohhhhh...Abg An..maafkan ina..ina tak bersalah..ina pun heran mcm mana cermin tu tiba2 pecah masa ina tutup pintu dpn.
pelik,tutup pintu dpn,cermin pintu belakang yg pecah. heran bin ajaib.

dan pagi ni,
saya blk umah ma.
Abg An bg RM50 utk baiki cermin tu,selebihnya dah tentulah saya kena tambah.
tp Abg An sgt baik hati,walaupun saya salah,tp dia tetap hulurkan RM.
bg dia,itu kereta dia,dan dia kena bertanggungjwb.

saya hantar kancil ke bengkel.
alhamdulillah, kena RM 90 sj.
dan saya hantar Ma ke kedai Ma
dan dtg kerja naik wira Ma.

mujurlah, Allah masih lorongkan jalan buat saya.
kurniakan mereka2 yang dpt membantu.

cerita 3.
Abg Chik Afif nak bersunat esok (Sabtu)
semoga dia cekal dan tabah utk melakukan itu.
tak lelaki lah kalau takut!
abg chik jgn nangis ya.
dan kak long, tlg blog kan kejadian esok.
achik nak tahu.
kalau dpt amik gambar sekali.
hehehehe.
(ya, saya achik yg suka menyakat anak2 sedara.)

oklah,itu saja cerita utk hari ni.
terima kasih kerana membaca.
:)

4 comments:

Hasni said...

riena - sabar ye..Allah beri ujian pada kita kerana Dia tahu kita mampu hadapinya. Apa pun doa lah pada Allah.

Aku rasa lebih baik ko bawak ma pergi hospital...setakat gi klinik ni riena memang hampeh.kalau sakit perut tu memanjang je dia ckp gastrik..so lebih baik kau bawak ma untuk check-up..harap2 bukan fibroid..aku doakan semuanya selamat. Apa pun lebih baik kau bawak ma checkup ASAP.

U kNoW wHo iS Me.. said...

na..

better bawak ma gi check-up yang betul2nya...takyah la duk abihkan duit pi klinik tu...kang di biarkan lagi melarat lak....

alhamdulillah...nasib baik na masih lagi boleh gi keja.....hehehe

so na...pls take care tau....

RieNa said...

itulah.
dah set date nak jumpa pakar kat hosp sbrg jaya.
thanx ya semua..

p.i.n.a.t said...

acik!!

cpt bwk tokma pi hospital!!

okeh..esok nye kejadian akan diblogkn..hehe

Langkawi 2017

Bulan 7, lps raya hari tu. Saya rasa nakk sgt p bercuti. Saya sorg. Tanpa anak2. Tp takkan bolehlaa nak tinggal anis nuha, sbb masih menyusu...