Wednesday, 29 October 2008

:: nasihat utk org nak kawen ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


adalaa, dlm 3,4,5 org jgk kwn2 saya yg bakal menamatkan zaman bujang diorang.

(hei..dah pikir abis2 ke..??jgn menyesal nanti!!hahaha)


ok2,baguslaa kalau nak kawen..pahala tuh..


dan sebagai org yg baru melepasi kepeningan utk menguruskan sebuah majlis perkahwinan,

sukalah saya utk menasihatkan beberapa hal utk kalian amik iktibar.

yg baik jadikan teladan,yg buruk buang dalam longkang, ok?


semua ini adalah dari pengalaman saya sendiri.


1. kad jemputan kalau boleh tak payah buat byk2, mcm saya, buat kad spesel yg konon2 nak pos sampai 300 keping, padahal pos tak sampai 100 pun.pastu byk yg berlebih, tak abih pun bg kat org.taktaulah silap bajet jumlah tetamu ke, atau ada tetamu yg tak tercapai ke..kalau bleh bajet cukup2 sgtlah bagus.

-lg,tak payah buat yg mahal2 sgt, kdg2 kita nak kad tu cantik,utk kepuasan kita, tp terserah laah kalau kalian rasa duit kalian byk taktau nak buat apa kan..hehe


2. selagi boleh recycle dr kenduri adik beradik ke,sepupu2 ke, recycle lah blk. mcm pahar,bungga manggar,sarung bubuh gula2 tu..bunga manggar saya ari tu,anak2 sedara saya amik dr kenduri umah jiran dorang.pastu dorang simpan elok2 utk kenduri saya pulak.(ceh,mcm kedekut giler,tp utk penjimatan,apa salahnya kan?)


3. utk tempahan baju pengantin, sila buat survey byk2 tmpt utk harga yg murah.dan pastikan servisnya tip top ok? saya ari tu buat kat kenalan sama sekolah dgn abg aleh,konon2 nk murahla..tp servis..down. dgn lambatnya, dgn tak cekapnya..mcm2lah.

4. masa majlis, anda akan sgt kesibukan, sampai tak sempat nk jumpa semua tamu, dan kepala otak anda tak sempat nak recognise sapa org tu,sapa org ni, sapa dia tu,sapa dia ni. dan masa ni kalau boleh bg somebody pegang 1 kamera (pastikan bateri full) dan snap je gambar anda dgn tamu yg sempat anda say hai, yg sempat anda salam. penting tu. itu la kenangan sebenarnya.

5. kalau anda nak membazir utk benda2 lain mmg saya tak galakkan. mcm utk hantaran ke,pelamin ke, pakaian ke..Tapi, kalau utk photography, percayalah, biar abih byk RM, asalkan anda dpt gambar2 yg cantik giler.itu akan jd kenangan abadi utk anda. Lps majlis dah takde apa utk anda lihat lg kesannya, melainkan dgn hasil photography tu saja. so jgn gusar utk spend lebih skit utk itu.

masa majlis saya dulu, takde sapa yg ckp saya membazir bila saya hire Faris utk jd photographer saya kecuali Ma. tp lps kenduri, Ma yg beriya2 puji gambar yg Faris amik sgt cantik. kalian boleh tgk gambar2 hasil kerja Faris di sini dan sini.

6. lagi, bunga telur : pastikan kualitinya berbaloi dgn harganya. sbbnya, saya dah terkena. kasihan kwn saya tu. dia sponsor bunga telur kat saya 100 kuntum.harga rm 100. tpnya bunga telur tu mudah tercabut, dgn sarungnya tak ckup besar utk letak telur, pendek kata, baik lg bunga telur yg saya beli harga 36 sen:1 kuntum dr bunga telur yg berharga rm 1 : 1 kuntum tu. saya tak bgtau pun kwn saya tu sbb nak jg hati dia. tp lps dia baca entry ni, dia dah tau lah. hehe. (sori ya..)

7. pengantin perempuan, walaupun anda bermake-up, pakai cantik2, tak semestinya anda boleh abaikan solat anda ye. pikirlah cara mcm mana pun,asalkan anda dpt tunaikan tanggungjwb anda tu. jgn sbb dgn tinggal 1 solat, majlis anda terus tak barakah.

8. ehmm..dan ini yg last utk hari ni, nanti kalau bila2 saya teringat, saya tulis lg.
- kalau boleh plan hari utk gi honeymoon, pd waktu subur anda. supaya cpt dpt baby. hahahaha!! (kita hanya merancang dan berusaha ok, ALLAH jua yg menentukan apa yg terbaik utk kita..)

ok dah, nanti bila2 saya sambung kalau ada lg..

4 comments:

U kNoW wHo iS Me.. said...

good tips...

nak paksa iju baca en3 ni....!!!

cik puan daun said...

rina..

pasal kad tu.. untuk aku lain plak kisahnyaa.. siap habis lagi.. kena kuarkan versi fotostat... dan.. orang datang melimpah ruah.. adeih laa.. ramai gilesss..

anyway.. good tips

RieNa said...

sha,
paksa,jgn tak paksa.
paksa suh dia komen jgk.
baru berbaloi paksa tu.
ada bukti.
hehehe.

daun,
apelah kamu ni,
tak pandai bajet!
tp itu lebih baik rasanya.
kos fotostat tak membazir dr kos buat kad yg tak abih.
hihihi

berry said...

wah besh yer..gud tips..:>
sis tulisla lg bnyk tips about prption wddg...bgus2 ni :>

Aidil Fitri 2017 ~ Part 3

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... walaupun dah berlalu sebulan lebih, saya tetap nak masukkan entry ni jugak. s...