Posts

Showing posts from October, 2008

:: Mertua & Menantu ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

di suatu pagi, matahari baru nak naik.

menantu : mak, ni saya ada buat roti sandwich. amiklaa 2,3 keping kalau2 mak nak makan.

mentua : oo, hang buat roti ka...

(mentuanya amik sekeping,dibelek2.)

mentua : isk..takmaulah. mak ingat hang bakaq. mentah2 lagu ni mak tak mau lah. mak tak suka sardin.

(diletak balik dalam bekas)

menantu : ohh..ya ka..takpalah.

mentua : tu mak buat cokodok. hang nak pi la amik.

menantu : huh, takmaulah cekodok.apa kelas makan cekodok.tak best langsung.
(tapi dalam hati saja ya kwn2, kalau terkeluar itu kurang ajar namanya.)

Si menantu tanpa kata2 masuk ke dapur dan di amik cekodok 3 biji masuk dlm plastik. walaupun menantu tak suka sgt cokodok tp demi menjaga hati mentua dijamah jua cokodok itu.

itulah secebis kisah antara mentua dan menantu.

pesanan ringkas : cerita di atas bukan cerita saya.

heh!!

:: nasihat utk org nak kawen ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

adalaa, dlm 3,4,5 org jgk kwn2 saya yg bakal menamatkan zaman bujang diorang.
(hei..dah pikir abis2 ke..??jgn menyesal nanti!!hahaha)

ok2,baguslaa kalau nak kawen..pahala tuh..

dan sebagai org yg baru melepasi kepeningan utk menguruskan sebuah majlis perkahwinan,
sukalah saya utk menasihatkan beberapa hal utk kalian amik iktibar.
yg baik jadikan teladan,yg buruk buang dalam longkang, ok?

semua ini adalah dari pengalaman saya sendiri.

1. kad jemputan kalau boleh tak payah buat byk2, mcm saya, buat kad spesel yg konon2 nak pos sampai 300 keping, padahal pos tak sampai 100 pun.pastu byk yg berlebih, tak abih pun bg kat org.taktaulah silap bajet jumlah tetamu ke, atau ada tetamu yg tak tercapai ke..kalau bleh bajet cukup2 sgtlah bagus.
-lg,tak payah buat yg mahal2 sgt, kdg2 kita nak kad tu cantik,utk kepuasan kita, tp terserah laah kalau kalian rasa duit kalian byk taktau nak buat apa kan..hehe

2. selagi boleh recycle dr kenduri adik ber…

:: Kakak Sayang ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Entry ini khas utk kakak saya yg tersayang..

saya cuba utk menaip sesuatu..tp tiba2 je jd sebak..alamak aii..

kakak,
selamat hari lahir..
semoga kakak kekal bahagia hingga ke akhirat..
sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah selalu..
dan dimurahkan rezeki (supaya adik2mu ini dpt menumpang sekaki..ngeh ngeh ngeh..)
amiiinnnnn....

bleh tak kalau saya nak copy je dr apa yg dah tulis kat sini. sebaklah wei,payah nak karang yg lain..

"hari ni terasa ingin bercerita tentang satu-satunya kakakku..Hjh Yusnah bt Hj Yusuf..taktau nape..ada skit touching kalau tetiba teringat dia…Dia berumor 43 thn,masa aku dilahirkan dia dah 17 thn..mmg jarak usia kami agak jauh..masa aku kecik,dia jarang ada kat umah,sbb dia sambung belajar..bila sesekali dia blk,dia akan belikan aku hadiah yg pelbagai..then masa aku 8 thn,dia berkahwin dgn abg ipar..dan aku dpt anak menakan sulong ketika berusia 9 thn..(no wonder aku dgn ifah sgt akrab..) aku sgt respek …

:: tag lagi,yeay! ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya di tag lg. kali ni oleh Cik Famia yg kachak bergaya. ahaks!

panjang giler tag ni. mau berjam2 baru setel ni.
tp takpe, saya suka.

ok, marilah kita.

Name: RieNa
Sisters: 4
Brothers: 3
Shoe size: 8 @ 9, kaki saya mmg pjg, tgk org lah.
Height: 170cm
Where do you live: LY/KP

Have you ever been on a plane: pernah jgk..
Swam in the ocean: Pernah. tp konon2 je lah..
Fallen asleep at school: ohhh..selalu..bkn saya laa kalau tak tertido kat kelas.

Broken someone’s heart: Pernah jgk...
Fell off your chair: Pernah pernah. org sj nak kenakan saya.gila jahat.

Sat by the phone all night waiting for someone to call: pernah la jgk.zaman bercinta dulu.
Saved e-mails: Ada. emel2 yg interesting.
What is your room like: like heaven..hehe..tak kisahlaa mcm mana rupanya,asalkan saya bahagia berkongsi bilik tu dgn dia..
What’s right beside you: rak buku.
What is the last thing you ate: nasi dgn sambal telor.

Ever had…
Chicken pox: Pernah. darjah 6 dulu.
Sore throa…

:: baby org lagik ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ahad lps, saya melompat2 ajak ma gi Juru.
saya nak jumpa kwn baik saya.
si Noorihan yg baru pulang dgn baby barunya, Nur Izzah.(kenapa tak Nurul Izzah, Arn?? kenapa???")

sejam dgn An, mcm 5 minit saja. masa gila cemburu dengan kitorang.
(sori muhammad,aku terbocor rahsia hang dgn An, dia marah dlm senyum.oklah tu kan!)

ini Ahmad Hafiy, malu2 kuching. hensem sebijik macam ayahnya.

Noorihan, kawan baik saya sejak kami umo 13.

dan ini Nur Izzah, sungguh cute dgn tailalat di bwh bibir.

+ Ma, yg sudi menemani anaknya.

(p/s: Arn kirim salam buat semua yg mengenali. dia blk kg Juru dan Gurun jap, nanti dia blk Bangi pulak.bertuahnya dia kerana suami rajin dan memahami. abg dwan bgn pukul 5 lg utk basuh baju,bakar tungku dan siapkan anak..kagum beb,kagum!)

:: saya benci per*k*k::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya baca artikel ini : Utamakan Pasangan Yang Tidak Merokok

ohh...
sejak dr remaja, saya impikan pasangan yg tidak merokok.
saya mmg anti rokok dan perokok. anti gila.
asap rokok boleh buat saya pening dan loya. allergic.
saya selalu buang rokok abg2 saya. itu tidak kejam ok, itu prihatin namanya.
saya respek abg ipar saya dan abg an yg tak merokok.
u're rock man!!

tp, kenapa saya berkahwen dgn perokok????
sudahlaa Riena,menyesal kemudian tidak berguna...
itu antara kekurangannya yg terpaksa saya terima.
apa yg kita paling tak suka,itulaa yg kita akan dpt.
tak apalah. moga 1 hari nanti dia akan tinggalkan menatang rokok itu.amin.

mujurlah dia tak pernah merokok didepan saya.
sebab saya pernah bgtau dia dulu,
" saya benci perokok, dan JANGAN buat saya benci awak dgn sbb saya nampak awak merokok!!"

huh,mujurlah amaran saya tu masih valid hingga skrg.

kwn2 yg masih mencari dan memilih, jdkan itu salah satu kriteria pilihan ya.

:: 5 bln sudaaaaa ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...



23-10-2008 , sudah 5 bulan jd isteri orang.masih menanti akan kehadiran permata hati.sabar ye Riena..bykkan berdoa..dan berusaha.hik hik hikok,itu sj.saya m.a.l.a.s.

:: bagaimana dia melamar? ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Pg td dgr hotchat di hot fm.
tajuknya : bagaimana anda/dia melamar??

mcm2 lah cara dan gaya org2 ni.
guna telefon call dr obersi lah.
terus jumpa mak pak mintak nak meminang lah.
melutut di jambatan KLCC lah...

saya pulak simple gila.
abg aleh guna sms saja.
mmg tak romantik.
dia tulis, "abg dah pikir abis2. abg nak meminang na lps raya nanti.thn dpn bulan 3 kita kawen" - 14/7/2007, 0126 am.

dan saya setuju.

mudah kan??

mmglah tak seprais langsung, sbbnya sejak dr mula kami berkawan, saya dan dia berniat utk berkahwin.mmg kawan tak main-main punya.

anda pula bagaimana??

(budak2 bawah umo yg belum kawen,sila dptkan izin dr ibubapa anda utk menjawab soalan ini.)

:: kalau dah jodoh.. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

org kata..
kalau dah jodoh, cubalah lari sejauh mana pun...
jodoh itu tetap akan dtg pd kita..

kalau dah bukan jodoh, usahalaa mcm mana pun..
dia tetap takkan jd jodoh kita..

mcm mana bleh tetiba ckp soal jodoh ni? kamu kan dah kawen Riena??

takdelaa..
saya dpt sms dr 2 org bekas bakal pakwe saya..
(bekas bakal??mcm mana tu?)
maksudnya, org tu belum jd pakwe kamu,baru nak mencuba2,tp tak jd.
mcm tu laa..
sbb tu jd bekas bakal.
ok2,berbalik pd mereka yg bekas bakal pakwe saya ni.

yg sorg tu, Mr B..
dia cuba2 mengorat saya masa saya keje kat Bukit Minyak dulu,thn 2004 kalau tak salah..
tp dia hampa sbb saya masih setia dgn abg aleh tika itu.
tp bagus bdk ni,walaupun saya reject dia, dia masih menganggap saya kawan dia.

dan sorg lg, Mr Z..
dikenalkan oleh sedara saya ketika saya break up kejap dgn abg aleh bulan 5 thn lps..
konon2 dia serius laa nak berbinikan saya kan..
tp tak kesampaian kerana kami tak serasi.

dan terkini,
kedua-dua mereka akan be…

:: Tanda Tuhan Sayang ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya nak menulis..tp tak larat..

saya ada idea..tp tak tercatat..

kalau kita sakit,tanda tuhan syg kan..??

...........................................................................


....................................................................

......................................................

...............................................

alhamdulillah....

:: jgn marah2.. ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

:: takkan kot..? ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

saya gi beraya umah sarah. ok jgk. tp tak happening mcm thn lps. tak best sgt. sbb tak ramai kwn2 yg dijumpai.
apapun, thumbs up to Sarah sbb dah pandai memasak skrg. bagus!
anda bukan sj Doc yg bijak dan budiman, tp isteri yg rock dan pandai memasak.
hehe. (dgn harapan nanti dia ajak mkn kat umah dia lagi.hihihi)

mcm selalu, yg ni selalu ada. choc kek. dia tambah cheese kek atas permintaan saya.


dan menunya : laksa penang, spaghetti dan nasi himpit.

dan ini je yg ada. sgt tak meriah!!
oh yaa..mamat yg bersila kat bwh yg tak berapa cerah tu Amar,senior masa di Irshad, saya form 1 dia form 3, kwn Yusfarizal sapa lg ntah. saya tak ingat.dulu dia kurus tinggi skrg..malas nak ckp lah.Dia kwn Sumi dulu sama tmpt keja,skrg Sumi keje kat Kulim Amar keje Penang.
sapa yg rasa2 nak jejak kasih dgn dia blehlaa kontek Sumi husben Sarah ya.
----------------------------------------------------------------------------------------
hari ini :
saya dlm…

:: rutin berubah ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Rutin saya sedikit berubah sejak lps raya ni..

Saya tak lg mengada2 (baca :bermanja2) dgn mak mentua saya..

Kalau dulu saya balik keje semua dah siap tersedia..saya cuma makan (baca : hidang) saja..

Tp skrg abg aleh yg sudah mengada2..dia minta mak takyah masak lg.
Dia minta maknye rilex2 saja. Masak apa yg mak nak makan sj.

Jgn dipikir2 anak dan menantunya nak mkn apa..
Pandai2laa menantunya carik (baca : masak) sendiri.
pandai suami gue ye...

Jd, bila saya balik petang, saya sudah sibuk didapur umah sendiri.
Masak lauk apa2 dan hantar ke rumah mak.
Dan biasanya buat system barter dgn mak.

Oh..saya menantu yg baik hati berbudi bahasa rajin orgnya.
Hahahahahah!!!

:: sapa yg betul ni?? ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

semalam (khamis) saya bercuti.
konon2nya nak pegi klinik buat ujian pap smear.
tau ke ujian pap smear tu ape??
google sendiri lah. malas nak cerita.

saya dikehendaki buat ujian tersebut oleh Hosp Seberang Jaya akibat dr kes keguguran saya hari tu.
kata surat tu 6 minggu selepas kuar wad.
tp bulan puasa,mana bleh buat test tu.
so saya tunggu la lps raya.
tak boleh jgk sbb saya sedang ganti puasa.
itulaa sbb saya pegi smlm.
mlm sebelum tu saya dah sms Doc Sarah (dia kan doc peribadi saya,wpun takde upah,hanya kasih syg yg sejati.ngeh ngeh ngeh)

"salam doc,bila waktu terbaik utk bt ujian pap smear?i mean smnggu lps period ka,waktu subur ka..aku nak p esok dan period aku mungkin 1,2 hari lg.ok ke kalau nk buat test?ada pantang larang apa2 ke?"

dan balas doc itu : bila2 pun ok, no prob.mlm ni pantang le kalu bleh.hehehehe..

ceh bedebah....tp saya tetap patuh pd arahan doc sarah itu.

besoknya (semalam), saya pun berkobar2 ke klinik kub…

:: pedih mata ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ma dan abg aleh dah paham dah.
kalau saya ckp,
"alamak..pedih mata plak.."
"isk..mata pedih2 ni.."
"pedih mata..pedih mata..tak tahan.."

itu tandanya saya mengantuk dan perlukan tido dgn kadar segera.
kalau tak saya bad mood
ceh! mcm baby pulakk..

betul..kalau saya mengantuk..mata saya pedih2...
dah tebiat kot..

dan skrg ni mata saya pedih2..tolong...nak tidoq...

:: baby org ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Semalam, saya dgn abg aleh bwk ma,abah dan abg an mkn kat Nasi Sila Lahaq Kepaq.
kedai tu milik bapak mertua kwn saya,si Rizal.
menu mlm td : kari ikan, sambal tumis udang,ulam2,sambal belacan dan ayam goreng.
waahh..ayam goreng dia sedap giler! sangat garing dan enak dimakan.
ohh..saya tak ingat nak snap pic sbb saya lapar banget, tak sempat nak buat semua tu.

Usai makan, Rizal jemput kami ke rumahnya, dekat je dgn kedai tu.
ok jgk sbb saya pun belum lg ziarah istri dan anaknya yg baru dilahirkan 40 hari lps.
ohh..yg ni saya ingat nak amik pic,tp pakai henpon je,so gamba tak clear.

so inilaa anak 2nd Rizal, namanya Nur Irdina Safwa. anak sulongnya Nur Dinie Safia dah tido.kalau tak bleh ajak gaduh.hehe!
tgk,baik je dia dok di ribaan saya..takutlah tu,sbb saya dah warning,kalau dia nangis saya akan cubit.hehe,gila ganas.


mmg dia tak nangis,tp dia dah berak!!
ohh...nmpk sgt dia sukakan saya,tanpa malu2 dia memberakkan diri.huhuhuh...

tgk,…

:: alahai..sardin je? ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

kelmarin, saya tanya abg aleh,dia nak mkn apa,saya nak masak.
dia ckp,"masak sardin,dan goreng teluq cayaq."

EK ELEH..NAK SARDIN JE?TAK MENCABAR LANGSUNG!
(dlm hati je la..ckp dpn2 kang durhaka namanya..)

ptg smlm saya blk, terus menuju ke dapur.
menu : sardin tumis.
sup sayur.
telur goreng yg kuning tu cair
dan gulai mak bg. (ada jgk yg mak bg tu..bertuah menantu ni..)

lps magrib jemaah, kami menghadap rezeki dgn penuh kesyukuran hingga abih seperiuk...

selesai semua, saya tanya : esok nak mkn apa pulak?
abg aleh jwb : apa2 pun bleh..tp kalau masak sardin lg pun ok.

haa??sardin lg???uwaaa!!(pun dlm hati jgk..)

wahai kakakku, bukan abg iparku sj yg suka sardin rupanya, adik iparmu pun sama. uwaa!!!

:: Tag lagik ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

sekali buat tag,terus nak buat lg..hik hik
saya selalu jengah blog budak nih, Along Syud, i knew her since she was child,masa saya belajar kat Bangi. skrg dia dah anak dara nak tawen.hahaha!

dia buat tag,wpun sec khususnya dia tak suh saya buat,tp saya nak buat jgk.tak peduli lah.sbb ada YOU utk org ke 10 kan...

ok,lets start.

1) MY TOP 10 FAVOURITE FOOD
-laksa
-bihun goreng ma buat
- mi goreng kakakku syg
-nasi lemak
-telor goreng
-spageti
-kek cis bedebah
-tomyam
-laksam
-nasi kerabu


2) 10 THINGS I LOVE DOING
-reading
-sleeping
-masa berkualiti dgn abg aleh ku syg
-eating
-movies
-cooking
-surfing
-err..
-err..


3) 5 types of girls that i adore
- berdikari, tak bergantung pd org..selagi benda tu dia bleh buat sendiri,dia akan buat sendiri.
-lasak,jenis yg tak takut apa2..wpun ada longkang besar dpnnya,dia masih mahu melompat dr mengada2 takut nk lompat.
-tegas, tidak mudah dipermain2kan..
- ohh..saya kagum pd pompuan2 yg bleh buat keja umah dgn perfect …

:: Saya suka kena tag! ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

serius, saya mmg suka kena tag..taktaulah nape.
jwb survey pun saya suka. tp dah lama tak buat benda ni.
sbb lama tak pernah kena tag dan takde survey yg nak dijwb.

dan akhirnya saya ditag oleh Mael, kwn saya yg masih bujang dan kachak itu. :D thanx mael.
dan ini soalannya,berkaitan dgn sambutan hari raya.
1.Berapa pasang baju raya anda taun ni dan kaler apekah?
:: 3 = jubah putih recycle nikah hari tu, baju pink ma jahit, baju batik sutera hadiah kakak ma jahit jgk.
2.Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
:: ketupat manis ma buat, nasi himpit kuah kacang.
3.Apakah biskut raya kegemaran anda?
:: biskutmeri eh tak tak..biskut semperit..luv u forever!!
4. Bape banyak duit raya anda dapat n spend untuk bagi kat bebudak?
:: dpt rm2 sj,ada uncle yg baik ati tu kasik gua..spend utk bdk2 + anak2 saudara saya dan abg + adik2 + ma ayah abah maklin mak mentua = 78.6% dr bonus gaji gua.(rezeki lebih dikongsi bersama..huk huk) 5. Apakah ak…

:: Pertama Kali ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ahad smlm, saya jd driver utk Mak dan Ma.
Bwk Mak gi rumah ayah.
Amik ma di kedai Mara BM.
bwk Ma dan Mak ke rumah kwn Ma,open house.
ke Juru umah Tok (mak pd abah saya)
pulang hantar Ma di kg petani.
balik lahar yooi.
bertuah sungguh Mak dpt menantu yg terer memandu. cewah!

on the way blk dr Juru, saya cuba mengejar lampu hijau.
oh dem! saya terlambat! lampu dah merah.
terpaksa berhenti di petak kuning,dan kereta yg sama2 berlumba dgn saya (konon terer la tu) telah melanggar lampu merah.
tgk dpn,alamak!!! ada polis trafik!!!
maka sudah kena lah kereta yg konon terer itu,kena tahan, dok tepi dan menyain sesuatu...

saya ma dan mak sudah berdebar2..kalut2 saya pakaikan mak tali pinggang keledar.
mau tak berdebar,saya berada di petak kuning! kan salah tu. salah lorong pulak tuh. double salah!! saya tgk abg polis tu dok usha saya dr jauh, tanpa kelip2 mata (saya tau wpun dia pakai spek hitam..saya tau..huhuhu)

saya dah mula baca …

:: Ayat-ayat Cinta ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Bulan 6 dulu..saya skit mengamuk sbb nak tgk filem Ayat-ayat Cinta tp tak boleh tu kan...

2,3 hari sblm raya, saya angin betul dgn TV3, ada ke dia nak siarkan filem tu kat tv??

kenapa tak bgtau saya awal2???? (geram nih..)

ye la..start sejak promo ayat2 cinta bakal ditayangkan diTV3 sempena hari raya ni, ada sorg tu byk kali asyik perli2 saya..
benci ah..
sapa lagi, suami ku yg terchenta tu lah.
"tgk..kan dah masuk tv..nasib baik kita tak p tgk wayang kan yg..kalau tak rugi je.."

saya hanya mampu memuncungkan gigi..eh,mulut..
tak suka lah..
nanti bila2 kalau saya ajak tgk wyg lg, mesti dia akan ckp camni..

"ala..tak payah tgk wyg,nanti2 dia tayang jgk kat tv.."


so bg sapa2 yg belum berkesempatan utk tgk filem tu,jgn lupa mlm ni, pukul 9 di tv3.
ceritanya taklaa sebagus novelnya,tp better la dr filem2 lain yg lg mengarut dan merapu dana tu..

:: Nawaitu kena betul.. :( ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

hari ni (khamis) dah masuk 4 hari saya berpuasa qada + sunat syawal.(saya niat qada, cuma saya doakan moga Allah kurniakan skit pahala sunat utk saya..) - utk lebih faham hukumnya,sila rujuk web ni.

sejak saya matrik dulu lg,saya amalkan mengganti puasa saya di bulan syawal, senang, tak payah pikir2 lg..bulan lain kalau nak puasa pun boleh je,takde hal dah.asalkan yg wajib dah diselesaikan.
biasanya kalau saya tinggal puasa pun 5-7 hari je,tak lebih dr itu.

tapi...
biasanya saya puasa selang2 hari dlm bln syawal, bukan puasa direct tuh..apatah lg nak amik dr 2nd day raya..saya takdelaa camtu.. huhuhu..tp saya akan usahakan utk selesaikan puasa dlm bln syawal jgk.

dan tahun ni..
pertama kalinya saya akan berusaha utk berpuasa direct 6 hari dr hari isnin lps hingga sabtu lusa ni..tau sbb apa..???

ohh..sbb ibu mertuaku...
ya,kerana mak..sbb mak lah saya berusaha utk abiskan puasa saya dlm minggu ini jgk..
walaupun hati meronta2 nak selan…

:: apahal laa ni.. ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

sesuatu telah berlaku pd saya suami isteri semalam..

sejak dr pukul 2 pg semalam..kitorang diserang cherry-berry (baca : cirit-birit).. maka berlumba2lah saya dan abg aleh berjumpa Mr Tan (baca : tandas). penat oo!! bygkan kalau sama2 sakit perut,takkan nak masuk 2-2 dlm tu kan?(walaupun saya cinta gila kat abg aleh,tak tercapai akalku nak bt camtu!huhuhu) lagipun tak muatlah,tgklaa saiz kitorang!

so dr pukul 2 pg sampai 4.30 pg, kami cherry-berry secara maraton..
sehinggalah abg aleh tertidor dek keletihan dan saya bersahur. tu pun teragak2 nak makan takut masuk tandas lg.minum air masak dgn mkn kurma saja.

nyaris2 nak ambik MC hari ni,tp keadaan saya dah ok,dah baik dah..mungkin sbb mkn kurma 3 biji td kot..agaknya lah...

Baru dpt sms dr abg aleh : "abg sakit perut lg yg...dah 3x berak ni.."
kasihannya dia. hahahaha!! (tak baik gelakkan suami sendiri..)

Saya rasa saya tau sebabnya.
Ni mesti sbb nugget hari isnin lps yg di…

:: respek ooo! ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

masa pegi beraya dgn ma dan kakak sekeluarga hari tu, atas van abg pi, sj je bual2 kosong.

saya saja je suruh adik Ili baca Al-Fatihah, sbb dia ckp byk sgt..nak suh dia diam tak gamak.so drpd dia bebel2 tak tentu pasal kan, saya suh dia baca Al-Fatihah.

dia pun mula dgn bismillah dan baca dgn lancar surah tersebut. ok,kata saya.biasalaa kan,bdk umo 6 thn baca fatihah, ramai bdk sebaya dia mcm tu,yg bleh baca mcm2 surah dan doa.

ujian seterusnya : surah an-nas.. Ili pun baca,dgn lancarnya..
seterusnya : surah al-ikhlas..ala,kacang je tu..laju je ili baca..

last2,saya pun ckp,secara bergurau.."alaa...ili baca Yasin lah.." saya main2 je,takde niat nak suh dia baca betul2 pun,yelaa,bg saya bdk seusia dia mana tau hafal Yasin lg kan..tapi...lps saya ckp camtu..

Ili pun terus bismillah, "yaseeennnn..walquranilhakim..innakalaminnal mursalin..'ala siratilmustaqim..tanzilal'azizirrahim....." sampai ayat keberapa …

:: beraya di padang permainan ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...


seumur hidup kalian, pernah tak korang gi beraya kat padang permainan??

saya pernah dah.dah rasa dah. sorg kawan saya ni ajak saya beraya di umah dia,tup2 takleh masuk umah,kena dok kat taman dpn umah dia je.


kenapa??
mengapa??
bagaimana??
biarlah rahsia..

hahahahaha!!

apa2pun, itulaaa saat paling bahagia buat saya dan mereka.
susah senang,suka duka, tanggung sama-sama ya!!!









friends forever..amin..

:: sama tak serupa ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

raya ke 3, adik2 saya dtg beraya di rumah. wahh..baju kami sama tak serupa lah!! (abaikan tudung pink saya yg kontra dgn baju hijau,saya sibuk kat dapur,x sempat cari tudung yg match.buat2 tak nampak udahlaa ye!)

tgk,tgk..cantik tak baju kitorang??
posing sikit...

mizah.
hidayah.khairani.

(kakak saya cuba snap pic celah2 pokok..kira oklaa tu kak...hahaha)

:: raya part 3 :;

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ini last part kot.kang kalau ada lg pic,saya letak je dgn apa2 tajuk.
ni raya ke berapa ek..oh..raya ke 4. abg aleh saya dah mula buka kedai sejak raya ke 3.jd dia izinkan saya beraya sorg2,ada kah patut??sepatutnya raya ke 4 ada reunion irshad,tp saya tak pegi pun. kwn2 saya la punya pasal,dorang tak nak pegi,takkan saya nak pegi sensorang??(ohh..tak nak mengaku salah tu..)

kitorang pegi beraya umah wani dulu,sebelum ke rumah pizah.
saya dan pizah.
saya dan wani.
Dr Sarah dan Enchek Sumi yg selalu gelong.

ok,ini raya ke 3,saya stay umah Ma je, masak memasak dan makan2 je,sementara kakak dan family masih ada.menu saya hari tu,bihun sup dan laksam.saya ada tamu : Fizah, Diyanah & Zamzira. lagi : wani, ruhaida dan tunangnya.



kemudian kwn2 abg aleh masa belajar dulu. kak ti dan kak ina.

:: raya part 2 ::

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

ok,masuk part 2. umah ayah ni adalah destinasi wajib tiap kali pg raya.semua anak2 akan berkumpul di rumah ayah lps solat sunat.kalau terlambat skit je ayah mesti tertunggu2 dgn perasaan sedih sayu.

ayah tercinta,Hj Yusuf Omar.ayah pun tak berapa sihat skrg,nak berjalan pun kena bertongkat.sian ayah..
isk2..dok perasan pengantin baru kan..tu yg susah tu..asyik2 gambar deme je..


ok2,cukuplaa gambar kitorang je.letak gambar org lain pulak.

haa..inilaa kitorang satu keluarga..ayah,maklin,anak2,menantu2 dan cucu2..
ayah berserta 8 org anak2nya..ayah ada ckp,"ntah thn dpn bleh jumpa tak lg mcm ni.." isk2...sedih pulak..
ini abg man saya sekeluarga..baju abg azzam tu tak sempat siap,so dia bedal je baju thn lps.sian dia.
ini abg lan sekeluarga.dia pun pakai bj thn lps jgk.

saya dan ifah, bloggers yg tak berapa rajin.hahaha!

cucu2 tgh tunggu turn nak salam Tok Ayah,amik duit raya.
hiiyaaaa..saya dan adik2 dara saya.. :)
ayah …