Wednesday, 22 July 2015

Positif

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


adakala kita rasa apa yg jadi tu tak sepatutnya jd mcm tu. Kita berpendapat sepatutnya jadi mcm ni, tp yang berlaku adalah mcm tu. kita plan A, tp yang jd adalah B. Lepas tu kita rasa tak puas hati, kita emosi. Kita tetap merasakan plan A kita lebih baik dr Plan B yg telah ditetapkan Tuhan.


Sombongnya kita.


dah lupakah kita, yg kerdipan mata kita pun Allah yg aturkan???


apatah lg perkara2 lain yg berlaku atas diri kita.


Jadi, terima lah segala yg berlaku atas diri kita sebagai takdir dr Allah. kalau benda tu buruk, jadikan sempadan dan pengajaran. kalau benda itu baik, terimalah dgn rasa syukur dan berlapang dada.

Alhamdulillah, atas segala kurnianNya.





cerita raya 2015

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

dua hari sebelum raya, abg aleh kehilangan kakaknya yg no 3. kak yah yg tinggal di sik. abg aleh ada 3 org kakak. kak pah yg sulong, kak mah yg tgh dan kak yah yg no 3. kak yah sakit diabetis dan buah pinggang kritikal. mmg sblm ni 10 hari dirawat di hospital alor setar. sebaik pulang ke rumah pd hari selasa jam 4 ptg, kak yah menghembuskan nafasnya yg terakhir di rumah jam 12.30 mlm. Alfatihah buat kak yah. seorang yg sgt baik, suka ketawa, tak suka ckp hal buruk org, rajin mengaji dan menuntut ilmu, dr muda2 zaman anak dara lg dah rajin mengaji, rajin bgn solat mlm, solat2 sunat. mcm dia tahu2 yg dia bakal meninggalkan dunia pd usia 47 tahun. Ya Allah, kita ni, apalah bekal yg kita nak bawak nanti...???

kasihan abg aleh. kehilangan org terdekat pd tahun yg sama. raya ni dia tak berapa gembira. tp dia cuba buat yg terbaik utk kami. biasa cuti raya dia 2 hari saja, kali ni dia cuti sampai 5 hari.takde mood nak kerja katanya.


oklah. meh la nak share gambar2 raya yg tak seberapa. kakak saya g umrah, raya kedua baru dia balik. abg lan balik raya di kelantan. abg an blk kelantan pd ptg raya pertama. saya plak dok di rumah  ma sejak ptg rabu sehinggalah tghari isnin. mmg tak blk rumah. blk kejap2 je. hari ni (rabu) dah start kerja. anak2 plak dah sekolah dah.

 gambar raya dgn ma. cuba tgk tgn ma, amboi genggam tgn menantu dia. hehe..ma kata kesian menantu kehilangan ibu. ma takmau bg abg leh rasa sedih.


 my boys. susah betui nak cari baju nubli sedondon dgn semua.


pic raya tahun ni.

 cucu-cucu ma tp tak complete.



 weehoo..tgk nawal tu, kemain senget pinggang.

mengantuk sgt dah.


 dgn mak tam. kak mah, kakak no 2 abg aleh.


comeynya ma dgn ayahwan. semoga selalu sehat dan bahagia.


 eh, kakak dah balik. ni gambar raya ke 3.

 nubli dgn baju tokma jahit.

nubli takdak dia dah tidoq. dia mcm tu lah jaga 2 jam tidoq 1 jam.

mak lin dan adik2 dtg beraya di rumah.


gi ziarah pakcik musa.



ni raya ke 5 dah. raya rumah abg azzam.


raya puasa ni raya puas2 dgn suami. nanti raya haji suami takde. huhuhu



Wednesday, 15 July 2015

Salam Aidilfitri 1436/2015

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...


raya berlima tahun ni. baju nubli je yg umi beli awal2 lg. baju kakak abg 2 hari nak raya baru beli. hahaha!

seronok nak raya berlima. tp sayu bila kenangkan ibu mertua yg telah tiada. Rindu.

Jadi tahun ni 2 hari sebelum raya dah balik kampung. jauh sgt kg tu.  Kampung Petani. hihihihihi. abg leh kata takmau dok rumah sendri time dekat raya. nanti dia rindu mak.


selamat hari raya semua.
Maaf atas salah silap saya sekeluarga selama ini.
jangan simpan dlm hati ya.


jaga diri. jaga iman. jumpa nanti.


Gambar raya tahun2 lepas. saja nak throwback.

Saturday, 11 July 2015

Ali sudah 4 tahun.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

11 Julai 2011. Hari yg sgt membahagiakan saya. 12hb baru saya tau baby yg saya lahirkan kritikal dan peluangnya untuk hidup adalah tipis.

Alhamdulillah, semua tu kami laluinya sbg momen paling memberi makna. byk pengajaran dan pengalaman yang kami kutip sepanjang 11 hari Ali dlm NICU Hosp Sbrg Jaya.



teringat sgt kenangan ni. Merenung ali sambil umi menangis tersedu2. 



ali 4 bulan. bulat!
 

ali setahun. dah slim skit.


 ali 2 tahun. semakin slim dan semakin panjang akal.




 Ali 3 tahun. semakin cerdik dan lasak.


Ali sudah 4 tahun!! Alhamdulillah atas nikmatNya. Ali sihat sejahtera. jarang2 sekali demam. rasanya setahun nk jumpa sekali dia demam pun susah. cuma selsema dan batuk tp cpt sembuh. syukur sgt2 atas kurniaan ini. nakal dan lasak itu biasa. suka main lawan2 pengaruh ultraman boboiboy. suka jgk menulis mcm kakak. abg yg sgt sayangkan adik wpun suka buli kakak. ada ketika bila saya mrh2 adik dia pulak yg menangis. hahaha! hati tisu ni. suka merajuk. bercakap dgn dia kena puji2 bodek2 sbb dia tak boleh garang2. dasar anak no 2. nampak ja lasak tp dalam hati ada taman. ceh!


Selamat hari lahir Ali. Ummi dan Ayah syg ali sgt2. Ali adalah pengajaran utk ummi. Ummi doakan ali dikurniakan kesejahteraan dunia dan akhirat. jd anak soleh ya sayang!
Happy 4th Birthday dear Ali Nufail.
We love u.

Ummi, Ayah, kakak dan adik.

Friday, 10 July 2015

Sayang Nubli

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

kesian Nubli. jarang2 saya update tentang dia dlm blog ni. apa nak buat, masa dia lahir ummi dlm departmen yg busy memanjang. nak mengarang entry pun susah.

oh ya, nubli dah 7 bulan. berat dia masa 6 bulan adalah 9 kg. boleh meniarap masa 4 bln stgh. bergolek2 masa 6 bulan dan skrg dah boleh menyulur dah. ummi dah ada tukang mop lantai. hahaha! mcm askar dah dok menyuluq.

baru2 ni anak saudara abg aleh dpt baby. kira cucu menakan kami lah. (dah jd toksu dah kami ni. huhuhu) Jd depa dok bincang2 nak panggil apa kat nawal ali nubli ni sbb pangkat mak/pak menakan pupu kan. kesiannya lah kalau nak panggil maklong nawal pakngah ali paksu nubli sbb nampak mcm tua dah bdk2 ni. hahaha! last2 kami decide panggil ja along nawal, angah ali dan achu nubli. so skrg nubli dpt gelaran baru : Achu Li. cute pulak nama tu.

                                                  dikenali sbg seorg baby yg serius. hahaha


 ni posing parking nama dia. penat2 menyulur jd bila nak santai2 posing camni.

kalau dlm car seat dia behave. agaknya sbb dah biasa mcm tu sejak umor 2 bln. tp kalau kita riba dia masa dlm kereta, subhanallah lasaknya, penatnya sampai ummi rela drive dan suruh ayah yg pegang dia. hehehe


baik dgn tokma. tokyam dah takde, jd tokma lah tempat bermanja.


Tuesday, 23 June 2015

anak dara saya.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

23062015.

sudah 6 tahun anak sulong saya. my bestfriend.

 nawal 11 bulan


now she is 6.

apa yg saya perhatikan, dia adalah saya. apa yg saya buat, apa yg saya ckp, byk yg dia contohi. dia ibarat cermin saya. jd kalau ada yg buruk tentang dia, itu adalah dr saya. pheww, risaunya. jd byk yg perlu saya perbaiki utk jd kan dia seorg muslimah yg solehah. itu sgt berat. moga Allah beri kekuatan dan terus beri hidayahNya buat kami. amin.

"Selamat hari lahir nawal. ummi dan ayah selalu doakan nawal. semoga yg baik2 saja untukmu sayang. amin."

cepat benar masa berlalu. sedar2 nanti org mai meminang je. huwaaa~!!


Friday, 19 June 2015

1 Ramadhan 1436 - 18 Jun 2015

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

(karang semalam tak sempat siap. sambung hari ni)

Genap sebulan pemergian mak.
mak mertua yg dirindui..

semalam di surau sebelum solat teraweh, pengerusi surau ada memaklumkan tentang pemergian org2 yg selalu mengimarahkan surau. ada 3 org semuanya. 2 org di kalangan muslimin dan seorg di kalangan muslimah. yg seorang itulah ibu mertua saya, hajah maryam bt hashim.

terasa sebak bila cikgu tu sebut,

"sblm ramadan ni, kita telah kehilangan beberapa org jemaah surau yg selalu mai surau di awal
waktu."

sebaknya rasa..

mak dikenali dgn jemaah di surau. dia jarang meninggalkan waktu subuh,maghrib dan isyak dr berjemaah di surau. melainkan dia tak sihat atau pi mana2, mmg setialah dia dgn surau. sepertinya surau itu sebahagian dr hidupnya, tempat beliau beribadah dan bersosial.


mak, anak mak tu termenung masa sahur. dia rindu mak. Ina tau walaupun dia tak cakap.


selamat menghayati bulan ramadhan. semoga amal ibadah kita diterima Allah.

jaga diri semua.
Related Posts with Thumbnails